APA ITU HIBAH? DAN APA KELEBIHANNYA MEMBUAT HIBAH

Sis Lin
8
APA ITU HIBAH? DAN APA KELEBIHANNYA MEMBUAT HIBAH | Hibah membawa maksud Pemberian Hak atau Harta secara sukarela, tanpa dipaksa atau terpaksa daripada satu pihak kepada satu pihak yang lain dengan niat dan tujuan yang baik, tanpa ada sebarang syarat, imbalan atau balasan.

Barangkali, perkataan ‘Hibah’ ini jarang-jarang kita dengar dan ketahui. Namun, hakikatnya ia mempunyai banyak keistimewaan, kelebihan, hikmah dan manfaatnya kepada kita, jika kita mampu melaksanakannya. Ia merupakan pemberian secara suka sama suka dengan syarat di dalamnya tidak ada hak-hak orang lain yang diambil misalnya, seperti hak insan-insan yang dizalimi atau dianiayai.

Pemberian hibah ini cuma dilakukan ketika seseorang itu masih hidup dan sihat sahaja. Hibah tidak akan berlaku sekiranya si pemberi hibah itu cuma sekadar berhasrat dan berura-ura sahaja, tetapi kemudiannya dengan takdir Allah SWT pula, si pemberi telah meninggal dunia tanpa diduga. Maka dengan itu hibah ini tidak akan berlaku kerana hukumnya telah berubah daripada hibah kepada wasiat.

Harus difahami sebaiknya, agar kita tidak terkeliru dengan istilah ini. Hibah hanya akan berlaku ketika seseorang pemberi dan juga penerima hibah itu masih hidup, ketika proses perlaksanaan pemberian dijalankan. Begitulah halnya yang perlu kita fahami dan ketahui.

Apa Itu Hibah? Dan Apa Kelebihannya Membuat Hibah

Siapakah pemberi ‘Hibah’ dan siapakah pula penerimanya? 

Orang yang layak memberikan hibah tidak kira siapa atau kepada siapa pun. Asalkan masing-masing berhak dan layak memberi serta menerimanya.

Sebagai contoh :- Jika seseorang itu merupakan ahli perniagaan yang Berjaya, kemudian memiliki pula harta yang banyak tetapi tidak mempunyai anak atau waris, maka dia berhak untuk memberikan sebahagian daripada harta miliknya itu kepada sesiapa pun yang dia senangi, dengan sewenang-wenangnya tanpa ada had dan batasan jumlah yang perlu ditentukan.

Selain itu juga ianya tidak ada sebarang imbalan balik kepada si pemberi daripada si penerima. Pemberian dan perjanjian itu hanya sah selagi kedua-duanya, iaitu si pemberi dan si penerima hibah itu masih hidup.

Hibah merupakan penyerahan atau pemberian langsung oleh seseorang dengan tidak bersyarat dan juga tanpa balasan, tetapi mestilah harta atau benda yang hendak diberikan itu adalah harta yang halal dan hak milik sendiri, hasil daripada titik peluhnya bekerja, dan juga tidak ada hak keluarga di dalamnya yang telah diambil.

Hibah amat digalakkan di dalam islam kerana ia merupakan amalan sunat yang harus dilakukan. Terutamanya untuk kaum keluarga yang terdekat kerana ia dapat membantu orang lain yang berada di dalam kesusahan seperti anak-anak yatim, musafir dan golongan fakir miskin yang sangat-sangat memerlukan bantuan dan pertolongan.

Ini telah dijelaskan di dalam al-Quran dan al-Sunnah mengenai amalan hibah yang amat digalakkan menerusi Firman Allah SWT yang bermaksud :-


“Dan berikanlah mas kahwin (mahar) kepada perempuan (yang kamu nikahinya) sebagai pemberian dan penuh kerelaan. Kemudian, jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian daripada (mas kahwin) itu dengan senang hati, maka terimalah dan nikmatilah pemberian itu dengan senang hati..” (Surah Al-Nisa’ : ayat 4.)

Manakala di dalam surah Al-Baqarah melalui ayat 177 pula mahfumnya :-


“Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang yang meminta-minta dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan solat dan menunaikan zakat dan orang yang menepati janjinya apabila dia berjanji dan orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang yang benar (imannya) dan mereka itulah orang yang bertaqwa…” (Surah Al-Baqarah : ayat 177.)

Oleh yang demikian, di sini dapat kita lihat dengan jelas betapa pentingnya pemberian hibah itu dilakukan kerana, dengan pemberian seumpama itu, ia boleh menambahkan lagi keberkatan rezeki yang kita perolehi apabila ia dimanfaatkan sebaik mungkin ke jalan kebaikan dan diredhai oleh Allah SWT.


Tip pemberian Hibah. 

- Pemberian hibah dapat mengeratkan tali silaturrahim di antara keluarga, rakan, taulan dan juga sesama insan di samping kita dapat menggembirakan hati pihak lain khususnya mereka yang kita sayangi.

- Dengan pemberian hibah juga kita dapat membantu masyarakat dan golongan-golongan yang amat memerlukan bantuan serta pertolongan.

- Jadikan pemberian hibah itu sebagai satu amalan yang murni dan baik apabila kita berkemampuan untuk melakukannya.

- Hibah dapat menggembirakan hati orang lain dan dengan ini mereka akan selalu mendoakan untuk kita kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

- Hibah juga mendidik diri kita agar tidak bersikap tamak, bakhil dan kedekut. Ini dapat menghapuskan sifat-sifat mazmumah yang ada dalam diri kita dari terus bermaharajalela.

Sumber SINI 


P/S: Ingin mengetaui lebih lanjut mengenai Hibah? Boleh hubungi Soleh Ahmad 018-3573501 

إرسال تعليق

8تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Menarik juga info berkaitan Hibah ni

    ردحذف
    الردود
    1. Ye @Wan, kena dedahkan, ramai yang tak tau dan salah faham heheheh

      حذف
  2. wowwww...baru lerrr ain pahamm ape itu hibah yang sebenarnya....

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulilah...kalau nak buat Hibah, haaa bolehlah wahtsapp no tu ye @Farahain...

      حذف
  3. terima kasih atas info berguna ni sis.

    ردحذف
    الردود
    1. Sama-sama @Mar..kalau rasa nak buat, nanti boleh wahtsapp no tu.

      حذف
  4. alhamdulillah... penerangan jelas tentang hibah.. thanks sis lin..

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!