ADA 1001 SEBAB KENAPA ANDA PERLU BERFIKIRAN POSITIF | Hidup ini macam roda. Hari ini mungkin korang berada di atas dan esok mungkin korang berada di bawah. Siapa tahu kan? Biasalah, ups and down inilah yang menyerikan lagi kehidupan kita.
Nak berfikiran positif pada masa korang tidak ditimpa sebarang masalah semestinya mudah sahaja. Tapi nak positif pada masa korang ditimpa masalah bukanlah senang.
Siapa setuju? Okay, sila turunkan tangan :p
Ketika korang ditimpa masalah dan orang di sekeliling korang sering sekali mengingatkan untuk berfikiran positif, mesti hati korang berkata “it’s easier said than done”, betul? Tapi tahukah korang apa kelebihan berfikiran positif?
Kita hidup ni cuma sekali jadi kenapa nak sia-siakan dengan memilih untuk berfikiran negatif?
Ada 1001 sebab kenapa korang perlu berfikiran positif. Jadikan satu sebab setiap hari mengapa korang perlu jadi seorang yang positif.
Cuba amalkan ini hari demi hari dan lihatlah perubahannya. ‘Small steps everday!
1. Mengatasi tekanan (stress)
Berfikiran positif akan membantu korang untuk mengatasi tekanan (stress) dan mengabaikan pemikiran negatif dengan menggantikan fikiran pesimis kepada optimis.
Selain itu, korang boleh kawal hidup korang dengan baik. Bukan itu sahaja, bila korang stress, banyak penyakit yang suka melekat nanti seperti sakit jantung, kemurungan dan silap hari bulan boleh gila sebab terlalu stress.
Sekiranya korang boleh atasi tekanan, hidup korang lebih ceria dan bermakna.
2. Menjadi lebih sihat
Kesihatan tubuh badan tidak dapat di beli dengan wang ringgit. Fikiran kita secara langsung mempengaruhi tubuh badan dan bagaimana ianya berfungsi.
Jika korang menggantikan fikiran negatif dengan ketenangan, kepercayaan dan kedamaian, bukannya dengan kebencian maka korang akan merasakan ketenangan.
Korang tidak akan mengalami gangguan ketika tidur dan tidak akan merasakan ketegangan otot, dan kelelahan. Orang-orang yang berfikiran negatif lebih mudah tertekan.
*Clear & Delete all history. Tu Sis buat tiap malam :)
3. Boleh mengambil keputusan yang betul
Berfikiran positif dapat mencegah korang daripada memilih keputusan yang salah atau melakukan perbuatan yang bertentangan yang merugikan korang.
Dengan berfikiran positif, setiap keputusan yang korang ambil akan lebih tepat kerana korang dalam keadaan waras. Selain itu, korang tidak mudah terpengaruh dengan dengan keputusan orang lain kerana korang dah tahu apa pilihan dan kesukaan korang.
4. Memiliki banyak kawan
Orang yang berfikiran positif biasanya ada ramai kawan. Kerana, mereka mudah didekati dan memahami rakannya yang lain.
Selain itu, mereka mudah untuk menarik perhatian orang sekeliling kerana apa yang mereka cakap, buat, rasa dan fikir adalah benda yang positif.
Mereka juga ada fikiran negatif, tapi ia tidak dibiarkan mempengaruhi keputusan yang dibuat dan menjatuhkan hidup mereka.
Siapa ramai kawan? Setuju kan?
5. Hidup lebih bahagia
Percaya kepada diri sendiri bermaksud korang bahagia menjadi diri korang sendiri dan tidak mencuba untuk menjadi orang lain. Jika korang memiliki semangat berfikiran positif, hidup korang selalu bahagia.
Korang juga lebih menikmati hidup seharian korang tanpa kerisauan.
Korang sentiasa ada sumber motivasi yang luar biasa, yang mana menggerakkan korang maju ke depan tanpa hiraukan pandangan orang lain.
Sekian bebelan dari Sis Lin korang yang memang suka menulis pepanjang hahaha.
Terima kasih sudi membaca tanpa memangkah button X :) ..
P/S: Percayalah setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya, setiap kesusahan pasti ada peluang disebaliknya. Setelah korang berusaha selesaikan masalah tersebut, selebihnya biar Allah yang urus. Kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk setiap HambaNya. Korang hanya perlu sabar, yakin dan jalani kehidupan korang macam biasa. Okay? Bagus ..
Chaiyokkkk!!!!!
ReplyDeleteGambate!!!
🤣🤣 Senyum sokmo je laa walau dalam kesulitan....
Yeszaaaa...
DeleteSekarang hidup happy-happy sudah @Retna...hohohoho
bila kita lapangkan hati, semakin kita rasa tenang. Dan boleh bawak bertenang
ReplyDeleteSangat betul @Nurhayati..
DeleteThink positif dan bersangka baik..walau ada ketika perlu juga 'meroyan' hehehehe
Betul, kena positif..tp bila masalah melanda..positif tu ada berkurangan...sangatlah stress tau !!! Thanks reminder sis~ I need positive injection...
ReplyDeleteYe @Nona, semua orang ada masaalahnya tersendiri, cuma tak semua boleh hadapi masaalah itu dengan fikiran positif..kan kann...
DeleteSangat setuju..terbaik
ReplyDeleteAlhamdulilah, terima kasih @Etuza..
Deletebaekkkk mummy! mari lah menjadi orang yang positif!!!!
ReplyDeleteAlhamdulilah..Bagus @Sunah...
Delete