HALBA BUFFET HI-TEA DI LADA & CLOVE, TROVE, JOHOR BAHRU

Sis Lin
16
HALBA BUFFET HI-TEA DI LADA & GROVE, JOHOR BAHRU | Ya Sis tahu ramai yang tertanya-tanya di mana TROVE JOHOR BAHRU tu kan? Trove atau The Trove adalah sebuah Hotel yang dahulunya adalah Hotel Selesa, dan kini di kenali sebagai TROVE JOHOR BAHRU
Terletak di Jalan Abdullah Tahir (Sama bangunannya dengan AmBank Metropolis). Walaupun belum secara rasminya di buka sepenuhnya (masih dalam proses pengubahsuaian), tapi telah di buka untuk orang ramai untuk menginap di sana. 

Dan kini salah satu restaurant yang ada di dalam Trove menawarkan pakej Hi-Tea Buffet pada setiap hari Sabtu dengan harga rm68nett di Lada & Clove yang terletak di aras 8. Untuk promosi bulan Oktober ini, Lada & Clove memperomosikan makanan berasakan Halba. Halba adalah sejenis rempah ratus yang kebiasaannya di gunakan dalam masakan pelbagai kaum. Rasa Halba itu membuatkan setiap masakan beraroma wangi dan ada rasa istimewa dalam masakan tersebut.

Aras 8 - Lada & Clove, The Trove Johor 
Nasi Lemak Halba Pak Malim
Lasa Johor Ekor
Pelbagai hidangan yang di sediakan untuk promosi Oktober ini. Korang boleh makan sepuasnya dan nikmati semua hidangan sepuas-puasnya pada harga rm68nett sahaja. Yang istimewanya promosi Hi-Tea ini bukan hanya di sediakan menu ringan dan sederhana untuk minuman petang, tapi korang nikmatinya waktu makan tengah hari bermula dari jam 12pm sehingga 4pm. 

Roti John Egg
Nutritous & Healthy Sandwich
Salad 
Pelbagai pilihan menu signature dan main dish yang kesemuanya sedap-sedap yang mesti korang cuba. Kiranya kalau korang nak ke sini, korang makan tengah hari beserta dengan minum petang. Tapi bayar sekali sahaja, berbaloi kan. Dari menu nasi lemak halba, mee hoon, roti john, murtabak cheese, Laksa Johor semua ada. Juga menu ayam percik, nasi ayam hainanese, nasi itik, nasi goreng cina, sup kambing dan sup cendawan, Menu lain juga termasuk sandwich (daging, telur, ayam, tuna juga beraneka cheese). Terdapat juga pelbagai jenis salad, rojak, juga homemade biskut fresh from oven istimewa dari air tangan Chef Fadzren Oyob. 

Sweet Sensation
Sweet Sensation
Sweet Sensation
Bukan itu sahaja, korang boleh nikmati lenih dari dua puluh menu pencuci mulut yang memikat selera tiap kali ke sini. Antaranya chocolate tartlets, mini pavlova, signature tiramisu, cheese cake, marble cake, brownies, vanilla mouse, fruit triffle, cream puff, eclair, puddings and jellies, sago gula melaka, cream caramel, pearl honeydew dan pelbagai jenis kuih muih melayu seperti seri muka, lapis merah, bingka bubi, telam durian, popah sambal, ondeh-ondeh, curry puff, cucur udang and badak dan kuih sarang semut. Dan tidak lupa juga goreng pisang panas yang korang boleh nikmatinya dengan sambal kicap Johor. 

Ais Kacang
Tropical Fizz
Untuk minuman ada mesin ais kacang dengan pelbagai bahan yang korang boleh buat sendiri dan nikmatinya. Juga minuman panas seperti kopi & teh. Atau orer dari kaunter untuk nikmati minuman kegemaran korang . Semuanya korang boleh nikmatinya dalam satu masa dalam satu harga sahaja hanya di Lada & Clove, Trove Johor Bahru. 

Lada & Clove
Chef Fadzren Oyob

Treat yourself to a scrumptious hi-tea buffet every Saturday at Lada & Clove!
Halba Hi-tea Buffet.

Lada & Clove, Trove Johor Bahru
Jalan Dato' Abdullah Tahir
Johor Bahru 80300

Promotion Date: 1st - 31st October 2018

Time: 12pm - 4pm (EVERY SATURDAY)
Venue: Level 8, Lada & Clove, TROVE Johor Bahru

Price: RM68nett adult / RM35nett children age 4-11.
Reserved: +6072728888 or PM fb. 

Official Website: http://bit.ly/2pYyBC2


Untuk lihat gambar sepenuhnya, boleh ke page AKU Sis Lin 







P/S: Hanya ada satu Sabtu aje untuk Oktober ni, rugi kalau korang tak pergi, berbaloi sangat! Makan dari tengah hari sampai ke petang. Makan sampai puas!. 


Post a Comment

16Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. lapo pulak pagi-pagi tengok gambo makanan ni sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe silalah pergi makan @Julia, kalau nak makan macam n, kenalah pergi The Trove setiap Sabtu ya hehehe

      Delete
  2. Replies
    1. Hehehe kot mana tau TERsinggah Johor, mai laaa @Shafyqah yaa..hehehehe

      Delete
  3. Oh, tiap sabtu aje ya.. Bestnya, dia tak nak panggil lagi ke. . Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Kak @Seri, setiap hari Sabtu sahaja. Sebulan tema berlainan. Bulan depan depan tema Jepun hehehe

      Delete
    2. Ye @Dayah, satu bulan satu tema..di buka pada setiap Sabtu sahaja :)

      Delete
  4. wah kalau jjcm kat jay bee leh singgah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Kak @Ina, kalau datang JB boleh singgah menginap di sini dan makan di sini..

      Delete
  5. semua makanan berat-berat ye sis. signature kebanggaan rakyat malaysia.
    Janji Kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @Mar, nama je HTea tapi makan lunch kenyang sampai ke malam hehehe

      Delete
  6. Replies
    1. Kannn @Nadia, berbaloi dengan harga, makan dari tengah hari hingga ke petang, kenyang sampai malam..

      Delete
  7. mestii sis telan sorg2 je kan yang laksa tuu..kihkihkih #peminatlaksa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakakakaah tau takpe, no share katanya @Farahain hahahaha...

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!