KENALI SEORANG WANITA ITU MELALUI BUNGA | Mengapa Sis katakan wanita ibarat seperti bunga? Kenapa tidak ibarat seperti benda lain? Contohnya, haiwan ke? Makanan ke? Kenapa bunga sering dikaitkan dengan wanita? Ada apa dengan bunga?
Pernah tak kita terfikir seperti apa yang Sis katakan tadi? Sebenarnya Sis rasa banyak tokoh-tokoh yang sudah mentafsir mengapa wanita diibaratkan seperti bunga. Bunga juga mempunyai beberapa jenis, warna, bentuk dan bau. Kalau tidak takkan bunga menjadi intipati untuk membuat minyak wangi. Ada ke haiwan dijadikan intipati untuk membuat minyak wangi? Tak pernah dengar pun kan ..
Sebenarnya Sis suka kaitkan sesuatu spesies bunga itu dengan wanita SEBAB bunga itu unik, ada keistimewaan tersendiri dan cantik. Begitu juga wanita. Disini Sis listkan beberapa spesies bunga yang mempunyai persamaan dengan peribadian wanita yang Sis rasa berkait.
Bunga Rose
Sis rasa majoriti daripada kita sukakan bunga rose. Hal ini disebabkan bunga rose wangi dan cantik. Dalam bunga rose ini juga terdapat beberapa warna. Ada warna putih, pink, merah dan kuning. Setiap warna membawa tafsiran yang berlainan. Bagi Sis bunga rose ini melambangkan seorang wanita yang cantik, pengoda, digilai oleh ramai orang. Walaubagaimanapun, Sis mentafsirkan juga bunga rose ini seorang yang licik dan berbahaya kerana walaupun cantik tetapi jika kita leka kita mungkin akan terkena durinya. So, hati-hatilah kalau berdampingan dengan wanita yang ibarat seperti bunga rose.
Bunga Orkid
Bunga orkid juga mempunyai beberapa spesies dan warna. Bagi Sis wanita yang diibaratkan seperti bunga orkid ini merupakan seorang yang cerewet dan mahu perfect sebab jika kita tengok penjagaan bunga orkid ini memerlukan perbelanjaan yang agak tinggilah juga. Yela, Pokok orkid tidak memerlukan tanah untuk ditanam. Pokok orkid memerlukan arang dan tidak boleh terdedah dengan cahaya matahari yang tinggi. Lepas itu kena sentiasa dijaga agar pokoknya sentiasa dalam keadaan baik.
Bunga Kertas
Bagi Sis penjagaan pokok bunga kertas simple sahaja. Oleh sebab itulah, ramai yang suka tanam pokok bunga kertas. Tidak cerewet seperti pokok orkid. Oleh itu, Sis tafsirkan wanita ibarat bunga kertas ini merupakan seorang yang simple dan tidak banyak songeh. Selain itu, dia pandai menyesuaikan diri dalam sesuatu situasi.
Bunga Seri Pagi
Pernah tengok bunga seri pagi? Setahu Sis bunga seri pagi berwarna ungu dan hanya mengembangkan bunganya pada waktu pagi sahaja. Bila waktu malam ia kuncup balik. Sebab tulah nama bunga ini bunga seri pagi. Bagi Sis wanita ibarat bunga seri pagi ini seorang sensitif seperti mana bunganya. Selain itu, bunga matahari juga seperti bunga seri pagi dimana hanya sensitive pada cahaya matahari sahaja. Konon macam puteri lilin le tu .
Bunga Tahi Ayam
Mungkin ramai di antara kita sukakan bunga ros sebab kecantikan bunga itu tetapi bagi Sis bunga tahi ayam juga cantik walaupun namanya buruk. Ramai di antara kita menganggap bunga tahi ayam itu berbau busuk seperti mana namanya tapi bagi Sis bunga tahi ayam itu wangi. Bagi Sis juga, pada pandangan umum wanita diibaratkan bunga tahi ayam ini seorang yang hodoh, buruk dan tidak ada keistimewaan. Oleh sebab itu tidak ramai yang suka akan wanita ini. Tetapi disebalik namanya yang buruk dari pandangan orang ramai itu wanita yang ibarat bunga tahi ayam ini sebenarnya seorang yang cantik dan humble. Bunga ini juga sebenarnya tidak berbahaya. Walaubagaimanapun bunga tahi ayam jika kita memegangnya secara kasar boleh menyebabkan bunganya itu luruh. Oleh itu Sis andaikan wanita ibarat bunga ini juga seorang yang perlu dijaga dan dibelai dengan lemah-lembut kerana wanita itu dilahirkan dalam sifat lemah-lembut dan penyayang.
Wanita dan Bunga
Bagi Sis setiap wanita itu ada kelemahan dan kelebihan masing-masing. Wanita ini dicipta untuk menenangkan dan membantu kaum adam seperti mana hawa dicipta untuk nabi adam. Sebenarnya jika kita fikir-fikirkan balik wanita dan lelaki memerlukan antara satu sama lain dan saling lengkap-melengkapi. Oleh itu, tidak ada cacat-celanya ciptaan Allah terhadap wanita dan lelaki. Masing-masing ada kelebihan dan kelemahannya. Kita je yang selalu membuat perbandingan antara satu sama lain.
Setuju tak dengan Sis? ..Haaaa tepukkkk!!
*image semua dari carian google*
P/S: SEMUA yang dia atas hanyalah kesimpulan Sis aja, tiada kena mengena dengan sesiapa pun ya. 'Just for fun'. Siapa tahu dan cuba teka, Sis suka bunga apa ? Hehehehe lalalalala ...
rose please....hehehe
ردحذفBoleh tunggu besday yaa @Rohaida ...
حذفhahahahhaha..bunga tahi ayam tuhh tak boleh blahh..hahaha.. ain sebenarnya peminat bunga lily.oppss..jenuh kak sun nanti nak carik design bunga lily pulak nanti.hhahaha..
ردحذفHahahaha ko jangan memacam ye @Farahain, cukuplah muzik tu je kat banner hahaha jiwa ko tu...
حذفBunga
ردحذفMekar dipuja
Layu dibuang
Alalalala berlagu pulak Kak @Seri ni hahahaha
حذفsaya suka semua bunga yang warna pink dan merah :D
ردحذفWowwww awak tentu romantis dan berani orangnya hehehe kan @Farah ..
حذفsaya suka doodle bunga..ehhhh.. 😋
ردحذفsaya suka bunga telang sebab airnya biru blh buat nasi kerabu.. hehehe
Saya nak doodle orkid pleasee @Hernee..
حذف