CABARAN MINUM SUSU DUTCH LADY PUREFARM SELAMA 5 HARI SETIAP PAGI

Sis Lin
18
CABARAN MINUM SUSU DUTCH LADY PUREFARM SELAMA 5 HARI SETIAP PAGI | Yer minum segelas susu aja paling mudah kalau nak bersarapan pagi jika malas, korang boleh minum hanya dengan segelas air susu dutch lady purefarm sahaja. Dengan segelas susu dutch lady, korang dah dapat cukup nutrien, protein dan tenaga untuk keperluan seharian korang, siang mahupun malam. Macam Sis sendiri, kadang sibuk dengan aktiviti, tidur lewat, so pagi kadang terlajak bangun gara-gara tidur selepas Subuh, makanya memang pagi tu sarapan yang mudah dan mana ada aje dekat dapur. Paling mudah, segelas susu aja. Janji sarapan.

Sebagai permulaan hari.. #StrongStart orang kata.

Start Your Day Strong with Protein from Milk #StrongStart
Memang ramai yang abaikan makan sarapan pagi, sebab ada satu perangai 'malas' dan satu lagi 'lewat' jadi terus ke makan tengah hari. Itu tak elok sebenarnya untuk kesihatan keseimbangan diet badan kita. Sarapan kena amik setiap pagi, seeloknya dari jam 7am hingga jam 10am. Paling tidak makan biskut, roti atau paling mudah minum segelas SUSU DUTCH LADY PUREFARM . 
Ini kerana badan kita perlukan nutrien yang cukup setelah bangun pagi dari tidur yang panjang, paling lama tidur pun dah 8jam. Makanya kalau kita tak amik sarapan keesokkan paginya, perut mula meragam dan akan terjadi gastrik angin ataupun loya dan badan menjadi lemah. Sebab itu perlu makan sarapan paling kurang pun minum susu dahulu sebagai permulaan hari.

Susu Dutch Lady penuh dengan protein, vitaminA, vitaminB2, vitaminD, dan semestinya kalsium, makanya segelas susu sahaja sudah cukup untuk di minum setiap hari, paling kurang sehari dua kali (Pagi dan Malam sebelum tidur).

Bagi Sis yang kurang minum susu putih macam ni, tapi tetap juga 'tercabar' memenuhi cabaran Dutch Lady ni, ternyata ianya sangat terkesan. Minum setiap pagi selama 5 hari, Sis dapat rasakan perut kurang lapar, badan lebih tenaga dan cergas, juga dapat rasa sistem pembuangan air besar juga lancar. Bukan apa, ada dengar dan baca, katanya kalau salah pilih susu, perut akan meragam dan akan berlaku sembelit. Ternyata susu Dutch Lady ni sesuai untuk Sis dan tidak ada sebarang tindak balas yang tidak baik untuk perut Sis juga penghadaman.
Makanya Sis terus jatuh cinta pada susu Dutch Lady Purefarm ni. 

Untuk cabaran #DutchLadyBreakfastChallenge kali ni, Sis telah mencabar diri Sis sendiri untuk sarapan pagi bersama susu Dutch Lady Purefarm bersama menu sarapan mudah kegemaran Sis bertemakan 'Fave Breakkie'. Sebabnya memang menu macam ni yang biasa Sis makan sarapan pagi, mudah dan simple. Kita nak makan sarapan jangan menyusahkan diri nak buat ini itu ini, apa yang ada kita makan, apa yang kita suka, kita makan. Janji sarapan.
Korang pun mesti suka yang mudah dan simple kan. So Sis sharekan sekali di sini ya.

Jom kita tengok, apa yang Sis makan setiap hari selama 5 hari bersama susu Dutch Lady Purefarm. 

Day One: Cabaran pagi sarapan bersama nasi lemak dari surprise box Dutch Lady.
Ternyata kekenyangannya berganda-ganda, tapi still minum susu segelas untuk keseimbangan badan setelah makan nasi yang ada santan. 
Day Two: Segelas susu Dutch Lady Purefarm + 5 keping biskut tawar + 3 biji kurma .
Cabaran sarapan pagi Sis yang paling senang dan kenyang!
Day Three: Segelas susu Dutch Lady Purefarm + dua biji telur separuh masak + sesudu madu.
Menu sarapan yang penuh bertenaga untuk cabaran hari ketiga. 
Day Four: 3 keping brownies bersama sekotak kecil susu dutch lady purefarm.
Pagi yang sibuk tapi tetap tidak tinggal untuk sarapan pagi. Kenyang bertenaga dengan sekotak susu dutch lady. 
Day Five: Segelas susu Dutch Lady Purefarm bersama 2 keping kek bahulu.
Makan celup-celup dengan susu, sedap sangat! 
Tak susah pun kan nak sediakan sarapan? Paling malas minum aje susu Dutch Lady Purefarm, segelas atau sekotak kecil sudah cukup untuk keperluan seharian korang. Jadi selepas ini ingat! Jangan skip sarapan pagi ya.
Buat yang senang, janji makan dan kenyang sebagai permulaan hari .


Fakta penting susu

● Lemak susu tidak menyebabkan gemuk. Amalan diet pemakanan anda yang tidak seimbang yang menyebabkan pengumpulan lemak lalu mendorong kearah kegemukan.

● Sebelum tidur, digalakkan untuk minum segelas susu panas yang dapat melonggarkan otot-otot tegang dan menenangkan saraf, sekaligus memberi peluang untuk anda mendapatkan rehat dan tidur yang lena selepas seharian bekerja.

● Tidak kira susu segar mahupun susu tepung, ia mengandungi kandungan vitamin dan kalsium yang baik untuk pertumbuhan tulang dan penyembuhan luka, vitamin untuk sel darah, tenaga untuk melakukan aktiviti seharian serta riboflavin yang menjadikan kulit cerah berseri.

● Susu adalah baik untuk mereka yang mengalami PMS kerana ia sumber untuk melegakan kesakitan dan memberi tenaga kepada badan untuk terus aktif.

● Digalakkan untuk minum 1-3 gelas susu sehari.

● Susu menjadikan badan lebih sejuk dengan mengekalkan tahap cecair dalam badan.


Jom sertai peraduan sarapan pagi #dutchladybreakfastchallenge menerusi dalam talian dan rebutlah peluang untuk memenangi hadiah menarik yang bernilai lebih daripada RM35,000 dengan hanya melengkapkan sarapan pagi anda bersama susu Dutch Lady PureFarm yang bermula pada 8hb Oktober sehingga 11hb November 2018!

Masih lagi ada kesempatan kalau korang nak mencubanya! Cepat!







P/S: Kalau dulu masa sekolah, kena paksa dengan Emak Sis, tiap pagi kena minum susu dan masa sebelum tidur. Kadang sampai melalak-melalak sebab taknak minum. Huhuhu sekarang dah berusia, baru tau keperluan susu tu sangat penting bila tulang ko hampir nak mereput ni hahahaha.


Post a Comment

18Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. good luck sis,jangan lupa minum susu setiap pagi..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih @Rohaida, good luck juga buat mu ..

      Delete
  2. Makanya lepas ni kena hari2 minum susu sis, slepas cabaran 5 hari ni tak minum susu sarapan rasa kosomg kosong kosong

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kak @Seri, 5hari cabaran , setiap pagi rasa kenyang dan sangat bertenaga ..

      Delete
  3. Assalamualaikum lin..semuanya best n sedap...moga berjaya lin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam mama @Maszull . Terima kasih Mama..

      Delete
  4. Replies
    1. Sis kurang sikit suka minuk susu putih tapi susu Dutch Lady sangat kena dengan tekak Sis @Myra ..

      Delete
  5. dutch lady di pagi hari itu pasti selepas ni. :D

    ReplyDelete
  6. susu dutch lady ni memang fav 1 family dilah.. time murah beli stok berkotak2.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo ye ke @Dilah, bagus anak-anak suka minum susu, kita yang dah tua ni batulah nak minum susu hehehehe

      Delete
  7. nasib baiklah akak ni boleh minum susu jenama apa sajer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung Kak @Haslina, Saya pula tengok susu, ada yang jenama lain boleh jadi cirit birit . Susu Dutch Lady ni serasi dengan Saya ..

      Delete
  8. Replies
    1. Betul tu @Lisa, sedap sampai hari² nak minum siang dan malam ..

      Delete
  9. Uolls punya breakfast kerlasss kauuuu versi mat saleh...hahhaha.. I berkenan betull yang brownies tuhh.Hahhahaaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe itu paling senang dan mudah nak siapkan @Farahain . Apa yang kita suka kota makan heheheh

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!