PERNAH MAKAN MEE REBUS BURUNG PUYUH?

Sis Lin
20
PERNAH MAKAN MEE REBUS BURUNG PUYUH? | Baca tajuk je dah rasa sedap kan, terliur Sis ko membaca balik dan teringat-ingat kesedapan mee rebus tu. Nasib lupa nak amik gambar pinggan licin, kalau tak korang mesti terkejut hahaha. Licin memang selicinnya. hahahaha. Licin sebab apa? Sebab sedap! Kalau Sis kata sedap, makanya Sis kongsi kat korang, kalau Sis rasa tak sedap, Sis malas nak menaip dan kongsi kat korang. Ada faham.. hehehe. 

Sebenarnya dah lama Sis nak singgah makan sini, tapi tak taulah kenapa tak ada rezeki nak menyinggah. Ajak anak-anak pun, anak-anak tak berapa gemar mee rebus, ajak Suami, tapi bila keluar makan, lupa pulak nak ke sini, kelain pulak perginya hahahaha. adeii tu namanya belum ada rezeki. Nak jadi cerita, alhamdulilah akhirnya dapat juga datang ke sini makan bersama anak-anak katak angkat Sis, Farahain dan Sunah. Selepas aje kami bertiga ke Kelab Sihat Life Nutrition  Hub tu, terus pakat nak makan mee rebus kat sini. Memasing kelaparan dari pagi tak makan, tapi dah separuh kenyang sebab minum minuman kesihatan tu hahahaha. *tepuk dahi sat..


Macam mana Sis ko ni tak teringin. Sis selalu ke Holiday Plaza belakang tu, tiap kali pergi mesti akan lalu dan nampak kedainya, asyik menoleh je, singgahnya tak..huhuhu . 
Cantikkan tempatnya. Memang masuk ke dalam suasana dia tenang dan teratur aje tempatnya. View dia open, boleh makan kat dalam, boleh makan kat luar. Makan kat luar sambil menikmati pemandangan luar dan angin-angin sepoi. Satu je masaalahnya, agak susah nak parking. Tu jer. Nasib koranglah parking memana ya. 


Korang masuk korang kena self service ya. Pergi ke kaunter tu, dan order apa korang nak. Macam-macam plihan mee rebus ada. 
Contohnya: Mee rebus burung puyuh, mee rebus tulang, mee rebus gearbox, mee rebus ayam, mee rebus sotong, mee rebus udang dan juga mee rebus daging.
Haaa pilihlah nak makan mana. Ada juga menu tambahan (add-on) kalau korang mahu. Bukan tu je, ada juga kuih muih dan juga desert yang di jual.
Kalau Air pula, korang duduk aje, nanti pelayan amik order. Dah makan baru bayar. 


Untuk kali ni Sis order Mee Rebus Burung Puyuh, sama dengan Farahain. Sunah order Mee Rebus Ayam. Nampak sangat menyelerakan. Kalau ikut hati Sis nak makan Mee Rebus Gearbox, tapi sebab baru je haritu makan di Marcopolo Kitchen tu, so kita ubah la selera pulak hehehe. 
Harga Sis dah lupa laa, tapi tak mahal, kami makan bertiga siap air semua, jumlah baru rm33++ ajer. okaylah kan. 


So kalau korang nak cuba, silalah. Puashati. Boleh refer waktu perniagaannya dalam gambar tu ya. 

Alamatnya :

Mee Rebus House
No 8,Jalan Balau, Taman Melodies Johor Bahru
Johor Bahru 80250
013-799 9111

Facebook : Mee Rebus House 







P/S: Sekarang dah ada geng makan, jadi seronok nak makan sana sini sebab ada geng yang tak kisah namanya 'gemuk' hahahaha.. :p


Post a Comment

20Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Kita suka mee rebus tapi ada mee rebus yg buat kita pening kepala. Hari tu kan, baru ckp psl mee rebus tetiba Pak Inche ajk mkn Mee Rebus Hj Wahid, hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe Kak @Seri macam kawan kita, ada masa makan mee rebus dia pening kepala, tak tau kenapa. Mybe rebusan kambing kot..

      Delete
  2. Jauhnya ...kalau dekat kita dah terjah dah..kita peminat mee rebus udang dan daging...x penah lg mkn mee rebus burung puyuh dan ayam tu..nmpk sgt sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn kot mana tau tersinggah Johor, mai le singgah. Memang sedap mee rebus burung puyuh tu @Linda...

      Delete
  3. sedapnya kak, bila nak lunch ni haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha bawak bersabar ye @Shafyqah..hehehe

      Delete
  4. sedap oiiiii...nanti pergi lagi!

    ReplyDelete
  5. Nampak gambar mee rebus ni rasa amat sedap. Ingat kat KL area, jauhnya di JB. Mungkin akan pergi cuba rasa bila ada pergi ke JB.
    Eratuku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe kannn mana tau tersinggah ke Johor, boleh nanti cubaa @Renie..

      Delete
  6. tgk gambar pun dah sedap..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kak @Normi, sangat sedap, puashati...

      Delete
  7. mee rebus puyuh dia memangg thorbaik..pssttt, yang pakai tudung merah tu siapa?hahahhhaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha yang itu anak pekerja mee rebus @Farahain hahaha

      Delete
  8. Sedapnya kak..kenapa la kat seremban ni xde makanan best macam ni...kalau ada ada kan best..bleh mengembang badan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, istimewa hanya di Johor sahaja @Suria hehehe moh laa ke Johor hhehe..

      Delete
  9. tak pernah lagi makan mee rebus burung puyuh..tapi burung puyuh goreng makan... nampak menyelerakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn sangat sedap , jomlah mai Jb mencubanya @Emarieys.. :)

      Delete
  10. normally, aida akan balik jb utk makan2 tau.
    mee rebus is wajib la. tq for sharing this, lin.
    akan bookmark. tambah makan spot kami :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeszaaa...mesti singgah kalau balik Jb ya @Aida..roger-rogerlah kalau sampai Jb..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!