MINUM TEH PANAS BOLEH DAPAT KANSER PERUT! APAKAH PUNCANYA?

Sis Lin
10

MINUM TEH PANAS BOLEH DAPAT KANSER PERUT! APAKAH PUNCANYA? | Adakah korang suka minum teh? Dalam masa yang sama, korang suka merokok atau minum alkohol? Jika korang jawab ya, ini ada berita buruk untuk korang: satu kajian mengaitkan bahaya minum teh dan kanser. Kajian baru menemui bahaya minum teh dan kanser. Kajian menunjukkan, teh panas disertakan dengan rokok dan alkohol boleh tingkatkan risiko kanser perut. 
Adakah ini bermakna korang perlu berhenti minum teh? Tak semestinya. Merokok dan minum arak memang diketahui penyebab kanser. Tapi, minum teh panas juga dapat meningkatkan risiko kanser.

Penyelesaian untuk masalah ini adalah, korang perlu sejukkan sikit teh dulu sebelum minum.

Kajian yang diterbitkan Annals of Internal Medicine ini mendedahkan, orang yang minum teh panas akan meningkatkan risiko kanser perut atau esofagus kepada dua ke lima kali ganda. Tapi, ini hanya akan berlaku jika korang hisap rokok atau ambil alkohol sambil minum teh panas.

Jom kita baca.


Kaitan bahaya minum teh dan kanser perut 

Kanser perut atau esofagus adalah kanser kelapan yang paling biasa terjadi dalam dunia. Ia membawa maut dan membunuh 400,000 orang setahun, menurut Agensi Kajian Kanser Antarabangsa.
Kecederaan yang berulang pada esofagus biasanya punca kanser perut ini. Kecederaan yang berulang selalunya datang dari rokok, alkohol, refluks asid dan cairan panas.

Kajian ini adalah kajian yang terbesar dengan mengkaji hampir 456,155 orang dewasa Cina berusia 30 ke 79 tahun. Pada awal kajian, tak ada seorang peserta pun yang mempunyai kanser.
Pengkaji mengikut setengah dari peserta ini selama lebih sembilan setengah tahun. Selama kajian dijalankan, mereka telah menemui 1,731 orang telah mendapat tumor esofagus!

Teh panas dan kanser – Bagaimana ia terjadi?

Pengkaji telah bertanya peserta yang minum teh setiap minggu untuk menggambarkan suhu teh mereka, sama ada: “suam”, “panas” atau “sangat panas.”
Jika anda seorang yang suka minum teh, berita baiknya, minum teh panas bukan punca kanser esofagus. Malah, minum teh mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan.
Tapi, jika anda merokok atau minum alkohol dan suka minum teh panas, lain pula ceritanya…
Menurut Jun Lv, merokok dan minum alkohol adalah punca kanser esofagus, tapi minum teh panas hanya akan meningkatkan risiko kanser dengan lebih lagi.

“Minum teh panas hanya akan menyebabkan kanser jika ia dicampur dengan amalan merokok dan minum alkohol secara berlebihan.” kata Jun.

Pengkaji mengatakan, “pengambilan alkohol yang berlebihan” adalah minum alkohol lebih dari 15 gram sehari. Untuk tembakau pula, pengkaji merujuk kepada orang yang menghisap satu atau lebih rokok dalam sehari.

Bahaya minum teh, hisap rokok dan minum alkohol

“Jangkitan pada dinding esofagus boleh meningkatkan keradangan sel,” kata Neil Freedman, dari Institut Kanser Negara di Bethesda, Marylan.
“Cecair panas boleh merosakkan lapisan sel esofagus dan menyebabkan tisu terbuka untuk dirosakkan lagi oleh bahan lain.”

Ini bermakna, bukan teh panas saja yang bahaya, tapi apa-apa minuman yang panas dengan suhu setinggi 65 darjah selsius itu adalah bahaya!


Kebaikan yang ada dalam teh

Selepas membaca artikel dan kajian ini, jangan berhenti minum teh terus! Pakar telah membuktikan yang teh mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan.
Kajian mendedahkan – daun teh mengandungi komponen antiosidan. Ia boleh melindungi anda dari jenis kanser yang lain lebih-lebih lagi kanser kolon dan prostat.

Anda mungkin akan mendapat kanser esofagus dari merokok, minum alkohol dan teh panas, tapi sekurang-kurangnya anda mengurangkan risiko kanser kolon dan prostat.
Teh hijau mungkin lebih efektif untuk mencegah kanser, tapi teh biasa lebih efektif untuk kesihatan kardiovaskular.

Jangan hisap rokok dan minum alkohol

Ini tak bermakna anda perlu elak minum teh selama-lamanya kerana tembakau dan alkohol adalah masalah utama di sini.

“Dah tentu, mengelakkan rokok dan alkohol adalah cara paling penting untuk mencegah kanser,” Jun menambah.

Sebagai ibu bapa, kita harus menjaga kesihatan untuk menjaga anak dengan lebih baik. Berhenti merokok dan minum arak boleh menyelamatkan anda dan anak-anak anda dalam tahun-tahun yang akan datang.









P/S: Macam-macam kan sekarang, kalau dah tau, elok laa elak, cegah sebelum parah. #SisSharing :) 


إرسال تعليق

10تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Kita peminat teh panas, sbb tak suka minum benda yg dah sejuk atau suam kecuali ada ais. Mujur bukan perokok, minuman keras oh tidak!

    ردحذف
    الردود
    1. Ooo kita pun sama, tapi sebenarnya memang tak elok minum panas-panas Kak @seri ..walaupun tidak merokok..

      حذف
  2. minuman time air tgh panas mmg xbagus..ikut amalan nabi..

    ردحذف
    الردود
    1. Betul tu @Suziana, ikut malan naboi memang di biarkan sejuk, tak elok juga di tiup ..

      حذف
  3. Betul kak suzie..minum dan makan apa sahaja yang masih terlalu panas tu tak baik..perlu dibiarkan turun sedikit suhunya..

    Tuntunan Nabi Muhammad s.a.w, "Makanan itu tidak boleh disantap kecuali jika asap makanan yang panas sudah hilang." (HR. Baihaqi).

    Maka, jika makanan atau minuman yang hendak engkau nikmati masih panas, tunggulah sehingga sejuk atau dinginkan, tetapi jangan meniupnya. Ingatlah sabda Nabi s.a.w, "Dinginkan makanan dan minuman kamu sesungguhnya tidak ada kebaikan pada makanan/minuman yang panas." (HR. Al-Hakim dan Ad-Dailami).

    ردحذف
  4. Murni baru tahu..terima kasih tuan rumah

    ردحذف
    الردود
    1. Sama-sama @Murni, terima kasih juga sudi membaca ..

      حذف
  5. kalau baca bab kanser ni mmg menyerankan..berjaga2 je la pemakanan kita ni kan..

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn @Hernee, lagi dah berdepan dan alamai sendiri dalam keluarga, jadi takuttt..

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!