MY MOM FIGHT BREAST CANCER (6 - LAST KIMOTERAPI)

Sis Lin
19
MY MOM FIGHT BREAST CANCER (6 - LAST KIMOTERAPI) | Tiada apa nak kata hanya ucapan alhamdulilah, kerana setelah jalani semua rawatan kimo, Emak Sis masih lagi sihat walau tidak sepenuhnya sihat tapi sekurangnya dapat menyangkal dakwaan sesetengah orang kata, kalau buat kimo ni boleh mati, haa gitulah bahasa pasarnya. 

Fikiran sempit dan fikir jalan singkat orang sebegitu.
 
Apapun sakit atau penyakit, kita usaha, banyak jalan boleh kita usaha dan ikhtiar, jangan bila dah sakit, sikit-sikit kata 'tak payah ubat, dah nak mati, biarlah mati', ermmm tu ajelah kata-kata mulut orang yang mudah putus asa. Macam tu juga masa mula-mula Emak Sis nak jalani kimoterapi ni.

Mulanya Emak memang taknak buat kimo ni, tapi di pujuk-pujuk akhirnya, Emak berserah dan pasrah aja. Sekarang nampak, hidup lagi tu Emak Sis, alhamdulilah Emak sihat macam biasa, walau ada masa kesihatan tu memang tidak seperti biasa. At least masih boleh bangun dan berjalan. Letih dan leesu tu memang perkara biasa, kita yang tak sakit kronik pun letih, apalagi yang memang sakit..

Kanser Payudara

Untuk rawatan kimo terakhir Emak, adik Sis, Sally meneman Emak. Macam sebelum-sebelum tu juga, apa-apa mesti Emak nak adik Sis,Sally yang meneman dia. Serasi bersama hehehehe. Dan untuk kali ini juga, setelah amik darah dan ujian lab, sama juga sebelum tu juga, Emak dehyrated, kurang air, jadi buah pinggangnya kering. Maka kena duduk wad juga lagi dan kena masuk air juga lagi (eh dah macam bahasa india pulak,hahaha). Ermm gitu aje laa.

Bukan nak membebel tapi Emak tu kadang degil leka gak, layan nengok tv, kadang pun rehat tidur lama, sampaikan lupa nak minum air bebanyak. Memang masa sebelum atau selepas jalani kimoterapi kena minum air bebanyak, tapi sebab Emak ni kata malas nak ke toiletlah, sebab itu dia kurang minum air..ermmm jadi korang fahamlah kan..Biasalah orang tua, beginilah.

Makanya, kena duduk wad dua hari, lepas tu terus buat kimo dalam wad juga. Setelah buat kimo terakhir tu, dapat appoinment untuk jumpa Doktor pakar, Doktor bius dan Doktor bedah untuk tentukan temujanji untuk ujian lab dan scan dan juga keputusan samaada kena operate atau tidak.

Dan sewaktu korang baca entri ini, Emak Sis akan jalani OPERATION ESOK 2/10 di Hospital Sultan Ismail (HSI). Korang doakan ye agar Emak Sis selamat jalani pembedahannya untuk buang sebelah payudaranya tu. Nampak Emak cool dan okay tapi berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya kan..

Sis sebagai anak pun kadang, tak tau nak luah dan nak bagi kata semangat macam mana, sebab kadang cakap sikit Emak tu emo, emo sangat pun tak elok untuk pesakit, jadi kadang cakap spontan macam biasa aje kalau bercakap kat Emak. Biasa Emak pun faham. Cuma kami adik beradik sentiasa doakan Emak moga Emak kuat, sihat sehingga selesai pembedahan. Aamiinn..

Penjagaan selepas pembedahan (maklumat berguna).

Adakah lumpektomi sebagai pilihan anda?
Lumpektomi atau pembuangan ketulan atau penyingkiran sebahagian daripada payudara.

Selepas pembedahan.
Kita akan mudah berasa letih dan perlu banyak berehat.
Punyai kesan sampingan yang sementara seperti bengkak dan kemerah-merahan di tempat yang di bedah.
Sekiranya ia berair atau kesan sampingan yang sementara itu menjadi semakin teruk, maklumkan kepada doctor dengan segera.

Senaman
Digalakkan untuk meminta nasihat doctor terlebih dahulu mengenai bila senaman boleh dilakukan, bagaimana, apakah jenis senaman yang boleh dilakukan.

Penjagaan lengan
Limpoedema ialah nodus limfa yang telah bengkak selepas menjalani pembedahan.
Ia boleh berlaku sejurus selepas pembedahan dan ini lazimnya hanya sementara tetapi terdapat juga yang berlaku selepas beberapa bulan atau tahun.
Nodus limfa berfungsi sebagai sistem penuras bagi cecair yang berlebihan, sel yang tak normal dan hasil sampingan akibat jangkitan.

Tido.
Dinasihatkan supaya meletakkan bantal kecil pada bawah lengan yang sebelah yang dirawat untuk mengurangkan tekanan.

Protesis (payudara palsu)

Hampir kesemua wanita tidak memerlukan protesis tambahan selepas lumpektomi.
Namun hanya sekiranya tisu payudara yang disingkirkan agak banyak , anda mungkin memerlukan protesis separa tambahan.
Pembentukan boleh dilakukan daripada silicon, busa atau sabut. v Anda juga boleh membuat pilihan lain iatu pelapik coli.
Bahan ini boleh dibasuh kerana ianya diperbuat daripada polimer atau getah busa.

Coli.
Pakai coli yang berganjal di bahagian belakangnya.

Homecare

- Selepas pulang, anda perlu melakukan perkara berikut:, untuk memastikan pemulihan biasa
- Anda perlu pastikan kawasan bersih dan kering operasi
- Jika pesakit mempunyai satu tiub saliran, hendak mengukur jumlah cecair yang diperuntukkan. Jika anda menghadapi masalah, Anda perlu memaklumkan kepada doktor anda
- Adalah disyorkan bahawa anda mengelakkan aktiviti cergas selama kira-kira enam minggu
- Bekerja dengan ahli fisioterapi. Terapi boleh memasukkan senaman untuk bahu dan lengan
- Kita perlu bertanya doktor anda mengenai, apabila ia adalah selamat untuk mandi, mandi, atau mandi
Pastikan anda mengikuti arahan doktor anda
- Jika nodus limfa telah dikeluarkan, anda perlu mengambil langkah berjaga-jaga berikut, untuk mengelakkan pengumpulan cecair dan jangkitan:


Meningkatkan bahagian yang terlibat dari masa ke semasa

Melakukan pergerakan dengan tangan-Nya. Anda perlu mula perlahan-lahan;
Mengukur tekanan darah anda, tidak mengambil darah dari tangan yang tercedera;
Pakai sarung tangan, untuk mencuci pinggan, melaksanakan pembersihan;
Tidak memakai apa-apa, yang clamps tangan;
Jangan pakai dalam benda-benda berat tangan terjejas;
Gunakan pelembap untuk tangan cedera;
Anda boleh menggunakan Bodygroom yang, mencukur ketiak mereka;
Untuk melindungi diri mereka daripada mendapat selaran matahari.

- Pemulihan akan mengambil masa kira-kira enam minggu. Perlu berjumpa doktor dalam 7-14 hari selepas pembedahan. Doktor akan membincangkan keputusan dan rawatan lanjut.
- Kira-kira sebulan selepas pembedahan, Anda boleh mula memakai prostesis payudara ringan. Prostesis yang boleh digantikan dengan tetap, Apabila operasi incisi sembuh.

Bagi sesiapa yang terlepas bacaannya, boleh baca di bawah ni, kisah Emak Sis dan rawatan kimo sebelumnya. Sekadar untuk pengetahuan korang dan sekadar berkongsi sahaja. 




Jom kita sama-sama support HOPE . 



P/S: Moga permudahkan semua urusan pembedahan Emakku dan Allah pelihara dan lindungilah Emakku sepanjang pembedahan. Sihatkanlah dia dan sembuhkanlah dia. Aaamiinn..

Post a Comment

19Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. semoga dipermudahkann urusan emak sis menjalani pembedahan esok..ameen!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaamiinn, alhamdulilah selamat sudah @Sunah.

      Delete
  2. Slm. Semoga mak sis cepat sembuh & kuat semangat. Your mum look familiar. Dia cg ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam..
      Aaamiinn, makaseh @Hidamis...
      Tak , Emak surirumah aje..

      Delete
  3. Semoga urusan ko ngan lelain dipermudahkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaamiinn, insyaAllah @Retna..
      Buat adik ipar kau juga ya.

      Delete
  4. InsyaAllah.. semoga dipermudahkan urusan oleh Allah.

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  5. Semoga pembedahan mak awak berjalan dengan lancar.

    ReplyDelete
  6. semoga diringankan kesakitan emak lin & segera sembuh

    ReplyDelete
  7. Macam mana keadaan emak sis ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, Emak baik-baik aja, sihat alhamdulilah..

      Delete
  8. I definitely enjoying every little bit of it. It is a great website and nice share. I want to thank you. Good job! You guys do a great blog, and have some great contents. Keep up the good work. Breast cancer

    ReplyDelete
  9. Certain features of the tumor cells, such as whether they depend on hormones to grow are also considered. Breast Cancer

    ReplyDelete
  10. Most Women Do Not Appreciate How Important Their Breasts Are And Do Not Do Everything They Can To Look After And Protect Them.
    amino acid drink singapore

    ReplyDelete
  11. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
    ..........................................................................
    Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..😉

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay👇🏻
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼


    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

    😁kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
    Tp nanti dia akn blas jugak yer..
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring



    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!