MAKAN LAKSA JOHOR DI RUMAH BLOGGER MAT GEBU @ ADNAN IBRAHIM

Sis Lin
12
MAKAN LAKSA JOHOR DI RUMAH BLOGGER MAT GEBU @ ADNAN IBRAHIM | Perancangan last minit selalu berjaya, kalau plan awal-awal ada je tak menjadinya. Kisahnya Sis memang ada bagitau dengan Mat Gebu nak ziarah ke rumahnya, lama tak ke rumahnya ziarah Bonda Mat Gebu, Mak Yah. Dan seperti biasa, kena bagitau terlebih dahulu dengan tuan punya rumah,yelah nak ke rumah orang kena maklumkan dulu dengan tuan rumah, jangan main terjah aje, tak elok ye. 

Pergi hari bekerja, makanya siapa lagi yang free dan sudi meneman kalau bukan si anak katak angkat berdua tu, Sunah dan Farahain. Kebetulan Sis ajak mereka tidur di rumah malam tu, senang nak gerak sesama, lagipun malam tu kami pergi ke Festival Thai Food nikmati makanan Thai dulu hehehe. Mat Gebu pun dah tau akan kedatangan kami esoknya, katanya nak bikin Laksa Johor, perghhh terlepas juga ngidamnya nak makan laksa Johor Mat Gebu. Agak lama tak makan Laksanya. 


Sesampai aje kami di rumahnya, sudah tersedia semuanya. Kali ni Mak Yah siap 'perli' Sis ko, katanya awal Lin harini, selalu kalau kata datang jam 12pm, sampainya jam 1pm hahahaha. Kali ni ringkas, keluar awal pagi, sarapan, dan terus ke Sedenak. Makanyalah samapai awal dari selalu hehehe. 

Macam biasa, kalau ke rumah Mat Gebu tak boleh sekejap, macam-macam cerita Sis gan Mat bercerita, janji bukan cerita hal orang ya, kami saling cerita kisah kami dulu dan kini, macam-macam dah berubah dalam dunia blogger ni, jadi itu yang kami sembangkan, sambil tukar-tukar idea masakan. Sebenarnya memang banyak kenangan cerita Sis dan Mat Gebu, baik dalam dunia blog atau pun dunia kami sendiri. Suka duka kami kongsikan bersama. 


Berbalik kepada hidangan yang Mat Gebu sajikan untuk kami, selain Laksa Johor, sempat juga Mat ni buatkan sebiji Kek Marble, serius cakap, lembut dan moist sungguh. Kalau kata kek marble, Sis ni biasa bayangkan macam kek bahulu tu, keras, kasar dan makan kompom tercekik, tapi jauh beza Kek Marble Mat Gebu ni, moist lembut dan makan elok je telan masuk ke rongga mulut. Bukan bodek, tapi jujur okay. Juga ada Tauhu Begedil, sempat juga ko Mat buat semua. Tauhu tu makan cecah dengan sambal kicap, makk oii, dua ketul gak Sis ko telan. Kenyang makan Laksa 3 sanggul hahahaha.


Dan tak lupa, macam biasa, sambil borak seteko air kopi0 dah perabis licin bercawan-cawan Sis ko hirup hahahaha. Dah macam kedai kopi oii. Dalam Sis dengan Mat berborak, diam-diam kisahnya budak berdua tu membuta kat sofa lawo Mat Gebu, perghh ko jaga bebaik Sunah dan Ain, kang sebab ayaq liur korang buat sofa Mat tu mengelupas pulak kulitnya hahahaha.

Alhamdulilah, apa-apa pun terima kasih buat Mat Gebu sekeluarga, hanya Allah sahaja yang membalas jasa baikmu Mat. Nanti ada rezeki ada umur kita jumpa lagi..

Korang nak resepi Laksa Johor Mat Gebu ke? Okay Sis copy kan di bawah sini ya. Sis copy dari facebook Mat aje. Di blog dia pun ada juga. Korang cubalah, sedap! Berbaloi dengan 'leceh' nya orang kata nak membuat tapi bila dah siap dan makan, berbaloi kesedapannya. 


BAHAN-BAHAN KUAH LAKSA JOHOR 

1 kg ikan kembong
250 gram isi udang
Isi ikan kurau masin sebesar 3 inci x 3 inci, rendam
4 camca besar udang kering, rendam hingga lembut.
2 camca penuh besar kerisik
1/2 inci lengkuas, dititik
4 - 5 keping asam gelugor
12 biji bawang merah kecil*
2 batang serai, hiris*
2 ulas bawang putih*(*kisar halus)
2 camca besar cili kisar
2 camca besar rempah kari ikan (baba's)
2 camca besar ketumbar serbuk
1 camca besar jintan manis serbuk
2 liter santan segar
1 genggam daun kesom
2 kuntum bunga kantan, belah dua setiap satu
Sedikit daun selasih
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa


BAHAN-BAHAN ULAMAN 

Taugeh, dibuang ekor, cuci dan toskan
Kacang panjang, dihiris halus
Daun kesom, hiris halus
Daun selasih, hiris halus
Timun, ambil bahagian luar dan buang empulurnya, hiris halus
Bawang besar, hiris halus


BAHAN-BAHAN LAIN 

Sambal belacan
Spaghetti, direbus hingga lembut dan toskan, gaul dengan sedikit minyak makan, kemudian di "chap" (dibuat sanggul)
Limau kasturi secukupnya, dibelah dua


CARA MEMBUATNYA 

1- UNTUK KUAH LAKSA JOHOR :- 
Satukan rempah kari, ketumbar serbuk, jintan manis serbuk dan bahan kisar halus, kacau rata hingga menjadi pes rempah dan ketepikan. Udang dicelur, asingkan kulitnya, kisar halus, ikan kembong direbus, asingkan isi dari tulang, kisar isinya dalam food processr hingga halus, udang kering ditoskan, isi ikan kurau masin juga ditoskan dan potong kecil, kisar halus udang kering dan isi ikan kurau masin tadi. Ketepikan

2- Panaskan minyak dalam periuk. Tumis lengkus dan cili kisar hingga harum, masukkan pes rempah dan masak hingga terbit minyak. Guna api kecil dan kacau sentiasa. Tuang santan dan juga stok air rebusan udang dan ikan. Kacau rata. Masukkan isi ikan kembong kisar, udang kisar dan udang kering + isi ikan masin kurau kisar. Kacau hingga semua rata dan mesra. Biar mendidih

3- Masukkan kersik, asam gelugor, bunga kantan, daun kesom dan sedikit daun selasih. Kacau dan masak dengan api perlahan hingga kuahnya pekat. Masukkan gula melaka dan perasakan dengan garam secukupnya. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Ketepikan

4- UNTUK LAKSA JOHOR :- 
Ambil secukupnya spaghetti yang telah dichap (disanggul) tadi ke dalam bekas sesuai. Tuang kuah laksa secukupnya, kemudian hias dengan bahan2 ulaman, letak sambal belacan dan juga belahan limau kasturi, hidangkan segera

CATATAN MAT GEBU :- 
Kulit udang tadi dikisar dengan air rebusan dan tapis. Ikan parang che mat buang bahagian kepalanya, kendian kerat 4 bahagian dan rebus dalam periuk tekanan selama 1+ jam. Ini akan menjadikan tulang ikan parang lembut seperti sardine dan bila kisar dalam food processor, tulang ikan parang semua hancur. Untuk sambal belacan , che mat tumbuk 5 biji cili merah + 6 biji cili padi + 1 inci belacan yang dibakar harum + secubit garam = tumbuk hingga halus, boleh hidangkan bersama laksa Johor tadi... Selamat mencuba






P/S: Tahun yang ke 10 Sis kenali Mat Gebu ni, sangat rendah diri orangnya, baik hati dan juga 'misteri' orangnya. Bukan senang nak dekati dengannya, tapi sekali dah mula dekat, haaa gelak sampai nak terkencing Sis ko di buatnya hahahaha. Terima kasih Mat! 


Tags

إرسال تعليق

12تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. amboi syoknya bertandang ke rumah blogger masakan..:)

    ردحذف
  2. best kan dapat kerumah mat gebu yang mistri tu hee
    taklah mistri sangat kan cuma susah lah nak tengok gamba dia
    kalau kerumah memang tak dapat nak lari dah hehe

    ردحذف
    الردود
    1. Betul @Nooriah, misteri gitu, low profle orangnya tapi baik hati.. :)

      حذف
  3. Hahahhahahha oiii..serius laaa boleh menggelupas sofa tu? Tapi takde ailio keluar ok!!!

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha ayaq liuq berbisa katanya @Sunah hahahahaa

      حذف
  4. Hahahha... Akak terdengar2 suara kau berborak2 dgn Che Mat

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha tawa mengilai semua adaaa Kak @seri hehehehe

      حذف
  5. kang sebab ayaq liur korang buat sofa Mat tu mengelupas pulak kulitnya hahahaha.dasyattt betullll..hahahahahhaa......

    ردحذف
    الردود
    1. Kakakakakah dasyat kannn, siap berdengkur korang yeee @Farahain...

      حذف
  6. wahhhh syoknya korang.. makan sedap pulak tu.. kita suka ikuy resepi Mat Gebu konfem menjadi dan sedap..

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn resepi Mat Gebu memang tak pernah menghampakan, mesti menjadi kann @Hernee

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!