14 CUTI UMUM RASMI PADA TAHUN 2019 | 2018 bakal berakhir. Sekarang adalah masanya untuk rancang percutian korang tahun hadapan! Oleh itu di sini disenaraikan cuti umum 2019 sebagai rujukan. Bercuti dengan keluarga adalah salah satu aktiviti yang perlu korang lakukan sekurang-kurangnya setahun sekali. Selain dapat menghilangkan stress, percutian juga boleh merapatkan lagi hubungan kekeluargaan dan mencipta memori bersama keluarga.
Jadi, apa tunggu lagi? Tahun 2018 sudah hampir ke penghujungnya. Korang dah boleh mula rancang percutian korang bersama keluarga mulai sekarang.
Jom kita semak tarikh cuti 2019 ini sebagai rujukan bersama.
Cuti 2019: 14 cuti umum rasmi pada tahun 2019
Korang rasa sekarang terlalu awal nak rancang percutian untuk tahun depan? Tak, sekarang adalah masanya untuk korang rancang percutian korang kerana korang perlu book hotel dan juga semua ahli keluarga korang supaya mereka dapat meluangkan masa untuk bercuti bersama korang.
Perancangan awal juga boleh bantu korang untuk merancangkan tempat dan aktiviti dengan lebih awal dan yang penting, korang dapat kumpul duit dari sekarang sebelum tiba masa untuk holiday!
Jadi apa tunggu lagi? Tanda tarikh-tarikh cuti 2019 ini dalam kalendar korang!
Ini adalah 14 tarikh cuti umum pada tahun 2019:
1. Tahun baru: 1 Januari (Selasa)*
2. Thaipusam: 21 Januari (Isnin)
3. Hari Wilayah Persekutuan: 1 Februari (Jumaat)
4. Tahun Baru Cina: 5 – 6 Februari (Selasa dan Rabu)
5. Hari Buruh: 1 Mei (Rabu)
6. Hari Wesak: 19 – 20 Mei (Ahad dan Isnin)
7. Nuzul Quran: 22 Mei (Rabu)
8. Hari Raya Puasa: 5 – 6 Jun (Rabu dan Khamis)
9. Hari Raya Haji: 11 – 12 Ogos (Ahad dan Isnin)
10. Hari Kemerdekaan dan Awal Muharram: 31 Ogos – 2 September (Sabtu, Ahad dan Isnin)
11. Hari Malaysia: 16 September (Isnin)
12. Deepavali: 26 Oktober (Sabtu)*
13. Maulidur Rasul – 9 November (Sabtu)
14. Hari Natal: 25 Disember (Rabu)
*Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, and Terengganu tak bercuti pada tahun baru 1/1/2019.
*Tarikh Deepavali belum muktamad
Cuti 2019: 6 long weekends yang korang nanti-nantikan
Cuti umum yang paling seronok adalah cuti umum yang jatuh pada hari sebelum atau selepas hujung minggu! Mana taknya, kita dapat cuti panjang tanpa perlu guna cuti tahunan kita.
Long weekends juga merupakan masa yang terbaik untuk buat short vacay bersama keluarga!
Ini tarikhnya:
1. Thaipusam: 19 – 21 Januari (Sabtu, Ahad dan Isnin)
2. Hari Wilayah Persekutuan: 1 – 3 February (Jumaat, Sabtu dan Ahad)
3. Hari Wesak: 18 – 20 Mei (Sabtu, Ahad dan Isnin)
4. Hari Raya Haji: 10 – 12 Ogos (Sabtu, Ahad dan Isnin)
5. Hari Lahir Yang Dipertuan Agong: 7– 9 September (Sabtu, Ahad dan Isnin)
6. Hari Malaysia: 14 – 16 September (Sabtu, Ahad dan Isnin)
Cuti 2019: Bila anda perlu ambil cuti?
Jika korang merancang untuk bercuti lama dan pergi vacation jauh atau lama. Di sini adalah cadangan hari apa yang korang perlu ambil cuti untuk dapat lapan long weekends!
1. Satu hari cuti pada 31 Januari (Isnin) 29 Januari – 1 Februari (Sabtu – Selasa)= 4 hari
2. Satu hari cuti pada 4 Februari (Isnin) 3 – 6 Februari (Ahad – Rabu) = 4 hari
3. Dua hari cuti pada 2 and 3 Mei (Khamis dan Jumaat) 1 – 5 Mei (Rabu – Ahad) = 5 hari
4. Dua hari cuti pada 23 and 24 Mei (Khamis dan Jumaat) 22 – 26 Mei (Rabu- Ahad) = 5 hari
5. Satu hari cuti pada 7 Jun (Jumaat) 5 – 9 Jun (Rabu – Ahad) = 5 hari
6. Satu hari cuti pada 9 Ogos (Jumaat)9 – 12 Ogos (Jumaat – Isnin) = 4 hari
7. Satu hari cuti pada 30 Ogos (Jumaat) 30 Ogos – 2 September (Jumaat – Isnin) = 4 hari
8. Dua hari cuti pada 26 and 27 Disember (Khamis dan jumaat) 25 – 29 December (Rabu-Ahad) = 5 hari
Selamat merancang percutian!
P/S: Tahun depan kemanakah kita ye @anakomak6 hehehehe...jeng jeng jeng..
marilah kita merancang percutian untuk tahun depan...
ردحذفJomm kita @Julia, pergi bercuti reramai mesti syokkan..
حذفgood info :)
ردحذفTHankx @Ejulz..
حذفBanyak cuti tahun depan.. 😍
ردحذفKannn tapi Johor takde le cutinyaa @Farah, sebab banyak kena hari Sabtu huhuhu
حذفassalamualaikum lin...good info ni..leh lah rancang ke mana nak berjln utk thn depan kan...
ردحذفWaalaikumussalam Mama @Maszull..
حذفDah bolehlah booking tiket dan hotel ye Maa hehehee
uishhh...cny dah dekat dengan dengan my birthday... weeeee 😄😄😄😄
ردحذفTak tanya punn @Farahain hahahahaha wekkkk :p
حذفmoh ler plan untuk bercuti tahun depan...selamat menyambut tahun baru sis
ردحذفAjommm lee @Rohaida hehehe..
حذفKe Batu Layar pun dah okay hehehehe
Thanks for sharing your Knowledge article. And also help Full for my Business.
ردحذفWwelcome @Travelius :) ..Sharing is caring ...
حذف