NIKMATI DIM SUM DAN PAU PANAS DI U-SENTRAL MASAI | Siapa sini suka makan dim sum dan pau? Rasa dan makan sekali tak puas? Nak pelbagai jenis dan makan panas-panas dan juga 'fresh'? Meh..jom ke Best Dim Sum & Pau di U-Sentral Masai Pasir Gudang. Ini adalah pertama kali Sis mencuba. Kebetulan Retna pun masih di Johor bercuti dan juga kebetulan pada malam kelmarin Sis, Retna dan juga anak Sis, Kakak Naz semua keluar untuk ke festival Thai Malay tu. Tempat yang sama cuma kena berjalan sikit ke depan untuk ke kedai dim sum ni.
Selalu nampak viral kawan-kawan share di laman sosial, tengok dim sum dia, ada macam-macam jenis, tu yang sehari demi sehari nak pergi tapi tak pergi-pergi, dan akhirnya sampai juga ke sini. Tuan kedainya pun peramah, siap sambut kami masuk dan duduk lagi. Bernasib baik juga, masa kami sampai, orang tak ramai, jadi senang nak pilih dan order sampai cepat hehehe. Nak amik gambar pun, tak rasa segan hahahaha :p
Ada pelbagai jenis dim sum korang boleh pilh, jadi rambang gak nak memilih, dan tak tau nak pilih mana, ikut hati nak je order semua hahahaa. Set promosi dia harganya 3 bekas rm10. Berapa isi dim sum dalam tu, mengikut jenis dim sum. Ada yang isinya hanya 2, dan ada yang 4 ketul, juga ada yang 3 ketul .
Sis rasa ada lebih dari 20 jenis dim sum yang ada jual. Semua nampak sedap dan memang sedap!
3 bekas rm10, murahlah kan, dan okaylah kan harganya. Pulak tu dim sumnya semua 'fresh' rasanya. Walaupun dim sumnya frozen tapi bagi Sis lebih elok frozen, nak makan baru stim, dari dim sum 'tayang', sebab kita tak tau berapa dah di tayangkan kat luar, betul tak? .
Ini antara yang kami order hehehe.
Memang tak boleh nak move on dengan rasa dim sum dia. sedap sangat! . Cecah pulak dengan sos, lagi tambah sedap. Oh ya, air juga ada di jual, korang order je air kat sini, kang tercekik pulak ko makan hahaha. Pau pun ada berjenis-jenis pau, Sis lupa pulak nak amik gambar, sebab comel betul paunya, ada pau gambar katun-katun hehehe.
Next time Sis nak ke sini lagi, nak makan semua jenis dim sum hahahaha. Ada yang nak ikut tak? Yang ni bukan review ye, yang ni korang order korang kena bayar la yer kuang kuang kuang.
Tempatnya selesa, tidak sesak, tidak panas dan juga bersih. Ada juga menu lain kalau korang nak. Sis pun dah lupa namanya, tapi namanya Spageti apa ntah ..gitulah.
Taraaa kami order 6 bekas, rm20..tu pun tak cukup. Tapi memang kami nak merasa aje, sebabnya lepas tu kami nak ke festival Thai tu hehehe.
Yang berdekatan area Masai, Pasir Gudang, kalau nak cuba, jomm.
Istimewanya kat sini ialah kerana :
Terdapat lebih puluhan jenis Dim Sum
Suasana restoren yg aman & santai
Ada juga jual Meatball sedap
ABC yg power
Kini dengan Promosi 3 Bowl hanya dgn RM10.00
Juga ada dijual secara pek dan borong terus...
Hubungi :
012-7855328
Waktu Operasi :
Bermula dari 10.30 pg hingga 10.30 mlm
Lokasi :
U Sentral Masai Night Market, Serangkai 1, Taman Bukit Dahlia, 81700 Johor Baharu, Johor.
P/S: Bila ada geng makan, haaa gini leee, hari plan, terus menjadi aje hehehehe.
assalamualaikum lin...suka tengok dim sum tu...mcm nak pi cuba jer ni...
ردحذفWaalaikumussalam Mama @Maszull. Kann Mama, banyak pilihan, nanti boleh ke sini mencubanya ..
حذفbiasa beli yang frozen kat sini.kami pun suka makan dimsum ni.
ردحذفTulah, lepas ni nak beli yang frozen aje laaa @Mar ..
حذفHahahaa nnt leh repeat lg..
ردحذفSedap, balik kl nnt nak stim dim dum laaa 🤭🤭
Hehehe kannn, beli frozen stim kat rumah kann @Retna..
حذفKita mkn dimsum ni klu stay kat area Melaka, selalu ada dimsum
ردحذفOoo kita pulak tak pernah makan dm sum kat Melaka, selalu makan asam pedas aje Kak @Seri hehehe
حذفlamaaa tak makan dimsum..hurmmm tiberrr tekak nak merasa pulakk... acaner ni ?ahahhahaa
ردحذفHehehe kenalah datang dan mencubanya yee @Farahain hehehe
حذفlama gak tak makan dim sum..
ردحذف@Hernee, kalau Sis dalam seminggu mesti ada makan dim sum, kadang beli yang frozen tu hehehe
حذفSuka jugak, kat Thai festival tak banyakkk....sini puas hati sket, just nak duduk lama tu, kerusi je tak ngam dengan saya...kalau boleh nak bersandar..muahhaha~
ردحذفHari tu pun ngan member share makan sesaja lepak 3 orang..huhu
Kannn @Nona, sedap...kat Thai Festival tu macam kering je, lama tayang kot, yang ni fresh dari frozen terus stim ..kannnn
حذفperghhh peminat dimsum wajib terjah ni..
ردحذفKannnn, banyak gile pilihan dia ada @Sunah ..
حذفlama tak makan dim sum...
ردحذفJomm @Mia ke Masai, kita gi makan sama sama hhehehe
حذفAllahu tak kuat sis. Favourite uyul ni dimsum! 😂
ردحذفHehehehe meh laa ke PG, nanti kita gi @Uyul ...
حذفok dah terjah,nanti nak repeat lagi bawak laki pulak...hahaha
ردحذفSedapkannn @Rohaida...esok nak makan kat Double Tree puas-puas hehehe
حذف