BARANG YANG PERLU DIBAWA UNTUK BERCUTI KE PULAU | Entry kali ini tak kisahlah untuk yang memang pecinta Pulau atau tak cintakan Pulau pun tak apa, atau yang baru-baru nak belajar bercinta dengan Pulau hehehe. Persoalannya di sini? "APA YG PERLU KAMI BAWA DAN APA YG TAK PERLU DIBAWA UNTUK BERCUTI KE PULAU?".
Makanya meh sini Sis share serba sedikit keperluan yang perlu dibawa, yang mana korang rasakan perlu di bawa untuk keperluan, silalah bawa, yang mana korang rasa tak perlu, tak payah bawa, buat berat bag aje nak membawanya. Bawa ikut keperluan aja.
Gambar copy dari SINI |
Bagpack
Kalau ke Pulau ni korang perlu fahami satu. Perlu menaiki boat/ferry untuk ke Pulau atau tidak?..ada pickup boy atau tidak? bentuk muka bumi kawasan pulau bagaimana?..
Sebabnya kalau turun-turun aje Pulau, sekali pasir aje semua, macam mana ko nak bawa bag tarik? Cuba fikir, satu kerja ko nak kendung ek hahahaha. Jadi nak selamat bawalah bagpack ajo.
Kasut getah/ slipers/flipflop/crocs
Khas untuk aktiviti air, pakai terus dari rumah pun ok. Pakai crocs shoes highly recommended! sebab kebiasaannya turun je terus kat air, jalan atas pasir, jangan pulak pakai higheels or wadges pula, nanti susah nak jalan atas pasir..kalau boleh bawa lebih sepasang pun takpe...untuk yang ada anak kecil, sila pakaikan sandals stripped atau crocs. Kasut-kasut adalah tidak digalakkan sama sekali..kene air basah..kepam dan berat.
Makanan ringan
Bagi korang yang memang suka mengunyah, boleh bawa bekal Jajan dari rumah siap-siap kerana di Pulau-pulau harga agak mahal, barang-barang pun kene naik boat kan..bukan kita je yg perlu bayar ticket boat untuk ke Pulau..selain dari jimat duit korang juga boleh jimatkan kos makanan..
contoh bawa roti & tuna, milo 3 in 1..yang mana ambil free & easy package tu boleh jimat dah, tak payah breakfast kat kedai, tak gitu? Makanan yg dicadangkan adalah seperti, roti, tuna tin, kaya milo 3 in 1, kopi 3 in 1 dsb, coklat bar, air kotak, air mineral, keropok untuk kunyah serta gula-gula berangin kot-kot mabuk masa snorkling atau naik boat.
Toiletries
Tidak semua chalet menyediakan peralatan ini.
Sila bawa barangan mengikut keperluan peribadi anda.
contoh :
Towel Mandi
Berus gigi
Ubat gigi
Pencuci Muka
Sabun Mandi
Shampoo (lepas mandi air laut harus shampoo if not melekit)
Conditioner
(pastikan semua saiz kecil ikut keperluan aja)
Sunblock
Pastikan cari yang 130spf untuk yang nak berada di bawah matahari di kawasan pantai untuk mengelakkan sun burn! kalau taknak pakai pun takpe..tiada masalah. Tapi siaplah ko hitam mengelupas nanti.
Beg kalis air
Kalau nak pergi aktiviti snorkeling, ha elok bawa, lagi-lagi yang nak bawa camera atau mobile phone sepanjang perjalanan di laut .
Ubat-ubatan
Elok sediakan untuk diri sendiri dan anak-anak dikhuatiri jatuh sakit ke, muntah-muntah ke, demam ke, alahan ke boleh la kita makan ubat sementara nak ke klinik..
Plastik utk baju basah
Tips sebelum memasukkan barang didalam bagpack, sila masukkan barangan anda didalam satu plastik sampah yg besar dan tebal kemudian tutup bahagian atasnya baru masukkan kedalam bagpack. Ini bagi mengelakakn barangan didalam bag anda basah akibat tempias ombak laut atau air hujan.
**Extra plastic simpan baju kotor
Sumber copy sana sini.
P/S: Moga Allah permudahkan semuanya ..aamiinn ..
Rasanya pulau terakhir kita pegi, Pulau Pinang 😝😝😝
ReplyDeletehahahahahahahhahahaaa.. ain gelakkk besooooo baca... hahahahahhaaa...
DeleteHahahaha sabo je le korang dua ni kannn Kak @Seri dan @Farahain..lepas ni jelajah Pulau hahahaha
DeleteGood info!
ReplyDeleteSinggah sini :)
https://mylittlestoryi.blogspot.com/2018/11/unnie-doll-reka-diri-sendiri.html
Terima kasih sudi singgah @Littlexme ..
DeleteTips yang berguna..terima kasih
ReplyDeleteSama-sama kita share ya @murni..
Deleteohh nak kena carik crocs gini kalau nk travel ke pulau kan..hahahhaa..
ReplyDeleteHahaha sila sila, tengah ada sale ni pergi beli @Farahain ..
DeleteTips yg terbaik tq
ReplyDeleteSama-sama yang tiada nama @Unknown ..
DeleteBagus tips ni.. last pegi langkawi tp boleh bawak beg tarik 😂😂
ReplyDeleteKannn @Dilah, tengok keadaan mana kita tinggal dan keadaan tempat kita pergi ..
Deletealamak dah lamanya tak gi pulau. last gi masa pregnantkan arwah syakir. ..tq for sharing the infi sistur.
ReplyDeleteLamanyaaa tu @Hernee..jom laaa Belitung hehehe
DeleteNice tips sis!! Yayy dah tak pening nak pack bila ke pulau nanti.
ReplyDeleteHahahaha baru baca ke ko @Uyul hahahaha
Delete