PROMOSI 'EAT ALL YOU CAN' DI QING PALACE DI LANJUTKAN SEHINGGA KE 30 NOVEMBER 2018

Sis Lin
12
PROMOSI 'EAT ALL YOU CAN' DI QING PALACE DI LANJUTKAN SEHINGGA KE 30 NOVEMBER 2018 | Berita baik buat semua pengemar makanan cina dan kepada yang suka makan dan telah mencuba makan di Qing Palace Pulai Springs Resort, mesti gembira membacanya. Atas permintaan ramai dan juga sambutan yang mengalakkan, promosi di lanjutkan lagi sehingga 30hb November 2018. 
Jadinya sesiapa yang ingin datang lagi dan yang ingin mencubanya, bolehlah datang dan nikmati sajian makanan cina yang pastinya akan membuat korang kenyang perut sepenuhnya, sebab.. selagi boleh makan korang makanlah. Bayar hanya sekali sahaja tapi boleh makan selagi boleh makan. 

Sis berpeluang merasainya bersama 3 orang lagi teman blogger lain, dan menikmati sendiri kelazatan semua hidangan signature yang di sajikan mengikut ranking utama pelanggan yang selalu order. Ternyata memang semua hidangan dan menu yang ada, semuanya sedap-sedap dan menetapi tekak Sis dan juga kawan-kawan lain. Memang kami makan selagi boleh makan, tapi berhenti sebelum kenyang hahaha.

Jom kita tengok menu-menu yang mesti korang order atau menu signature popular yang menjadi permintaan ramai ketika makan di sini.

Di Buka setiap hari dari jam 12pm hingga 2.30pm - 6.30pm hingga 10.30pm
Dewasa rm65 - Kanak-kanak rm32.50 | Promosi sehingga 30 November 2018.
Antara hidangan 'Must Try' yang korang kena cuba. Shark Fin Soup, Szechuan Hot & Sour Soup, General T'Zo Chickn, Cuttelfish wish Fried Chillies.
Juga Australian Fresh Asparagus aith Garlic, Camphor & Tea Smoked Duck, Hotplate Seafood.
Seabass Steamed in Asam Sauce
GM Pulai Springs, Mr Sunny, pada malam tu sangat sporting, dia 'belanja' kami makan Pecking Duck (padahal dah tersedia dalam menu hahaha) dan siap buat demo memotong dan siapkan menu tu untuk kami berempat. (Maaf Sis dah lupa namanya). 
Pecking Duck yang dah siap di goreng . Tapi sebab kekenyangan, kami bungkus bawa balik hehehe.
Oatmeal Prawn
Yang ni Sis lupa nama penuh dia, tapi nama dia ayam goreng kopi. Memang rasa kopi bila makan. Sedap. 
Oni . Rasa keladi. 
Muaji . Sedap ni. Korang mesti cuba. 
Bersama blogger Kim, Aditjia dan juga Jiayi . 
Bergambar didepan pintu masuk Qing Palace .

Jadi korang, kalau nak mencuba, cepat-cepat sementara masih ada lagi promosi ni. Sangat berbaloi, puashati makan. Bawa family semua dan makan sepuas-puasnya .


'Eat All You Can' Promotion Extended Till 30 November 2018!

Adult: RM65.00 per person
Child: RM32.50 per person (3 - 11 years)
(Price inclusive of 6% service tax)

Terms and conditions:
Promotion available for Lunch (12 pm - 2.30 pm) and Dinner (6.30 pm - 10.30 pm)
Minimum 4 persons required
Not applicable with other discounts and promotions
Other terms and conditions apply


Qing Palace Chinese Restaurant
Pulai Springs Resort
20km, Jalan Pontian Lama, 81110 Pulai, Johor, Malaysia.



Tel: +607 521 2121
Fax: +607 521 1818

Email: enquiry@pulaisprings.com







P/S: InsyaAllah rasa nanti masa besday nak bawak family Sis makan di sini. Agak-agak dapat diskaun besday tak hehehehe :) 


إرسال تعليق

12تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. memang berbaloi dengan masakkan dari Qing Palace ni...

    ردحذف
  2. bestnya.. shark fin soup ommoo sedpanya..

    ردحذف
    الردود
    1. Sangat sedap @Fatin, semua menu dia sedap-sedap...berbaloi...

      حذف
  3. muaji tu tak sempat rasa harii tu..dah terlampau kenyang nak menambah lagi..hahaha

    ردحذف
    الردود
    1. Oooo sedap @Sunah, Sis order honeydew dia pun sedap..yummsss

      حذف
  4. Jauh sis pergi jalan - jalan cari makan. Sampai pontian di punya jelajah

    ردحذف
    الردود
    1. Hehehehe, jauh perjalanan, luas pemandangan katanya Tuan @Yazid hehehe

      حذف
  5. الردود
    1. Kannn mengoda lagi sedap dan berbaloi dengan harganya @Zumal..

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!