BUAT PENGEMAR BARLI, KORANG MESTI TERUJA TAHU 9 KHASIAT MINUM BARLI INI

Sis Lin
16

BUAT PENGEMAR BARLI, KORANG MESTI TERUJA TAHU 9 KHASIAT MINUM BARLI INI | Korang tahu tak ada banyak manfaat dan khasiat barli jika diamalkan selalu? Ia kerana barli boleh merawat dan menyembuhkan pelbagai jenis penyakit! 
Sedapnya kalau dapat minum air barli untuk sejukkan badan. Kalau nak lagi advance,buat air barli sirap atau laici barli… memang sedap tak terkata! Tapi sebelum itu, korang tahu tak khasiat barli pada kesihatan tubuh kita? Bijirin barli merupakan sumber terbaik kerana ia mengandungi protein, karbohidrat, vitamin dan galian.

Seperti yang kita tahu, ada dua jenis serat pemakanan iaitu mudah dilarutkan dan tak boleh dilarutkan. Tapi barli mempunyai kedua-duanya!
Serat yang tidak mudah larut dalam barli penting bagi memastikan usus berfungsi dengan baik.



9 khasiat barli yang anda patut tahu .


1. Khasiat barli – Mempunyai beta-glucan 

Beta-glucan merupakan bahan utama dalam barli dan ia mudah larut. Kalau nak tahu, barli dari jenis waxy mempunyai lebih tinggi kandungan beta-glucan berbanding barli jenis lain.
Apatah lagi, tahap beta-glucan yang tinggi ini bertanggungjawab meningkatkan tahap glukosa dan lemak dalam darah di kalangan pesakit diabetes tahap 2! .


2. Khasiat barli – Awasi tahap gula 

Buat pesakit diabetes, korang perlu awasi tahap gula dalam darah dan jika korang ingin makan barli, ia perlu diambil dalam jumlah signifikan atau dimakan sebagai makanan tambahan. Sebabnya, hipoglisemia (gula dalam darah rendah) boleh berlaku. 


3. Khasiat barli – Bantu meneutralkan radikal bebas 

Barli mengandungi tokotrienol dan tokofenol (tokol) yang sangat tinggi. Ia bertindak sebagai antioksida semula jadi, membantu neutralkan radikal bebas dan mengurangkan risiko penyakit barah serta jantung.


 4. Khasiat barli – Bahan untuk tampal luka

Kalau korang ada alami luka atau calar, barli boleh dijadikan ramuan utama sekaligus mempercepatkan proses penyembuhan. 


5. Khasiat barli – Bantu hilangkan berat badan

Ha…ini berita baik untuk mereka yang nak kurus! Bijirin barli juga dikatakan boleh bantu menghilangkan berat badan kerana ia bertindak sebagai menahan selera makan. Best, kan?


6. Khasiat barli – Mengurangkan tekanan darah 

Barli juga boleh membantu mengawal tekanan darah, rendahkan tahap kolesterol dan mengurangkan risiko penyakit jantung. 


7. Wajah lebih muda

Wah, jangan terkejut bila dikatakan barli juga boleh membuatkan penggemarnya kelihatan lebih muda kerana ia bantu membuang toksin dari dalam tubuh sekaligus mampu membuatkan penampilan lebih muda dan kulit lebih sihat. 
Khasiat minum barli ini bukan saja untuk kelihatan muda tapi mengekalkan keanjalan kulit dan memperbaiki fungsi tubuh kerana ia diperkaya dengan selenium. 


8. Bantu pulihkan masalah rambut 

Mereka yang mengalami masalah rambut seperti gugur, kelumumur dan berbuah memang bagus kalau minum barli kerana ia mengandungi sejumlah garam galian, vitamin dan antioksidan yang boleh menghasilkan rambut sihat. 


9. Menangani kencing kotor 

Bagi ibu hamil yang sedang alami kencing kotor korang boleh menanganinya dengan minum air barli supaya aliran air kencing berjalan lancar. Minuman barli juga dapat menyejukkan badan bagi mereka yang sedang demam. 

Semoga bermanfaat buat semua orang. 








P/S: Sis sekarang dalam proses mengamalkan meminum/makan barli ni. Sebab dah tau banyak khasiatnya kan. Lebih mudah dan lebih jimat. :) 


إرسال تعليق

16تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. baru tau bali ni bagus tapi sha taksuka haha

    ردحذف
    الردود
    1. Hahaha sama Sis laa @Shafyqah, tapi semalam dah beli dah, nak amalkan minumnya mulai harini heheheh

      حذف
  2. satu lagi, bantu kurangkan panas dalam...kalo rasa macam baru2 nak demam, elok minum barli suam..petua dari sorang kawan..hihi

    ردحذف
    الردود
    1. Yer @Sunah, agak-agak nak marah dan membebel, Sis ko telan lee barli tu hahahahaha

      حذف
  3. letak lemon skit baru sedap...asyik nak sedap aje ler kejenya...hahaha...adik kita masa dia kena buah pinggang, memang inilah yang dia minum setiap hari..

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha nanti nak cuba gak le @Rohaida, Emak aku pun suka minum Barli ni sejak dia sakit..

      حذف
  4. Adoiii lama siak x jenguk ko kat sini... Dr sakit smp dh sihat dah ni.. hhehee

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha aku bizi ke ko yang bizi tu @Retna hahahaha :p

      حذف
  5. Ok SA nak cuba la...dulu kalau kencing kotor je minum air bali...ni nleh turunkan tekanan darah..boleh la SA ambil

    ردحذف
    الردود
    1. Yer @Amanda, Sis pun sedang amalkannya, semalam baru beli barlinya hehehe

      حذف
  6. betul tu untuk kencing kotor dan sejukkan badan kalau demam.

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!