ASAM REBUS IKAN PARANG DUA KEPING | Okay sapa suka makan asam rebus? Mesti ramai yang suka kan, tapi siapa suka ikan parang? Mesti ramai yang buat muka kan, sebabnya ikan parang banyak tulang, nak makannya kena sepenuh perhatian dan fokus. Tak boleh sambil makan sambil main handphone, kang ada tercekik dek tulang oii. Tak caya eh, ko cuba!
Suami Sis memang suka beli dan makan ikan parang, kadang di goreng kunyit aje, makan ratah panas-panas, sedap ko, tapi kali ini Sis masak asam rebus, cuaca kejap panas kejap hujan ni, sedap masak yang berkuah, hirup-hirup, aduh nikmatnya kan..Dek kerana makan pun seorang aje, makanya masak pun dua ketui aje, jadilah, lagipun kepingan dia besar, sekeping boleh makan dua orang, tu pun jenuh nak perabis, dek belek tulang ajer. hahahaa. kena sabar.
Biasanya petua orang tua kata, masa korang beli tu, korang perhatikan si penjual ikan tu, kalaulah dia pandai, sebelum dia siang dan potong ikan tu, dia akan menarik ikan tu dari kepala dan ekor dan tarik rentap sekali, ini katanya supaya elok tersusun tulang kan tu dalam isinya. Tapi entahlah, nak percaya ke tidak. Petua orang tua kata. Sis perhatikan, ada yang penjual buat, ada yang tidak, main bedal potong aje.
Ye laa untuk kali ini Sis bagi resepinya yer. Tapi bahan mana yang Sis ada je. Lain-lain korang tambahlah ikut suka hati ya.
Asam Rebus Ikan Parang .
Bahan-bahannya:
2 keping ikan parang
1.5 liter air
2 keping asam keping
2 biji cili merah ditumbuk
1/2 biji bawang besar ditumbuk
1 ulas bawang putih ditumbuk
2sm kunyit hidup ditumbuk
5 tangkai daun kesum
Garam secukup rasa
Cara-caranya:
1. Didihkan air di dalam periuk kemudian masukkan kesemua bahan tumbuk dan juga asam keping.
2. Kacau rata dan biarkan masak seketika.
3. Masukkan ikan bersama daun kesum serta garam secukup rasa.
4. Biarkan mendidih dan kuahnya menjadi sedikit pekat dan angkat.
Siap, makan dengan nasi panas-panas..kaw!
Suami selalu komen 'Thorbaekkkk"..hehehehe.
P/S: Pengalaman tercekik tulang ikan, tak dapat Sis lupa..huhuhu :(
yummy..sdapnya..:)
ReplyDeleteSangat sedap Kak @Normi, lagi kalau dah masak sendiri hehehehe
Deletekita dulu kecik kalah betul makan ikan parang, dah tua2 ni jer mcm pandai sikit, huhu
ReplyDeleteOoo ye ke? Kalah tang apa Kak @Seri? Takut tulang ek..
Deleteada orang cakap yang suka makan ikan parang ini mesti penyabar orangnya...kah! hahahaha..
ReplyDeleteHahaha ye laaa, makan penuh kesabaran oiii @Farahain, kalau tak sabar, tercekik ko tulang hahahaha...
DeleteTak sukaaa banyak tulangg..ikan terubok sarawak pun tak sukaaa..hahhaha
ReplyDeleteHahahaha adoiii ko ni @Sunah, kalau gitu, bila balik Sarawak, belikan untuk Sis ko je yer...hehehehe
DeleteNak buat cuba resipi ni ..nampak mudah sedap pula tu nampak
ReplyDeleteSilakan @Etuza..sangat mudah dan sedap :) ...
Deleteasben say suka asam pedas ikan parang tapi saya tak berapa suka. tapi boleh aje makan.
ReplyDeleteJanji Kita
Kann @Mar, sama lah Suami Sis, suka ikan parang..kalau makan senyap measing, fokus pada ikan hahahaha
Delete