KFRY URBAN KOREAN, RESTORAN KOREA KESUKAAN ANAK-ANAK | Kalau sebut je makanan Korea, anak-anak Sis lah orang yang terloncat-loncat dan senyum sampai ke telinga kalau kata nak ajak makan di kFry Urban Korean ni. Memang tiga-tiga orang tu suka makanan Korea dan juga makanan Jepun. Mereka bertiga ni boleh makan sebanyak mana yang boleh kalau ada menu-menu yang tak pernah dia makan. Tepuk dahi Sis ko kalau nengok, tapi dalam masa sama suka tengok anak-anak makan dengan gembirA .
Kalau Suami Sis kurang sikit, Suami kalau makanan pelik macam ni, dia cuma boleh layankan anak je, nak makan beriye tu, kompom memang tak ler. Lain kalau Sis, masih boleh layan dan join makan sekali hehehe.
Dan baru-baru ni anak Sis si Yana nak belanja bawa si kakak dan adiknya makan di sini, Emaknya sekadar tumpang sekaki, kebetulan baru balik dari food review, jadi terus singgah join sekaki. Masa Sis sampai aje, penuh meja dah anak-anak order makan. Memang dah dapat agak apa yang mereka akan order, cuma ada satu menu baru mereka baru cuba. Yang lain sama je, menu yang biasa makan kalau datang sini.
Waktu Sis sampai pun tempat pun penuh. Anak Sis nasib baik dah call dulu, tu pun dapat booking kosong jam 9.30pm, sebab tu datang malam.
Better kalau korang nak datang, call dulu, kalau tidak, korang kena tunggu gliran ye .
Kredt pic shout.sg
Adress: 260, Jalan Dato Sulaiman, Taman Abad, 80250 Johor Bahru, Johor
Phone: 07-266 0902
Open: Everyday 12pm-12am
Adress: 260, Jalan Dato Sulaiman, Taman Abad, 80250 Johor Bahru, Johor
Phone: 07-266 0902
Open: Everyday 12pm-12am
Tu dia, menu yang mesti korang order kalau datang makan di sini 'kFry Chicken Bumbuk' namanya kalau tak silap. Ayam goreng salut istimewa, dan akan di salut lagi dengan cheese yang sedap ya amat, makan panas-panas, 5 ketul boleh habis oii hahahah.
Beginilah rupa kalau siap di salut dengan cheese. Tak tergoda ke korang? Hahahaha.
Sis kalau lapar, boleh makan 5 ketul tau. Kalau kenyang, nak makan seketul pun muakkk hahahaha.
Spicy Chicken Wings ni di datang dengan 4 jenis perasa. Korang boleh pilih. Kalau anak-anak memang suka yang pedas ni le, berasap bibir makan huhuhu. Jenis-jens lain ada, korang tengok je lah dalam menu dia je nanti ya.
Korang jangan tengok anak Sis tu, korang fokus pada menu depan dia tu, menu tu bagi siapa yang suka makan makanan pedas dan panas Korea, mesti order ni, namanya Tteok-bokki . Rasa dia? Ntah ye susah lidah melayu Sis ko ni nak terangkan, korang order dan rasalah sendiri. Tapi anak-anak Sis memang sukakannya! Sekali makan Licin oii ..Baguss tak membazir..
Dan yang ni 'Rice Ball', ada 2 jenis perisa korang boleh pilih, anak-anak Sis pilih Tuna Rice ball. Sedap sangat! Sis dapatlah makan 2 ketul hehehe
Rice Ball ni, masa korang order, pelayan akan adun dan godak kat depan korang, dah tu akan di bolat-bolatkan jadilah macam ni. Bukan datang dah siap di bulatkan. Termasuk juga ayam salut cheese, mereka akan masak panas-panas depan korang .
Masa ni baru setengah jalan makan. Minta pelayan tu amikkan gambar, nak send kat Ayahnya hehehe. Ayahnya sibuk wahtsapp bertanya makan apa, dan di mana. hehehe jadi kita bagi Ayahnya gambar ini :p
*Suamiku..Anak kata nanti claim Ayah ye, hahahaha.
Tenung-tenung gambar ni, dah besar anak-anak kitakan Suamiku. Masa sekejap berlalu. Cepat sangat anak-anak membesar. Yang sulung (24thn) baru habis degree, tunggu nak intern ni, alhamdulilah dapat intern kat Johor. Yang no 2 (22thn), dah bekerja, belajar setakat diploma aja, Sis dan Suami pun tak memaksa, ikutlah apa yang anak suka dan minat. Yang si bujang (18thn), sekarang belajar di Politeknik Mersing.
Lagi 5 tahun ? Aagak-agak dah menantu ke belum ye Sis ni? Hahahahaha. :p
P/S: Umur Sis? 42thn dk nunn..Tua tak tua laa, tapi yang pasti semua akan tua, jadi ingat 5 perkara sebelum 5 perkara hehehe.
Chicken bumbuk dengan riceballs tu memang fevret kalo datang sink..lagi satu greentea bingsoo..mavelessss
ردحذفKannnn tu menu mesti makan kalau ke sana @Sunah.. malam tu tak order Bingsu, sebab anak-anak amik air tonggang hahaha
حذفOooo tteopoki sana rs apa? Mcm kuah yong tau fu x? Klu ko gi mkn yg asal korea sana rs likat mcm kuah yong taufu..
ردحذفAku pun tak tau nak kata rasa apa @Retna, yang suka makanan Korea je boleh jawab soalan ko hahahaha ...
حذفOiiii. . Yang peliknya budak2 tu maintain kuwusss
ردحذفTau takpe, kurus tak kurus laaa Kak @Seri, tapi kalau makan, memang semua bedal jeee hahahaha
حذفsedapnya sis.. dilah tak pernah lagi makan kat kfry ni.. tengok ayam goreng balut cheese memang menggiurkan.. kena cuba sekali nanti..
ردحذفKena cuba @Dillah, tapi kenalah booking dulu, kalau tak, penuh memanjang tempatnya...
حذفlagi sedap ni..teringin nak makan makanan korea
ردحذفKannn..sesekali pergilah try @Rohaida hehehe
حذفpergghhhhhhhh,,,belum sempatt lagiiii ain nak rasaaa....sedapnyaaa nengokk cheese tuuhh dgn spicy ciken wings tuhh..
ردحذفJomm kita pi makan dan lepak @Farahain, kita minum air tonggang hahahaha macam mabuk todi hahahaa
حذف