MY MOM FIGHT BREAST CANCER (PEMBEDAHAN BUANG SEBELAH PAYUDARA)

Sis Lin
14
MY MOM FIGHT BREAST CANCER (PEMBEDAHAN BUANG SEBELAH PAYUDARA) | Alhamdulilah setelah sedia maklum seperti yang Sis update sebelum ni #MyMomFightBreastCancer6LastKimo, syukur semuanya dah selamat. Emak telah pun selesai jalani pembedahan buang sebelah payudaranya sebelah kanan pada 2/10 baru-baru ni. 

Walaupun keadaan bersedih masih lagi menyelubungi kami sekeluarga #MogaAdikkuTabahDanKuatJalaniHidupMembesarkan5OrangAnaknya tapi syukur Emak dapat kawal emosinya dan terus kuat untuk jalani pembedahannya.Mulanya kami semua adik beradik risau keadaan Emak, takut ujian darah tinggi Emak naik di sebabkan kurang tidur dan dalam keadaan bersedih, tapi alhamdulilah, semuanya dipermudahkan .

Keadaan adik Sis pun semakin hari semakin dapat terima ujian dari Allah, hidup perlu diteruskan, redha dan berserah kepada Allah aja, itu yang terbaik, bersangka baik pada Allah, insyaAllah datangnya juga baik-baik. Emak pun sama, terima semua ujian dan dugaan buat dirinya dengan hati terbuka dan berserah aja pada Allah.

Kanser Payudara

Ini gambar sebelum sehari Emak jalani pembedahan. Emak nampak relax aje, lagi pulak anak-anak dan cucunya semua datang bagi support, terserlah keceriaan di wajah Emak walaupun dalam hatinya mesti ada perasaan Nerves dan takut. Juga tak lupa adik Sis yang tengah bersedih (tudung putih) tu pun datang dalam keadaan darurat (dalam Edah) semata nak melawat Emak sebelum Emak masuk bilik pembedahan. 

Kasihan anak-anaknya yang kata 'nak tengok atuk', jadi kami bawalah sekali. Sekurangnya anak-anaknya lupa sekejap kesedihan kehilangan Ayahnya. *Adik no3 aje takde dalam gambar ni.

Hari pembedahan Emak, 2/10 hari Selasa, Adik Sis no3,Sally yang menunggu dan meneman Emak. Emak masuk bilik pembedahan jam 12pm lebih, dan selesai dalam jam 3pm lebih. Alhamdulilah sewaktu Emak keluar Adik kata Emak okay, sedar cuma mamai-mamai aje dan sampai ke bilik, terus tido. Menurut kata Emak, dia muntah hanya selepas di kejutkan dari tidur sahaja, selepas dari tu, tidak ada muntah-muntah lagi. Mungkin effect dari ubat bius.

Tempat payudara yang dibuang tu, di letaknya tiub, untuk mengeluarkan darah kotor, tiub tu terus salur masuk ke dalam tabung kecil, tabung tu sangkut di tepi katil, Emak kata takde rasa apa, tak sakit, perghh Emak Sis memang orangnya kuat! Bangga betul lihat keadaan Emak. 

Di tanya, banyak ke darah keluar, mula selepas pembedahan aja yang banyak, sebab baru kan, dah malam ke pagi tu, kurang dah. Kalau Doktor datang dan check tu, Doktor tekan ke, keluarlah lagi darah kotor, tuib tu pakai sampailah darah kotor henti keluar. Dan malam pembedahan tu, Emak dah boleh bangun pergi tandas. Hebat kan Emak Sis hehehe.

Kanser Payudara

Tengok, ini keadaan Emak setelah dua hari selepas pembedahan, relax je kan hahaha. Di tanya, waa Emak, tak sakit ke, Emak kata sikit ada le, hehehe. Alhamdulilah syukur bila lihat keadaan Emak macam ni, nampak sihat dan tidak terbaring kesakitan. 

Emak memang dari dulu sentiasa kuat dan selalunya memang semuanya lebih suka buat sendiri. Taknak menyusahkan anak-anak katanya. Sebelah katil Emak tu sama juga buat pembedahan tapi masih lagi terbaring tak boleh bangun, kasihan MakCik tu, moga MakCik terus kuat ya. 

Emak di tahan wad dalam 7 hari, hari Sabtu lepas baru Emak dapat keluar wad. Tak sabar-sabar Emak nak keluar wad katanya. Tu pun Emak bertuah bernasib baik juga, dapat menumpang duduk di wad kelas dua, berhawa dingin. Sebabnya masa mula Emak nak masuk wad, tiada kekosongan di wad biasa, jadi Emak dapat masuk kelas dua. Satu bilik cuma 4 katil aja. 

Tapi masa bayar bil, dia caj juga wad seharian kelas dua, alaa baru rm5 sehari. pembedahan pun baru rm30, jumlah sebenar selama 7 hari rm137.80, tolak diskaun warga emas, jadi bayar cuma rm68.50 sahaja. alhamdulilah. 

Kini Emak cuma kena pantang makan, jaga luka dan banyak-banyak rehat. Selagi tak baik luka tu, jangan memacam ye Emak hahaha. Memang tekak tu macam-macam nak makan, tapi bertahanlah dulu ye. Nanti dah baik, Owang bawa Emak pi makan sedap-sedap. 

Okaylah cukup untuk update terkini keadaan Emak Sis, nanti apa-apa Sis update lagi ya. Nak tunjuk luka Emak, takut kang orang kecam, walaupun Sis dah blurkan, ye laa sebahagian dari auratkan. Jadi sesiapa nak tengok, sila PM aje Sis. Bukan apa, untuk pengetahuan kita aje sebagai perempuan, kena berjaga-jaga ye. 

Kisah Emak semua boleh korang klik di Labels sidebar Sis My Mom Fight Breast Cancer .
Terima kasih semua yang sentiasa menunggu update kisah Emak Sis dan mendoakan Emak, hanya Allah yang akan membalasnya. 


P/S: Kalau cakap pembedahan, mesti ke kena makan ikan haruan? Tak makan tak boleh ke ? Siapa boleh jawab? #SisTanyaAje 

Post a Comment

14Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. semoga mak sis terus sihat, kuat dan dipermudahkan segala urusan..

    ReplyDelete
  2. Ikan haruan tu just nk cptkan baik luka.. x makan pun xpe tp jaga btul2 je la luka nya tu kan..

    P/s: geli tgk muka haruan tu..😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laaa, kalau tak makan tak apa kan, rimas pulak aku semua suruh cari ikan haruan @Retna hahahaha

      Delete
  3. Assalamualaikum lin....semoga mak lin cepat sembuh seperti biasa semula....kena jaga mkn yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mama @Maszull..
      Terima kasih atas doanya Maa..aamiinn

      Delete
  4. Allahu Akbar! Semoga emak terus kuat. Kepala kita plak yg ngilu bila baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kak @Seri.. kalau tengok lukanya lagi le ngeri huhuhu

      Delete
  5. nengok muka mak sis terus rasa macam , uishh kita yang sihat ni takkan nak lembik kan , yang sakit ni pun masih boleh senyum...masih boleh sorok rasa sakit tuh...inikan kita yang sihat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @Farahain, sebab tulah sejak EMak sakit, lihat kekuatan dalam diri kita ni, kenapa kita nak jadi lemah..sedangkan orang yang sakit bertarung nyawa untuk sihat..

      Delete
  6. When you use a genuine service, you will be able to provide instructions, share materials and choose the formatting style. Breast cancer

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!