PERIUK NOXXA AKU MASIH BERFUNGSI SELEPAS JATUH DAN PECAH

Sis Lin
18
PERIUK NOXXA AKU MASIH BERFUNGSI SELEPAS JATUH DAN PECAH | Alhamdulilah! Yehaaaa tarik nafas lega sekejap. Jujur cakap sebenarnya rasa down sangat dan blank kejap otak ni, selepas periuk noxxa ku jatuh dan pecah haritu, Sis memang blur, nampak je muka Sis ko ni hepi-hepi semacam jer, tapi hati ini yang faham aje yang memahami bila barang kesayangan kita jatuh dan pecah. 

Gile tak sayang oii, benda yang kita guna dan perlu, bila dah jatuh dan pecah, ko ngase apa? Kalau boleh nak jerit minta bantuan doraemon, nak pinjam pintu ajaib dia, nak balik ke waktu sebelum jatuh tu. Bukannya murah, mahal. Itu pun beli main kutu, bayar bulan-bulan rm85, baru 3 bulan lepas habis bayor, tup-tup jatuh dan pecah. Sedih tak sedih? ..


Yer Sis main kutu je bayo Noxxa tu, sebulan rm85, selama 10 bulan. Bayar sekali terus dapat barang. Bukan tak nak beli cash, tapi memang Sis yang nak main kutu, Suami pun pada mulanya tak setuju Sis nak main kutu, jenis Suami tak suka hutang-hutang, tapi nak tunggu cash, berjanggutlah, bukan Suami taknak belikan, biasalah orang lelaki, benda macam ni, tak berapa perlu dan terdesak, so baiklah kita beli sendiri, puashati! 

Sakan dah Sis guna, macam-macam dah Sis buat guna Noxxa tu. Lagi-lagi rebus daging dan ayam tua/kampung. guna High Pressure (HP) sekejap dah empuk. Sup tulang kurban ni lah rebusan noxxa terakhir Sis sebelum ianya jatuh dan pecah. 


Bukan tak boleh guna periuk biasa, boleh, sebelum ada Noxxa pun Sis guna je periuk biasa, tapi..makan masa lah, rebus setengah jam pun belum tentu empuk, dengan noxxa ko tekan HP set 30 minit, siap je empuk terus! Lagi pulak sekarang Sis buat, tumis-tumis dalam noxxa, lepas tu masukkan air, masuk rempah sup/sup bunjut, masuk daging/ayam, set HP 30 minit, siap terus sup! Haaa jimat tak jimat. Masak rendang pun sama, buat macamtu. Tu sebab bila kata jatuh dan pecah Sis ko sedih, macam kucing hilang anak..memang berguna noxxa ni pasa Sis.


Dan selepas 3 hari noxxa tu jatuh, alhamdulilah Sis pasang suis dan cuba hidupkan, alhamdulilah menyala. Dan percubaa pertama Sis adalah stir fry dulu. Sis cuba goreng karipap, dan ianya berfungsi seperti biasa. Dan selepas tu Sis cuba plak rebus telur, pun sama berjaya juga. Akhir sekali Sis cuba steam pau frozen, pun berjaya. Cuma yang tinggal sekarang, Sis tak cuba HP untuk daging atau ayam lagi, nak cuba nanti, nak tengok kuat atau tidak tekanan pada penutup dia, sebabnya pada bahagian penutup lock dia yang rosak teruk tu, ada bunya lock lagi, cuma tak tau kuat atau tidak, nanti Sis cuba. 

Apa-apa pun bersyukurlah, tidak rosak sepenuhnya, masih boleh di gunakan. So lepas ni sila berhati-hati ye Sis Lin, walau di dapur tetap juga utamakan keselamatan. huhuhu
Terima kasih juga pada kawan-kawan yang PM dan col, bagi semangat dan komen positif kat Sis, sikit banyak kurang jugalah down dan perasaan sedih Sis. Lantaklah orang nak kata, pasal periuk pun nak sedih, oiii beli periuk bukan pakai daun, pakai duit okay. huh!

Tunggu nanti Sis update bila Sis dah cuba masak dan rebus daging atau ayam guna HP sepenuhnya ya. Minta-mintalah baik-baik aja. Janji boleh guna dan empuk cukuplah. 
Apa ? Macam mana boleh jatuh ? Baca SINI
Pstt lepas ni kalau beli Noxxa harga dah murah ke tak ek? Ye laa dah takde GST kan...tapi macam mana pulak dengan harga ada SST ek ? ermmm






P/S: Mood sekarang: Berdebar-debar nak pi jumpa Suami ..lalalalalaa <3


Tags

إرسال تعليق

18تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Alhamdulillah, Lin. Berbaloi kan periuk noxxa ni bila jatuh mcm tu pun masih berfungsi lagi. Cuma utk HP tu Lin hati2 lah, eiii. . Kita yg seram. Kalu steam ok sebab dia lepaskan wapkan, klu hp wapnya terkedap kat dalam. Kita nasihatkan better Lin jgn cuba hp.. Aku syg ko lin, nt jadi apa2 lagi susah. Jgn tau Lin

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulilah kak @Seri. Berbaloi beli, walau jatuh masih bertahan ..Saya pun takut sebenarnya nak cuba HP tu ...

      حذف
  2. alhamdulillah..happ cook with love ye sis..walaupn xsempurna perik noxxa tu tapi masih boleh berbakti pada tuannya..😊😊

    ردحذف
    الردود
    1. Yee @Suziana, walau pun dah pecah tapi masih boleh lagi memasak..alhamdulilah ..

      حذف
  3. boleh guna juga lagi tu sis untuk yang ringan-ringan.harap lepas ni dapatlah penggantinya.
    Janji Kita

    ردحذف
    الردود
    1. Betul @Mar, masih boleh guna lagi walau dah pecah...

      حذف
  4. sedihkan klu barang kita syg tu rosak..:)

    ردحذف
    الردود
    1. Sedih sangat Kak @Normi, menangis saya masa pecah tu huhuhu..

      حذف
  5. Ahdoiii, memang sayang..sayang brg tu, sayang duit pon iyer jugak....
    Semoga tabah sis.................

    ردحذف
    الردود
    1. Yee @Nona, dah nasib nak jatuh, tak tau nak kata apa dah ..

      حذف
  6. huu baru 3 bulan guna bertabah ya sis..faham sangat tu. periuk yang mudahkan kije kita kat dapo siapa la yang tak sayang kan.. syukur dapat guna lagi tu.. harap2 menjadi lah HPnya tu

    ردحذف
    الردود
    1. Bukan @Wani, baru 3 bulan habis bayar...tapi dah puas memasak dengannya..alhamdulilah masih boleh guna lagi ...

      حذف
  7. Alhamdulillah, sebb ia masih berfungsi .. mahal kan periuk ni?

    ردحذف
    الردود
    1. Yee Tuan @Hasrul, masih lagi berfungsi..mahal sebulan saya bayar rm85 selama 10 bulan ..

      حذف
  8. Alhamdulillah masih berfungsi. Jenuh juga nak kumpul RM850 tu sis.

    ردحذف
    الردود
    1. Tau takpe @Uyul, bukan berkira tapi kena berkira-kira kannn..nasib boleh pakai walau tak puashati dah jatuh huhuhu

      حذف
  9. ain yang inner pot rosak punnn dah mcm hilang arah jugak.hahahha..sebab mood memasak terus kelautttt seberang seeengapore terus..bahahahhahaa.....

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn @Farahain, ni dengan periuknya pecah pun dah menangis macam apa. huhuhu

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!