BERAPA KERAP ANDA CUCI BAJU DALAM ATAU BRA?

Sis Lin
14

BERAPA KERAP ANDA CUCI BAJU DALAM ATAU BRA? | Mengaku sajalah kita semua mempunyai cara-cara tersendiri, bila dan bagaimana kita mencuci baju dalam sendiri. Ada tak di antara ibu-ibu di sini yang pakai baju dalam anda selama beberapa kali sebelum cuci baju dalam itu? Bukan sports bra, ya? Yang tu memang wajib cuci selepas pakai.
Tetapi ini bra biasa yang kita pakai setiap hari. Yang kita tanggal, cium dulu kalau bau ke tak, kemudian letak kat tepi untuk dipakai lagi keesokan harinya.

Walaupun seluar dalam memang akan dicuci selepas dipakai tetapi tidak semua wanita akan cuci baju dalam atau bra mereka selepas memakainya setiap hari. 
Jadi berapa kerap kita perlu basuh baju dalam kita sebenarnya?
Mari kita baca lebih lanjut untuk mengetahui.



Apa akan jadi jika kita tidak cuci baju dalam dengan kerap?

Baju dalam atau bra tidak perlu dicuci setiap hari, kecuali anda kuat berpeluh. Apabila anda tidak cuci baju dalam yang dipakai, ini boleh menggalakkan pengumpulan minyak, kotoran, kesan peluh dan bakteria. Kombinasi baju dalam yang kotor dengan payudara yang berpeluh boleh menyebabkan ruam dan kerengsaan kulit. Lebih-lebih cuaca kita yang panas sepanjang tahun. Cuba anda bayangkan, baju dalam kita boleh menjadi tempat di mana bakteria dan jangkitan senang berkembang!
Sudah tentu normal jika baju dalam ada sedikit kesan minyak, kotoran dan bakteria. Tapi apabila terlalu banyak kotoran dibiar dan tidak dicuci, ini hanya akan memudaratkan kesihatan diri!

Menurut Lexie Sachs, seorang penganalisis produk, Makmal Tekstil, Institut Good Housekeeping menjelaskan, “Cuci baju dalam selepas beberapa kali memakainya sudah cukup baik untuk menanggalkan bakteria dan kotoran, tapi ini bergantung pada tahap aktiviti anda.“
“Contohnya, jika anda sudah satu hari berpeluh banyak, anda perlu cuci baju dalam. Sebaliknya, jika anda hanya memakai baju dalam itu selama beberapa jam saja, itu boleh dianggap masih bersih biarpun terpakai,” tambahnya.



Tentukan jenis bra dulu sebelum buat keputusan berapa kerap perlu cuci baju dalam


Apabila ingin cuci baju dalam, kita perlu tengok jenis dan fungsi baju dalam tersebut. Misalnya jika ia jenis berdawai atau sports bra yang selalu bersentuhan dengan kulit kita, maka pengumpulan minyak dan kotoran adalah lebih banyak.
Terutamanya sports bra selepas lawatan ke gim!
Tapi untuk baju dalam cantik yang berenda, anda boleh pakai semula 3-4 kali kemudian cuci dengan tangan ataupun masukkan ke mesin pencuci baju ikut delicate cycle.

“Apabila kita cuci baju dalam terlalu kerap, ini boleh merosakkan keanjalan serta bentuk bra tersebut. Akhirnya anda tidak akan mendapat sokongan yang sepatutnya dari bra itu,” tambah Sachs. 



Cara betul cuci baju dalam

Bahan-bahan yang diperlukan:

Beg kasa khas untuk baju dalam
Sabun pencuci pakaian yang lembut 

Jika anda campak saja bra itu ke dalam mesin pencuci, cangkuk pada bra boleh tersangkut pada pakaian lain dan menyebabkan ia terkoyak semasa dicuci.
Jadi pastikan anda memasukkan baju dalam ke dalam beg kasa terlebih dulu sebelum masukkan ke dalam mesin pencuci baju. 
Untuk memastikan baju dalam yang berenda dan cantik tidak rosak, gunakan delicates cycle pada mesin anda. Ikut arahan khusus cara untuk mencuci pada label baju dalam tersebut, kalau ada, supaya ia akan tahan lebih lama. 
Sebagai alternatif, anda juga boleh cuci baju dalam dengan tangan. Jangan lupa gunakan sabun pencuci baju yang lembut sahaja ya!



Jangan keringkan baju dalam dengan mesin kerana ini akan merosakkannya!

Jangan keringkan baju dalam anda itu dengan mesin. Sebaliknya letak dengan rata atas tuala ataupun sidaikan di luar supaya ia mendapat sinaran matahari.
Jangan memerah baju dalam yang basah untuk mengeluarkan baki air dan pastikan bentuknya masih okay. Apabila sudah kering, aturkan mereka dalam laci sama seperti yang mereka lakukan di kedai.

Jika anda lipatkan satu mangkuk bra ke dalam mangkuk yang lain, anda akan merosakkan bentuknya. Padding di dalam bra juga boleh beralih.
Kalau ibu-ibu rajin cuci baju dalam dan menyimpannya mengikut cara yang betul, baju dalam anda boleh tahan 2- 3 tahun sebelum perlu ditukar. Jimat tau!









P/S: Korang berapa kerap cuci? Sis memang tukar hari-hari, kalau pakai pagi cuaca panas berpeluh, mandi petang Sis tukar lain, kalau cuaca okay je, petang tu pakai semula, tapi biasanya mandi lewat hampir maghrib, jadi malamnya tu enggak pakai dong. Tidak bagus untuk kesihatan. Tak caya, sila google kenapa. 


Post a Comment

14Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Selepas bberapa kali pakai baru cuci, mampuih!

    ReplyDelete
  2. alamak takleh nak buat apa lah, kadang tu memang basuh bra dengan mesin basuh ja :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, sama laa kita @Umi, cuci mesin ajor hehehehe tapi guna bag khas dia ..

      Delete
  3. Hahahaaa kita bkn travel mmg pkai 2 e kali bra hahaha ..

    Psstt nak tambah warna hijau plak la 😜

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @retna, kalau nak tukar sehari 2x, mampos bag penuh dengan coli aje hahahaha....

      Cisss coli ko bercolor-color aku tgk, aku merah biru hitam ajo..JDT hahahaha

      Delete
  4. Assalamualaikum lin...perkongsian info yg baik ni lin...mmg kena lakukan spt di atas tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mama @Maszull..
      Ye Maa sharing is caring... :)

      Delete
  5. oh baru tau kalau duk saja tak tukar setiap kali mandi pun tkpe, sha kadang 4 kali mandi 4 kali tukar adoi haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wowww kalau macamtu, banyak lee coli awak ye @Shafyqah hahaha, Sis paling memang sehari 1, kadang mandi petang lambat, pastu terus tak pakai dah, kadang pakai tapi jenis yang aerobik punya tu..

      Delete
  6. saya basuh bra campak je dalam washing machine.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erkkk pakailah bag khasnya @Mar, supaya tak rosak bra dan juga mesin basuh, lagi kalau pakai jenis yang ada besi tu..

      Delete
  7. uishhhh selalu ain main cuci je tak asing pun dalam beg kasa tuh ... beg kasa tuh binatang ape pulak ehk ?hahahhahaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakakakah, bag kasa tu ada bag khas dia untuk letak seluar dalam dan baju dalam bila cuci masuk mesin, so selamatlah tali dan besoi dia dr rosak @Farahain...

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!