RESTORAN CHICKEN LAB - KHAS BUAT PEMINAT MAKANAN KOREA | Tahniah dan terima kasih atas undangan dan pembukaan satu-satunya cawangan di Malaysia dan kini di buka di Johor 'Restoran Chicken Lab - Premium Taste from Korea' . Sebut aje Korea, mesti yang sukakannya terus cakap 'waaaa' betul tak? Hehehe termasuk jugalah Sis masa mula dapat tau restoran ni. Belek dia punya pages facebook, wowww sekali pandang, terus kata, macam kFry Urban, tapi bila tengok menu yang sedia ada, waaaa lain dari yang lan laaa, must try!
Jadi apalagi, Sis dan geng Jdt Blogger, Kak Seri, Sunah, Ain dan Uyul, terima undangan 'Soft Opening Party' mereka untuk lihat sendiri suasana dan rasai menu yang akan di sajikan. Terletak di Austin Heights Taman Mount Austin yang Sis rasa sangat strategik tempatnya. Sebabnya kalau siapa yang suka hunting makan, area Mount Austin tu memang banyak giler kedai makan dan cafe ala 'hipster' , dan Chicken Lab ni bakal menjadi salah satu tumpuan peminat makanan Korea.
Oleh kerana Sis pergi waktu malam, maka gambarnya gelap la yer hehehe.
Tempatnya tak susah nak cari, dari masuk simpang nak ke Hospital Sultan Ismail tu, korang jalan terus, sampai jumpa traffic light yang ada mcD, korang terus lagi, depan tu nanti sebelah kiri, korang akan jumpa restoran ni. Maaf dah malam, jadi Sis tak perasan pulak kedai apa yang berdekatan dengannya, nanti korang waze aje.
NO Pork NO Lard, itu yang tertulis.
Kalau korang was-was, jangan pergi, nanti jatuh hukum lain pula. :)
Suasana indoor dalam restoran. Tenang, dan ala-ala garden gitu.
Masa Sis sampai, tetamu belum ramai lagi, sekejap tu, penuh tempat semua. Meriah suasana.
Yang bestnya, free wifi dia laju ko hahahaha.
Meh kita layan dulu antara senarai menu yang ada.
Pic kredit dari Chicken Lab
Pic kredit dari Chicken Lab
Pic kredit dari Chicken Lab
Korang tengok tu yang tark cheese tu perghh..peminat cheese boleh cuba menu ni, memang sedap gile!!
Tu diaaa dah kata dah. Menu yang ni menu yang mesti korang cuba.
Namanya Crispy Squild Tteokbokki. Haa gitulah namanya. Yer yang tengah-tengah tu sotong, sangat rangup. Keliling tu ada cheese, telur, kimchi, nasi goreng gabalgi (ye ke namanya), dan juga yang tengah tu Taekbokki. Aishh tergeliat jari nak naip nama-namanya la, nanti korang pergi, korang cubalah.
Sis jujur cakap, sangat sedap!
Yangnyum spicy chicken wing.
Uii yang ni spicy okay. Pedas macam ramen tu ha, tapi sedap hahahaha. Ini juga antara menu mesti cuba kalau ke sini. Menu atas tu dan menu Yangnyum ni, korang makan dua ni dah puashati.
Sis panggil air tonggang hahahaha, sama juga macam kat kFry, gitu jugalah yang ada d sini, cuma dia ada pelbagai perisa, hampir 4 perisa tak silap. Dan juga ada moctail dan air jus lain-lain.
Dan semestinya kalau kata Korea, mesti nak cuba Bingsu dia. Malam tu kami cuba Bingsu watermeloon. Hurmm sedap sungguh. Makan reramai pun puashati, kalau makan berdua, mau kembong perut ikan buntal rasanya hahahah ..
TAHNIAH Chicken Lab Malaysia di atas pembukaan restoren pertamanya di Taman Mount Austin, Johor .
Peminat makanan KOREA, selain kFry Urban, haaa korang boleh cuba di sini, pelbagai menu yang pasti akan menjadi kesukaan korang!! .
Di mana ? Semestinya, di Chicken Lab .
Premium Taste from KOREA .
NO Pork NO Lard .
Alamat: No 2, Jalan Austin Heights 8/7, Taman Mount Austin
Di buka dari jam 12pm hingga 12am .
Telefon : 07-3648851 .
Facebook : https://m.facebook.com/chickenlab.my/ .
Instagram: @chickenlab.my .
Website : www.chickenlab.my/
#chickenlab #openingparty #chickenlabmalaysia #mychickenlab #chickenwings#spicychicken #spicylovers #koreafood #crispychicken #premiumtastefromkorea#jdtblogger #akusislin
P/S: Satu je nak cakap, kimchi dia sedap gilee hahahaha!! Retna, jomm pi Korea makan kimchi!!!
Kimchi sedap?? Ok bole try nnt hahaha...
ردحذفOk hujung bln terbang g korea 😝
Memang sedap @Retna, macam kat Korea..hahahaha
حذفrugi tak join ..sebab baru ni je nak mencuba makanan korea ni...next time pegi jom
ردحذفNext time kita gi jomm @Rohaida ..
حذفSerius sedap, ada budak dah ngendeng nak pergi lagi
ردحذفHahahaha habis SPM le gayanyaaa hehehe Kak @Seri ..
حذفNantu nak bawak dak2 umah lain lak ke sini
ردحذفKann kannn, adik Sis pun nak try gak @Sunah hehehe
حذفuniknya air tonggang tu hihi
ردحذفKannn, boleh minum utk 2 orang @Aeinna ..
حذفmenu yang unik-unik. sekarang trend betul la makanan korea ni.
ردحذفKannn @Mar, rugi siapa tak makan dan cuba makanan Korea ni, sedap dan tekak Melayu kita boleh masuk hehehhe
حذف