RESTORAN LEMON TREE TERUS BERKEMBANG MAJU - CAWANGAN KE7 DI TAMAN DESA JAYA | Bila di tanya 'Why Lemon?', ownernya, Jeffry Bong kata 'When Life Gives You Lemon, Plant a Lemon Tree' ..Korang faham apa maksudnya? Kalau senang nak faham, dalam erti katanya berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Lebih kurang macamtulah. Tapi nak lebih faham, maksudhnya, sedia maklum lemon tu masam, tapi tetap juga nak di makan, tapi kalau dah di buat air 'lemonade', ianya akan rasa manis kan? Jadi tak semestinya hidup kita ni sentiasa dalam keadaan susah, akhirnya akan datang kesenangan. Haa gitulah maksudhnya.
Okaylah berbalik pada tajuk tu, tahniah buat Restoran Lemon Tree yang telah merasmikan cawangannya yang ke7 di Taman Desa Jaya, Johor Bahru. Sis berkesempatan bersama media blogger yang lain yang turut serta merasai dan menikmati menu signature 'mesti order' yang popular kebiasaannya pelanggan akan datang makan. Konsep restoran ini merupakan konsep citarasa asian, so memang menu-menu dia semuanya memenuhi citarasa semua bangsa, kaum, baik dewasa atau kanak-kanak, semua boleh makan.
Restoran Lemon Tree
Alamat: No 33, Jalan Danau 3.
Taman Desa Jaya, Johor .
Open: 11.30am - 10.30pm
Phone: 07-3643301 .
Korang boleh walk in sahaja atau kalau nak datang in group, korang boleh booking dulu dan call nombor di atas ya. Memang sewaktu kami duduk makan pun, tak putus-putus pelanggan keluar masuk. Memang meriah sebab kedainya betul tepi jalan besar, so korang senang nak tuju dan jumpa kedainya.
Haa jom kita tengok menu-menu signature yang telah Sis cuba dan rasa. Semuanya sedap-sedap. Tak tipu, serius cakap, semua sedap!
Garden Salad Salmon Chunk with Italian Vimaigrette Dressing - |
Mostacioli Chicken Bolognese |
Thai Style Minced Chcken Pizza |
Seafood Aglio Olia |
Black Pepper Chicken with Rice and Egg |
Black Pepper Egg & Cheese Beef Burger |
Mushroom Grilled Perch Fish |
Double Choc Cake |
Tiramisu Cake |
Overall kesemua menu yang di sajikan semua memang memenuhi tekak Sis dan kawan-kawan semua, tak ada yang nak Sis kata tak sedap. Jadi nak cakap lebih pun susah juga. Kang ada pulak kata membodek. Tapi paling Sis rekomen suruh korang makan adalah Seafood Aglio Olio dan juga Tiramisu Cake dia, sangat sedap okay!. Menu lain pun semua okay. Minuman pun pelbagai minuman ada. Sis malam tu minum Cappucino Latte, uiii sodap kawww!.
Jadi korang apalagi, jom singgah makan.
Korang boleh ke laman facebooknya untuk lihat kesemua lokasi Restoran Lemon Tree ya. Bagi Sis yang duk area Pasir Gudang ni, paling dekat adalah di Permas Jaya. Hujung bulan November akan buka di Taman Megah Ria. So korang jomm kita!! ..
Thank You Boss, Jeffry Bong . |
Restaurant Lemon Tree (Asian Restaurant)
Alamat: No 33, Jalan Danau 3.
Taman Desa Jaya, Johor .
Open: 11.30am - 10.30pm
Phone: 07-3643301 .
Facebook: Restaurant Lemon Tree
No Posrk No Lard .
P/S: Kat Johor banyak rupanya restoran makan yang best-best ye, ermm bila kita dah review dan pergi makan, baru kita tau. Sebelum ni, memang tak tau dan ada ketikanya sampai susah nak cari tempat makan hehehe. Kan kann..
Nama restoran ni seakan2 nama restoran milik David Teo. Kecur la tngok Aglio Olio dia
ردحذفKannn, orang cina suka akan pepatah Lemon Kak @Seri..hehehe
حذفmenu nampak semua sedap ni...
ردحذفYaaa..dia punya menu semua sedap-sedap uii @Rohaida ..
حذفsedap je semua ni.
ردحذفJanji Kita
Yeee @Mar, nanti buka kat Taman Megah Ria, dekat sikit gan Mar...
حذفape ni kak..sedap sangat semuanya ni..haishh
ردحذفKannnn, kena datang johor baru boleh pergi Lemon Tree ni @Nadia hehehe..
حذفwowwww,,,scroll dari atas sampai bawahhh mulut dok nyebut "sedapnyaa...sedapnyaaa" hahahhaha...
ردحذفKann kannn, nanti ada rezeki Sis payung ek @Farahain...
حذف