TRAGEDI NAHAS LION AIR JT610 - SALAM TAKZIAH BUAT INDONESIA | Indonesia sekali lagi menjadi perhatian dunia apabila pagi semalam, sebuah pesawat Lion Air JT 610 laluan Jakarta-Pangkalpinang dilaporkan hilang 13 minit selepas ia berlepas dari lapangan terbang Jakarta pada 6.20 pagi.
Pihak berkuasa Indonesia mengesahkan, setakat ini, sejumlah 189 penumpang, juruterbang dan anak kapal yang menaiki pesawat itu dilaporkan terkorban. Mereka terdiri daripada dua bayi, seorang kanak-kanak, 178 dewasa, dua juruterbang, lima pramugari serta seorang juruteknik.
Innalilahiwainnailaihirojiun..
Sis ingin mengambil kesempatan mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mangsa. Semoga tabah dan sabar menghadapi ujian ini, pastinya ada hikmah di sebalik tragedi ini buat hamba Allah yang beriman.
Sesungguhnya Allah mengajar hamba-Nya ketika menerima musibah:
وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ (155) الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ (156) أُولَٰئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِّن رَّبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ (157(
“Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (155) Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata: “Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un” (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali) (156) Mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk (157)” (Surah Al-Baqarah: 155-157)
P/S: Jadi ngeri dan jadi fobia pulak bila dengar kapal terbang terhempas ni. Memang ajal tak kira siapa dan tak kira di mana, yang penting, sudah bersediakan kita? Allahuakbar ..
Salam Takziah untuk keluarga mangsa.. sedih kan Lin..
ReplyDeleteSedih sangat Kak @Sue..masa baca je tragedi ni, Lin dalam bas, terdiam sekejap. tak dapat bayangkan saat genting di ujung nyawa mereka dalam kapal tu huhuhu
DeleteInnalillahi wa inna ilaihi rajiuun..
ReplyDeleteAaamiinn...
DeleteDa tukar balik keeee banner..hahaha
ReplyDeleteTunjuk kat Suami Sis @Sunah, seali dia kata 'Apalah letak muka kat situ, tak payahlah' hahahaha jadinya berhuhuhu laaa kita..
Delete