JOM MAKAN DOMINO'S PIZZA SEMPENA KEMPEN IT'S ALL ABOUT YOU | Domino's Pizza mula dilancarkan di Malaysia oleh pengasasnya Tom Monaghan pada tahun 1997. Masa tu kan Sis dah berkahwin dah, anak dah dua tapi masa tu, tekak belum lagi macam orang meroyan mengidam kalau nampak Domino's Pizza ni, relax-relax je kalau tengok iklan hahaha. Sebab sejujurnya memang dah terbiasa dengan nama 'Pizza Hut', so masa mula Domino's Pizza ni di rasmikan, makanya Sis hanya jeling-jeling aja.
Tetapi bila Domino's perkenalkan sistem order melaui talian di Johor, kebetulan pulak ada cawangan yang berdekatan dengan rumah Sis ketika tu, jawabnya, dah macam pelanggan setia laa Sis ko ni order , sampai budak delivery tu pun dah tau dah muka Sis ko ni hahahaha. Sekali makan terus jatuh cinta ibaratnya. Asyik duk kerja order je ko, maklum alasannya anak kecik, banyak ragam, so kalau tak masak, order Domino's je la hahahaha. Yang bestnya, baru order, kejap tu dah sampai, tu yang best tu!.
Cawangan Domino's Pizza hingga sekarang ni dah ada 223 cawangan di seluruh Malaysia. Pusing sana sini nampak Domino's Pizza kan hehehe. Pada tahun 2003, Domino’s Pizza telah memperkenalkan portal pesanan dalam talian pertama di Malaysia yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records. Dan pada tahun 2007 Domino’s Pizza mencipta rekod baru di mana diikitiraf dalam Malaysia Book of Records sebagai "Pembuat Pizza Terpantas". Itu pasal kalau korang order secara walk in atau online, cepat je sampai hehehe.
Sempena menghargai pelanggan yang setia (salah seorangnya Sis ko ni), Domino's Pizza telah melancarkan Kempen It's All About You di semua cawangan Domino's Pizza.
Makanya Sis tidak lepaskan peluang untuk meraikan sama sempena kempen ini. Banyak menu promosi yang di tawarkan untuk peminat pizza. Tak payah susah-susah nak belek menu, klik je online web dia, pastu pilih laa apa pizza korang nak makan, then submit. Nak bayar guna debit boleh, kad kredit boleh atau walk in cash pun boleh.
Untuk kempen kali ini Sis beli secara online dan pilih sesiap dulu, dan bagitau nak datang pick up jam berapa dan lokasi di mana. So nanti masa korang datang, pesanan pizza korang dah siap. Bayar pun ikut sukalah, cash boleh atau debit/kad pun boleh.
Domino's Pizza Taman Bukit Dahlia pilihan paling dekat kalau Sis beli secara online dan take away. |
Bestnya, Beli satu, percuma 1 regular. Thank You Domino's Pizza. |
Pulled Beef Pizza with mozarella tarik..yumsss |
Menikmatinya dalam kereta, ko rasa? Ini kalau tau Ayahnya makan dalam kereta, nahas kena bebel sebakul. |
Cinnastix. Yang ini pun sedap, makan panas-panas lembut gile! |
Apa-apa pun Tahniah kepada Domino's Pizza Malaysia kerana telah berjaya berada di Malaysia sejak 1997 hingga ke hari ini.
#dominosmy #itsallaboutyou
P/S: Makin lama makin sedap dan pantas! Okay tu je yang nak Sis komen untuk review kali ni. sekian :)
dugaan apani pagi pagi dah nampak makanan sedap
ردحذفHehehehe silalah pergi membelinya lagi ya @Shafyqah ...
حذفLama dah kan Dominos bertapak di Malaysia... rasa pizza dia yang sedap dan servis delivery laju tu membuat ramai suka sampai sekarang.
ردحذفYee @Ayunie, masa tu anak sis kecik-kecik lagi, dan yang best kalau order cepat sampai ..
حذفAduhhhh.. Kecur terus time lapo2 ni
ردحذفHahahaha jomm Kak @Seri gi makan pizza hehehehe
حذفOo..patutlah sedap !! Dah lama rupanya dia bertapak kat sini. Tapii ok juga maknanya dia dah tahu sangatlah dengan selera orang Malaysia ni kan. Gud job Domino's
ردحذفKann Cik @Tie, cepat dan sedap semua menu-menunya ..
حذفsenang kan beli online, tak perlu tunggu lama-lama nak dapatkan pizza
ردحذفKann. Betul tu @Khaty, semuanya di hujung jari sahaja hehehehe
حذفyummy sdpnyaa
ردحذفSangat sedap @Sharina, lagi-lagi yang perisa baru tu sedap gilee ...
حذفwohoiiiii........bila last farahain makan dominos ehk?omg,,, cannott maaa..hahahhaa..
ردحذفLaaaa kenapa? Ko tak makan pizza ke apa @Farahain? ermmmm
حذف