ASAM PEDAS IKAN MAYONG BERSAMA SAWI ASIN | Okay Sis nak tanya dulu, siapa sini suka makan sawi asin? Korang makan begitu saja atau buat masak dalam masakan? Ooo rupanya ada macam-macam juga cara dan gaya orang makan sawi asin ni ya. Kalau Sis, lebih suka di letak dalam masakan, lebih-lebih-lebih lagi dalam masakan asam pedas. Bila masak tu, dah tak payah guna asam jawa atau asam keping, sebabnya sawi asin ni dia dah mengeluarkan sejenis rasa asam dan juga asin-asin. Nak letak garam, korang rasa dulu kuahnya. Kalau okay, cukup rasa, tak payah masuk apa-apa dah. Memamg power seyy rasa dia.
Dan kalau anak dara Sis,Yana, dia lebih suka buat ulam makan dengan nasi. Kalau Sis memang tak suka, sebab rasa asam dan asin sangat hahahaha. Lagi pulak dia suka tang batang sayurnya, krup krup gigit hahaha. Tekak memasing kan..
Dan buat pertama kalinya Sis mencuba Homemade Sawi Asin by Mama Maszull. Tak sangka Mama pandai membuatnya. Memanglah tengok cara buatnya senang dan mudah, tapi Sis takde kerajinan oii nak buat, beli aje ler, setakat makan sorang, kalau selalu makan ye laaa boleh buat sendiri, ini seminggu tak sekali je nak makannya. Sikit sebanyak pun dapat juga bantu dan support kengkawan niaga. Ni kalau dah semua korang nak buat, sapa plak nak membelinya oii hahahaha.
Lalalala jeng jeng jeng.. Lihat itu kedalam sana, sawi asin berenang-renang di tepian kuali DIY hahahaha. Menunggu mendidih dan serasi bersama, tak sangka bertemu jodoh dengan si ikan mayong hahahaha. Apa yang ko merepek haaa Sis Lin hahahaha... :p
Taraaa ping ping pong!! Dah siap masak, korang jangan tunggu lama, jodoh dah ada tadi kan dalam kuali, jadi kita mesra-mesrakan dengan tok kadi (nasi), maka bermalam pertamalah mereka ke dalam molot Sis ko hahahahaha. ngap ngap! licin sepinggan hahahaha. Oii bunyi perut sapa tu haaa.. hahahaha. :p
Okaylah sebelum korang klik X atas tu, baiklah Sis ko ni kasi iklan sikit. hahaha
Maafkan Sis ya, melalut merepek meraban hahahaha,
Bagi sesiapa yang nak beli dan cuba Homemade Sawi Asin ni, boleh lah ke blog Mama Maszull dan email kepadanya. Detail dia semua ada kat blognya ya. Kalau tak jumpa korang komen je kat post ni, nanti Mama baca dia reply ya.
P/S: Puashati, beli sebotol, Sis ko letak semua, puas makan. hahahaha gelojoh ke tamak? hahaha :p
Nampak menyelerakan sangat. Akak pon dah pandai 'sikit' buat Sayur Asin ni atas perkongsian sahabat IG
ReplyDeleteSangat sedap Kak @Fha..boleh cuba..
DeleteWaa buat sendiri puas makan..
Kemain jalan cerita ko sis..hahahha..nasib baik takde naik tangga sambil makan sawi asin
ReplyDeleteKahhhhhhhkahhhhkahhhhhh..
DeleteHahahaha ko @Sunah, otak kelain ek, menangga pulak, tau laa abang balik :p
DeleteHamboii Kak @Seri, numpang secawan gelak hahaha
Deletearghhhhh kejam sangat..
ReplyDeleteSilalah mengidam dan masak ye @Hernee hehehehe
Deletekita baru try masuk dalam meggi...hahahaha
ReplyDeleteNanti aku nak try gak masuk dalam megi @Rohaida..
DeleteDisamakan sawi asin asam pedas dengan nikah kahwin.. Hahahahahadoilah sis
ReplyDeleteHahahaa idea spontan sambil menaip @Julia hahahaha nasib aku tak madukan sawi asin tu hahahaha
Deleteassalamualaikum lin...hahaha nikah kawin yer...lawak jer la lin ni kn...mekacih yer promosikan sawi asin mama ni...
ReplyDeleteWaalaikumsalam Mama @Maszull..
DeleteSedap Maaa, nanti boleh beli lagi.. sama-sama Maaa
takpenah makan tapi teringin nak cuba
ReplyDeleteNanti boleh cuba @Shafyqah ...sedap..
Deletedone follow #1561
ReplyDeleteMakaseh @Aeinna ...
Delete