APA MAKSUD SINGKATAN P/S TU ? | Mungkin jugak korang sendiri pun pernah guna singkatan P/S ni. Biasanya ia digunakan di hujung entri atau mesej. Sis sendiri pun memang guna dalam semua entri Sis, di setiap penghujung post. Mesti korang perasan kan?
Tapi korang tahu tak P/S tu singkatan untuk apa?
Kebetulan beberapa hari lepas, ada yang bertanya Sis, apa maksud P/S tu? Mula tu Sis blur gak, macam mana nak terangkan ye, untuk pemahaman Sis, ye Sis faham, tapi nak terangkan pada orang, macam susah pulak nak cakap hahaha.
Secara jujurnya, sebelum ni Sis pun tak pernah tahu apa benda P/S tu. Main guna jer, rasanya sejak sekolah dah guna, tapi tak pernah nak amik tau hehehe. So, untuk kali ni, bagi menjawab persoalan itu, Sis try la search P/S kat dalam google. Macam-macam juga yang keluar, benggong kejap otak membaca dan meneleknya, nak pilih yang mana sesuai untuk Sis jelaskan....
Tak puashati, Sis cuba dan cuba lagi. Sampailah haaa Jumpa! Antara perkataan yang keluar ialah postscript, addendum, afterthought, addition, stop press & coda.
Jadi kesimpulannya P/S adalah singkatan daripada perkataan yang pertama tu, postscript yang berasal daripada bahasa Latin, post scriptum. Lagipun menurut Kamus Dewan, postscript bermaksud tambahan kata-kata pada akhir surat atau susulan. Jadi memang sesuailah kan, Sis guna P/S tu di kata-kata akhir post tu hehehehe. Bahasa latin ko Sis guna hahaha. :p
Jelaskan? Harap dapatlah menjawab persoalan seorang rakan tu ya.. :)
P/S: Bagus yang bertanya tu, bak kata orang tua-tua, 'malu bertanya, sesat jalan'..makanya jangan jadi bodoh sombong .. macam siapa? opssss ..
terima kasih diatas penjelasannya sis :)
ردحذفSama-sama awak @Julia, harap dah jelas ya hahahahahaa
حذفP/s tu pesan saya 😝😝😝
ردحذفBoleh guna pakai gak tu @Retna hahahaha
حذفP/S: pstttt meh dtg Jb makan makan hahahaa
tak pun suka letak NOTA KAKI di hujung entri..heheh
ردحذفPun boleh @Cuya hehehe...bebelan kecil namanyaa
حذفfollow sini ya sis
ردحذفMakaseh @Cuya ...
حذفoh, dia bukan bunyi pes pes ke?
ردحذفHahahaha pes pes apa? Pes stim nyonya boleh beli gan @Rohaida tu Kak @Seri hahahaha
حذفhehehe... dulu zaman sekolah rajin gak guna p.s. tu sekarang baru faham maksud sebenar
ردحذفKannn Mrs @A, kalau tak memang tak tau apa maksudnyaa hehehe
حذفTak terfikir nak google pulak maksud tu. Tq sharing!
ردحذفTips Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri
Sama-sama @Bazilah..sharing is caring hehehehe
حذفp/s: noted
ردحذفhehe
Hehehehe @Aeinna :)
حذفP/s: jangan sukati pakai banner jdt blogger kalo bukan ahli rasmi..eh
ردحذفKahkahkahkah @Sunah..harap-harap yang berkenaan baca la p/s ko tu hahahaha
حذفTerima kasih
ردحذفSama-sama @Aiman..
حذفp/s selama ni sy main guna je haha... bru hrini tergerak nk tau mksd sebenar....okla betul oenggunaannya selamani
ردحذفKannn, sama juga macam Sis, sebelum ni tak tau, sekali dah tau, nasib betul cara penggunaannya hehehe
حذفhahahah tq sis for the info
ردحذفHehehehe sama-sama kasih..
حذفSalam singgah + follow. TQ info :)
ردحذفThanks dear ...
حذف