ANTARA 3 MENU DI FESTIVAL THAI FOOD YANG MESTI SIS BELI DAN MAKAN

Sis Lin
22
ANTARA 3 MENU DI FESTIVAL THAI FOOD YANG MESTI SIS BELI DAN MAKAN | Kalau cakap Festival Thai Food, siapa lagi yang suka kalau bukan Sis sendiri, terlonjat-lonjat rasa tak sabar nak pergi hahahaha. Kepala dah terbayang-bayang menu yang mesti nak beli dan makan, dan juga pelbagai menu 'pelik-pelik' yang mesti Sis rasa. Sis jenis orang, kalau benda pelik, suka nak mencuba, tapi tengok tempat dan keadaanlah. Kalau tengok sedap, dan persembahan menu tu cantik, bersih dan harga tak mahal, memang Sis beli punya. Anak-anak memang dah faham sangat dah. 

Baru-baru ni ada di buka Festival Thai Food di Pusat Bandar Stadium Pasir Gudang, Sis pun kurang pasti ya, sewaktu post ni di tulis masih ada lagi atau tidak, tak silap perasaannya, bermula 2hb hingga 11hb Nov, tapi kurang pasti betul atau tidak salah baca atau salah pandang Sis. Cubalah korang check ya nanti. Kebetulan pada malam tu, kawan blogger merangkap anak angkat Sis, Sunah & Farahain datang bermalam di rumah, makanya dalam keadaan hujan pun, Sis angkut semua pergi sekali hahaha. Rupanya dua-dua pun suka kemain gak hahaha. 


Yeszaaa itu dia, menu utama mesti makan iaitu megi tomyam, hahaha bukanlah macam megi biasa okay, dia punya rasa kuahnya dan isi-isinya, tambah lagi dengan sambal serbuk lada dia,bikin makan hirup kuah boleh licin woo. Lain macam rasa hahahaha. Selain megi ni kadangnya Sis beli kerabu kaki ayam, tapi malam tu Sis makan megi tomyam je, Sunah pun sama juga makan megi tomyam, Farahain kita kita suruh dia share makan sama, sebabnya beli banyak, kang ada tak habis makan. 
tu rm7. 


Ini pun salah satunya mesti Sis beli, sotong bakar dengan kuah asam limau. Sotong ni ada pelbagai saiz, korang boleh pilih nak saiz mana. Macam yang Sis beli ni harga rm15, nak kata besar tak juga besar, nak kata kecik, tidaklah kecik sangat, sedang-sedang. Tapi ada yang lagi kecik ya hehehe. 
Rasa dia macam rasa makan ikan stim limau hehehe. Kuahnya tu sedap, dengan ada salad-salad sekali. Pelik juga kadang, setiap kali beli, semua sotong dia ada telur tau, beso gilee, kembong perut sotong tu hahahaha. 


Yang ini bahasa Thai dia Sis dah lupa, kap kap gitulah dengonya hahaha. Dia buat dalam tempat macam kaya ball tu ha, katanya cuma tepung, telur dan tauhu. Sedap memang, ada udang juga dalamnya dia cucuk sekor. Ada sayur dan rasa telur dia sedap sangat! Cecah dengan sambal sos. Sebekas rm5. Tekak Sis sedaplah, tekak korang Sis tak tau hehehe. Sunah dengan Farahain pun makan okay je, sedap kan? 


Sempat juga nak berwelfie hahaha. Masa kitaorang sampai renyai-renyai hujan, kurang orang, sekejap tu time kami makan, orang dah mula ramai dah. Nasib kami datang awal hahahaha. Kekanak riang makan sampai kenyang hahahaha. 
Oh ya, yang ada baby crab tu kan, tu kira menu tambahan je la kalau korang nak makan, Sis beli juga sebekas rm10, Sunah beli kambing bakar rm15, sedap ko kambing bakar dia. 
Minuman pulak Sunah beli greentea dan juga jus mangga. Piaww gilerr air mangga dia, dah macam makan mangga sebiji ko. 

Sebenarnya ada macam-macam lagi menu yang boleh koramg cuba, kalau boleh makan semua, haaa belilah semua ya, tapi jangan membazir, takat nak beli amik gambar dan post kat FB/IG jer, pastu tak makan, baik tak payah! Hahahaha. 

Maaflah kalau ada yang tanya, Sis tak pasti samaada masih ada lagi atau tidak Festival Thai Food ni. Cubalah kalau ada lalu tu di Stadium Pasir Gudang, kalau ada nampak khemah-khemah tu, haaa masih ada lagi lah tu. 







P/S: Sejak ada geng makan ni, Sis ko makan dengan hepinya, kadang tak makan pun, tapi suka membeli dan suruh budak dua orang ni makan hahahaha . Biar kita gemuk sesama ya anak-anak :p 


Post a Comment

22Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. dah habis dah..tak sempat nak pegi..last year je pergi ..kalau dah ke sana..macam-macam nak makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo ye la, sebab nampak Sunah kata dah masuk kat konvo UTM @Rohaida..sebab tu Sis ko bila tau je festival Thai terus pergi, kang kempunan hahaha

      Delete
  2. Saya dah pergi dekat kluang dengan kota tinggi..tunggu tahun depan pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedapkann, kalau boleh semua nak di belinyaa kan @Juju..

      Delete
  3. Tahun ni kita pergi yg kat Bus Stand Larkin. Kalu tengok mmg sume nmpk sedap & nak dibeli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang Larkin tahun ni dengar banyak orang melayu jual dari orang Thai , ye ke Kak @Seri..dah macam bukan Festival Thai Food la ek..

      Delete
  4. Replies
    1. Ko jangannn, silap-silap kang malam kang sampai kang Sis ko @Sunah...

      Delete
  5. Ok baca lengkap2 entri kali ni, oiii nak menggemokkan orang rupanyaaaaa..ko tengok ni ain! Hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. HOI....xboleh gini.... hahahhaa..

      Delete
    2. Kakakakakah ye laaa, Sis beli korang makan @Sunah @Farahain hahahaha

      Delete
    3. @Farahain, bukan ke ko suka makan, kan kan kan hahahaha

      Delete
  6. sedapnyaaa..kadang malas nak pegi sebab ramai orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kak @Ina, orang memang ramai tapi kehendak nak makan tu, tetap gak nak pergi hahahaha

      Delete
  7. 2kali pegi festival thai food kat muar n jb tapi kan sampai sana rambang mata tak tahu nak test apa. Sbb tak research dulu apa yg best.hahahah.. lepasni kena cek dulu baru senang n rasa berbaloi beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Cik Puan @Ena, kalau nak pergi lepas ni, pastikan tahu apa nak di makan dan di beli, kalau tak nanti bila sampai je jadi blur hehehehe...

      Delete
  8. baru habis kat Port Dickson...dptlah rasa kerabu megi,sotong bakar,somtah betik..ish mcm2 lagilah tapi terkilan x dpt mkn aiskrim gulung sbb da kenyang.hahahaaa....miang kham beli bawa balik fuhhhh terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haritu tak beli pulak somtam gan kerabu megi kaki ayam @Syiqin, sedap pulak bila ingat-ingat..Miang Kham tu Sis tak pandai nak makan huhuhu

      Delete
  9. hahahhahahahaaa......kap kap bunyinya...mampusss...hahahhaa.. habis tuhh colekk mangga tuhh kapkumkap ke apeee bunyiknyaa..hahahhahaa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakakakah apa-apa je le namanya @Farahain, tapi memang dia sebut haritu namanya kap kap gitu kakakakakah :p

      Delete
  10. mmg konfem la rambang mata kalo tak ye2 kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yee terjojol mata tengok makanan oii @Hernee hahahaha

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!