JOM MAKAN DI MARCOPOLO KITCHEN DAN NIKMATI DISKAUN 50% SEPANJANG OKTOBER | Tak percaya ke? Ye betul, jangan tak percaya ya. Sis dah pergi makan di situ, sebab tu Sis kongsikan dengan korang semua. Kejadiannya memang tak di rancang pun nak pergi makan di sana, tapi memang dari mula Sis duduk Bukit Indah sana, Sis dah ngidam nak makan situ, cuma takde pulak nak mempelawanya hahaha. Nak jadikan cerita, selepas sahaja Food Review Media di Granada Hotel tu, Sis, Farahain dan juga Sunah memang plan nak berjumpa, kebetulan Sunah sampai dia lapar, makanya Sis amik peluang ni, bawa mereka ke sini.
Sampai aja di Marcopolo Kitchen tu, Sis terus ternampak logo HALAL dia yang sudah di lekat di depan pintu, alhamdulilah, sudah dapat kelulusan Halal. Masuk dalam kedai suasana tenang, pelayan yang datang amik order pun ramah sungguh, kena plak di tambah dengan kami bertiga, memang riuh kejap dalam kedai tu hahahaha. Terus Sis tanya untuk dapatkan kepastian 'masih ada lagi ke 50% tu?', pelayan tu jawab 'Ya ada'. Okay rezeki kamilah. Menurut kata pelayan tu, diskaun 50% tu sepanjang bulan Oktober sempena ulang tahun Marcopolo Kitchen. Dengan syarat, korang LIKE and SHARE je post yang dalam Facebook dia tu. Mudah je. Nanti masa nak bayar korang tunjuklah, atau masa amik order tu korang buatlah depan dia. Begitulah kesahnya.
Jom tengok apa yang kami bertiga makan ..
Opss cumanya maaf ye, janganlah di tanya nama menunya, sori sangat, Sis lupa nak save namanya. kalau korang nak order macam Sis ni, korang tunjuk ajalah gambar Sis yer hehehe.
Sis memang pantang nampak menu gearbox, mesti nak cuba hehehe.
Dan yang ini sangat sedap. Portion dia besar dan rasanya sangat memenuhi tekak. Tak sangka dagingnya sangat lembut dan tidak langsung berderai, bila makan tarik dengan garfu, baru dia tanggal isinya dari tulang.
Yang ini Farahain order. Chicken Chop *apa ntah belakang namanya, kan dah kata lupa hahaha.
Yang ini pun sedap. Korang boleh cuba, sangat lembut dan perapan ayam dia memang sampai ke dalam isinya. Disediakan bersama mashed potato, salad dan juga lobak.
Dan yang ini Sunah order. Spageti Bolognese Meatball.
Nampak biasa-biasa tapi bila dah makan, rasanya luar biasa. Tak tau nak terangkan, korang pergi dan cuba sendiri ya.
Jangan lupa, promosi 50% ni hanya sepanjang Oktober sahaja yer.
The Marcopolo Kitchen
Adress: No. 35, Jalan Indah 15/2,Taman Bukit Indah
Johor Bahru 81200
Time: 11.30 am - 11.00 pm (Opens daily)
Contact: 07-234 3111
Website: www.themarcopolokitchen.com.my
Facebook : The Marcopolo Kitchen
P/S: Biasa nak makan western mahal kan? Jadi ada peluang 50% ni, haaa pergilah! Jangan kata Sis tak payung hahaha..
wow2..menggoda jiwa dan raga bila tgk gambar ni..:)
ReplyDeleteKannn Kak @Normi, memang mengoda dan sedap...
DeleteRasa macam nak kena pergi jugaklah sebelum habis Oktober ni
ReplyDeleteKita pun nak pergi gak nanti bawa Suami dan anak-anak Kak @seri, sebelum promo habis hehehehe
Deleteala..smpai bulan october ke promonya..belum habis pantang lagi nie..😅🤣🤣
ReplyDeleteHehehehe sila bertahanlah ye @Suziana hehehee
Deletesedapnya sup gearboxxx .... menu semua shedap2
ReplyDeleteYee @Wani, semua sedap dan boleh share makan dua orang..puashati katanya ...
DeleteAduss jauhnya nak pergi ni Lin
ReplyDeleteHehehehe nanti ada rezeki ke Johor, boleh singgah Kak @Nooriah ...
Deleteya ampun sis, makana dia, malam2 boleh pulak tengok..dah terliur
ReplyDeleteKann kannn, nampak mewah tapi dah tolak 50% jadilah berbaloi @Nadia hehehe
Delete