ASAM PEDAS IKAN MERAH,MENU PERMINTAAN SUAMI | Berkaitan dengan tajuk, maka kalau dah kata permintaan Suami, makanya kenalah tunaikan. Sis sejenis yang tak boleh kalau anak atau Suami nak makan, Sis tak penuhi permintaannya, memang akan jadi igauan tak tidur malam sebab rasa terkilan. Bukan fikir negetif, tapi satu perasaan yang tidak puas, macamtulah. Yang faham mesti faham.
Bila dapat tunaikan permintaannya, Ya Allah datang satu perasaan lega yang puas! Lagi kalau dapat melihat mereka makan bertambah-tambah, kepuasan tu hanya Allah swt aje yang faham.
Dan untuk kali ini, Suami minta masakkan asam pedas ikan merah. Kebetulan hari Ahad kelmarin, dalam taman Sis ni ada jiran yang amik order jual berjenis lauk basah. Bila bagitau aje Suami senarai ikan-ikan, terus Suami kata beli 2 ekor ikan merah, nanti esok masak asam pedas katanya. Makanya belilah Sis 2 ekor. Fresh ikannya. Menurut kata jiran yang menjual tu kesemua ikan-ikan baru naik dan sampai dan masih segar. Biasa sebelum masuk pasar, dia tanya dulu jiran-jiran siapa nak beli. Siap delivery boleh, nak amik kat rumahnya pun boleh. Belakang rumah Sis aja. Bukan ikan je, segala seafood ada. Harga pun tak mahal, murah sedikit dari pasar.
Asam Pedas Ikan Merah.
Alhamdulilah siap juga dan syukur dapat masakkan menu permintaan Suami.
Lama juga Sis tak masak asam pedas. Mananya tak, dah takde geng nak makan, biasa berlawan dengan Suamilah makan, berebut memasing nak kepala ikan hahaha.
Untuk kali ni, Sis masak letak bendi dan buah tomato kecil. Daun kesum jangan lupa, lagi banyak lagi sedap, Sis suka .. Alhamdulilah Allah bagi sedap, jadi sedap asam pedas Sis semalam. Suami makan bertambah nasi, dengan meratah ikannya sekali. Masak dua ekor, jadi sorang seketul kepala, tak gaduh hahaha. Ikannya bukan besar sangat, saiz sedang je, sekor potong 3, jadilah kami bertiga makan.
Menu lain, Sis gorengkan sayur campur (kacang peas, cendawan, lobak, udang dan sotong sebagai rencah), rebus jantung pisang (rumah Mak punya), cecah makan dengan air asam. Yang ini paling sedap. Suami kata lama tak makan lauk macam ni, sekali dapat makan, nikmat terasa, bertambah-tambah nasi.
Alhamdulilah.
Resepi takde. Gua resepi biasa aja.Boleh search kat blog Sis untuk carian resepi asam pedas ya. Tq.
P/S: Sis dan Suami memang suka makan. Kalau badan sama-sama naik, masing-masing cakap dia gemok, dia cakap dia gemok, macamtulah selalunya hahahaha :p
sedap sis lagi kalau ikan fresh. tapi buat masa ni tekak tak leh terima asam pedas. nak makan kepci aje.. ahaha
ReplyDeleteKannn @Mar, boleh pulak niat tu nak masak untuk Suami, sekali kejadiannya sedap sangat pulak hehehe alhamdulilah...
Deletesdap tu..:)
ReplyDeleteAlhamdulilah sedap Kak @Normi..
Deletesama lak kita semalam masak ikan merah, tapi pak inche ku mahu kariiiiiiiiiiiiii
ReplyDeleteHehehe kann Kak @Seri, kita sehati sejiwa hehehe
DeleteSA yg tengok ni pun dpt rasa kesedapannya..hahaha..SA failed lagi masak aasam pedas...ntah kenapa la..SA dan asam pedas x serasi bersama...
ReplyDeleteAlhamdulilah sangat sedap pulak kejadiannya @Amanda, biasa masak rasa biasa-biasa je, boleh masa tu terlebih sedap kata Suami..
Deletesaya pun suka daun kesum banyak2...sedapnyaaaaaa
ReplyDeleteKannn ratah makan buat ulan nasi kan @Sunah ...
DeleteLaparnyaa,
ReplyDeleteHehehehe dah dapat makan ke tu Cik @Kaella ...
DeleteUIH...sampai tercapslock tengok asam pedas tu...sedapnyaa
ReplyDeleteHahahaha gitu ek, nanti free mai le kita main pondok-pondok masak-masak @Rohaida ...
Deleteasam pedas mmg menu paling top five dlm family suzie..Dalam 1minggu klo x masak asam pedas xsah..hehe😊🤗😋
ReplyDeleteKann samalah dalam rumah ni @Suziana, mesti nak masak asam pedas dalam seminggu...
Deletefav fooddd yang mak sya selalu masak..
ReplyDeleteSinggah sini :)
http://mylittlestoryi.blogspot.com/2018/10/its-over.html
Kalau Emak saya pun sama juga @Lttlexme, suka masak asam pedas..mesti sedap asam pedas Emas u.. :)
Deletesedap tu asam pedas..liez ni sbb jarang sgt masak gini kat rumah..sbb masak ikut tekak anak-anak.. sbb diaorg yang makan byk..tapi klau balik rumah in law, mmg mak mertua masak kepala ikan salmon asam pedas...perghhh terangkat sedappp
ReplyDeleteKann Mrs @Liez, sedap sangat lagi kalau ikan baru. Sis anak dah besar jadi mereka makan aje apa Sis masak. Tapi kalau air tangan Emak-emak kita ni lagi sedap kan..
Deletenakkk ngecekkk bendi tuhh bolehh... ainn jenis kalau makan asam pedas ke memang nak bendi lebih...hahhhaa..kadang tak tinggalkan pun dekat orang lain . kah!
ReplyDelete