MOGA ADIKKU TABAH DAN KUAT JALANI HIDUP MEMBESARKAN 5 ORANG ANAKNYA | Innalilahiwainnailaihirojiun. Salam takziah buat adikku,Lily (adik no-2), yang baru kematian Suaminya pagi kelmarin (Sabtu 29/9/2018), kerana jangkitan kuman dalam darah. Tiada siapa menyangka, tiada siapa menduga, tapi itulah hakikatnya.
Sebelum itu, ingin Sis ucap terima kasih buat semua sahabat yang mendoakan adik ipar Sis. Alhamdulilah segala urusan menyempurnakan jenazah adik ipar, dari awal hinggalah akhir sangat mudah dan cepat sekali. Tiada halangan dan semuanya dipermudahkan berjalan dengan lancar.
Syukur Ya Allah. Ramai pihak datang membantu, dan kami sekeluarga amat terharu dan berterima kasih kepada semua yang terlibat. Alhamdulilah.
Ujian dari Allah tidak siapa boleh sangka, yang sihat, yang muda, yang tua, ajal maut semuanya Allah yang menentukan, kita hanya berserah dan menunggu bila-bila masa kita juga akan pergi. Kini adik Sis perlu kuat untuk mengurus dan membesarkan anak-anaknya seramai 5 orang dan adik Sis pula tidak bekerja. Banyak yang perlu di selesaikan dan di rancang semula untuk meneruskan hidup demi masa depan anak-anak.
Sis sendiri tak kuat untuk melihat kesedihan adik, lebih-lebih lagi melihat wajah-wajah anak saudara. Sungguh pilu rasa hati.
Dan semalam (30/9/2018) adalah hari jadi anak adik Sis yang bongsu, Afis, sehari selepas ayahnya meninggal, anak yang paling kecil (7thn) yang belum mengerti apa-apa. Tapi tahu bahawa 'Ayahnya sudah mati' kalau di tanya. Allahuakbar.
Dari awal hingga akhir, di saat menguruskan jenazah Ayahnya, Afis sentiasa duduk dan menemani jenazah Ayahnya. Pilu sedih dan perit melihat wajah sugul dia. Ada masa bila di panggil dia tersenyum, ada masa di panggil, dia tunduk. Yang jelas, sejak ayahnya meninggal, seharian dia bermain sendiri, di penjuru dan di sudut-sudut dinding hanya sendirian. Kebiasaannya dia akan berkepit dengan ibunya. Allahuakbar.
Mak Long bangga denganmu Afis, walau kecil tapi dia kuat semangat, memandikan dan melihat sendiri depan mata ayahnya di kafankan. Tidak sedikit pun berasa takut dan menangis. Dia hanya menangis sekali sewaktu melihat ayahnya di zon kritikal sewaktu di hospital. Allahuakbar.
Dan semalam Sis ke rumah adik, menunaikan janji nak belikan kek harijadinya.
Korang boleh baca caption dalam gambar tu ya. Kejadian dalam gambar IG Sis tu semalam.
Kelu jari nak menaip *mengalir air mata*.
Yaa dialah Afis yang paling gembira bila di bawa ke kedai kek bersama kakaknya dan dapat pilih sendiri kek buah yang dia mahu. Sis menahan air mata dari jatuh melihat senyumannya. Memang tak boleh tengok wajahnya. Sayu hati, bila mulutnya berkata 'Ayah biasa belikan kek buah' huhuhu :(
Inilah gambar raya 2018 terakhir family adikku bergambar bersama suaminya.
Moga Allah gantikan kesedihan adikku dengan keceriaan, kegembiraan, kesenangan dan juga kebahagiaan yang lebih berganda-ganda. InsyaAllah.
Along tau kau kuat !!..
Buat Adikku.. Lily ..
Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.
Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah.
Setiap orang ada masalahnya tersendiri, Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama.
Allah menguji seseorang itu kerana Allah SWT mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.
Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita.
Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah SWT kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali? ..
Sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita.
Bukankah Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.
Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita.
Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya.
Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita.
Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.
Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.
Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita.
Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun!
Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing.
Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.
Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya.
Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!
Aamiinn..
P/S: Moga arwah adik ipar Sis, Mohd Yusri di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aamiinn.
Al-Fatihah.
Bergenang airmata sy baca post sis pagi ni. Moga arwah ditempatkan di kalangan para solihin.
ردحذفDOA sy agar adik sis & anak2nya diberi kekuatan, kesabaran dan dipermudahkan segala urusan mereka. Aamiin.
Takziah.
Aamiinn..Terima kasih Puan @Hazel ..
حذفYa Allah.. semoga roh adik ipar sis ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan beramal soleh.. dan semoga adik sis kuat dan tabah membesarkan anak-anaknya.. semoga dipermudahkan urusan mereka semua.. amiin..
ردحذفInsyaAllah aamiinn.. Makaseh @Dilah ..
حذفsemoga adik sis dan anak2 sentiasa kuat.. diberikan rezeki yang halal dan berkat utk meneruskan kehidupan..
ردحذفya Allah laju air mata mengalir..afis sebaya ilham.. tak dapat bayangkan macamana kalau situasi yang sama jadi pada ilham nanti.. :'(
semoga roh adik ipar sis ditempatkan bersama orang-orang yang beriman..
Aaamiinn.. Terima kasih @Hernee ..
حذفSemoga urusan sis sekeluarga dipermudahkan ya kak.. Allahu sebak hati membaca
ردحذفInsyaAllah alhamdulilah, aamiinn..Terima kasih @Julia ...
حذفSalam takziah buat lily and seluruh family.. be strong.. sesungguhnya dugaan dariNya ada hikmah dan pk positif aje k..
ردحذفMaaf x dapat nak turun jenguk ko sekeluarga. Moga segala urusan hingga kini berjalan lancar..
Alfatihah untuk arwah, miga ditempatkan di golongan orang2 soleh disisiNya.amin insyallah
Terima kasih @Retna..aamiinn.
حذفDoa pun sudah cukup @REtna..
ameen ameen ya Allah..sedihnya saya baca entri ni sis..kesian Afis..dia akan ingat sampai besar tarikh ni...
ردحذفYe @Sunah.. terima kasih Sunah ..
حذفassalamualaikum lin...salam takziah buat keluarga lin yer...sedih n sayunya rasa hati mama ni..berat mata memandang berat lagi bahu yg memikulnya...apa pun semua dugaan yg diberikn akan dpt ditempuhi dgn tabah dan sabar...semoga adik lin redha n sabar dlm menghadapi dugaan yg diberikan ini...mungkin ada hikmah disebalik semua kejadian...
ردحذفAl-Fatihah buat arwah adik ipar lin...semoga rohnya ditempatkan di dlm golongan org2 yg beriman...aamiin..
Waalaikumussalam Mama @Maszull..
حذفAamiinn..insyaAllah..terima kasih Mama..
Sedihnya baca entry ni sis, kalau kita kat tempat dia macam manalah kan. Mungkin dia orang yang tabah dan kuat, sebab tu Allah swt pilih dia untuk ujian ni.. Salam takziah untuk sis.keluarga
ردحذفKann @Rohada, berat mata memandang, berat lagi dia nak pikul..
حذفTerima kasih Eda..aamiinn
sebak baca entry sislin. sampaikan salam sha kepada adik sislin, insyaAllah sha tau dia kuat. salam takziah
ردحذفInsyAllah @Shafyqah, salam sudah di sampaikan.. Terima kasih Ya..
حذفsemoga adik sis lin tabah utk mulakan langkah baru demi utk kelangsungan hidup dengan anak-anak..apa pun hidup mesti diteruskan..salam takziah pada adik sis lin...
ردحذفAaamiinn, insyAllah @Fieza..Terima kasih atas doanya..
حذفSedih baca coretan sis Lin ni. Kalau sis Lin sedih apalagi adik sis kan. Semoga Allah hadirkan orang2 yg baik yg akan bantu adik sis & anak2.
ردحذفAaamiinn...Terima kasih @Carneyz
حذفMoga adik awak dikuatkan semangat. Sebaknya baca entri ni pagi2. 🙁
ردحذفINsyaAllah, terima kasih @Mia ...
حذف