KAD DAFTAR IBU SUSUAN DIPERKENALKAN

Sis Lin
4

KAD DAFTAR IBU SUSUAN DIPERKENALKAN | Jangan Pandang Ringan Hukum Anak Susuan Dalam Islam! Kad daftar ibu dan anak susuan telah diperkenalkan untuk mengelak kekeliruan nasab dan hukum-hukum anak susuan dalam Islam. 
Ibu-ibu tahu apa hukum anak susuan dalam Islam ini?

Baru-baru ini, kad daftar ibu susuan dan anak susuan, Kad MyRadha'ah telah diperkenalkan buat pertama kalinya oleh JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor). Kad daftar ibu susuan dan anak susuan tersebut dicipta khas untuk mengelak masalah kekeliruan nasab kelak.
Pengarah JAIS, Datuk Haris Kasim berkata Kad MyRadha'ah boleh digunakan dalam borang perkahwinan untuk semakan. Malah, JAIS juga akan membuka pendaftaran di setiap Pejabat Agama Islam Daerah bagi menggalakkan pendaftaran.
Menurut Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Al-Bakri, belum ada mana-mana agensi kerajaan di Malaysia (atau negara lain) yang pernah melaksanakan perkhidmatan pendaftaran ibu atau anak susuan ini.

Gambar : Selangor Kini 

Kad daftar anak dan ibu susuan diperkenalkan

Umum tahu, apa itu tanggungjawab ibu yang memberi susuan. Apabila seseorang wanita tidak dapat menyusukan bayinya, pasti mereka akan kecewa dan cuba untuk mencari ibu susuan agar anak mendapat khasiat susu ibu. Malah, ada juga sesetengah wanita menyusu yang sudah berhenti memberi susu badan pada anak, namun susunya masih belum berhenti. Daripada membazir, baik diderma susu badan tersebut pada bayi yang memerlukan.

Nabi Muhammad S.A.W sendiri mendapatkan 2 ibu susuan. Hal ini membuktikan amalan ibu susuan telah wujud sejak dahulu lagi. Akan tetapi, terdapat beberapa hukum tertentu tentang anak dan ibu susuan dalam Islam. Oleh sebab itu, kad daftar ibu-anak susuan ini diperkenalkan.
Malah, JAIS sendiri telah mengadakan Diskusi Meja Bulat untuk membincangkan isu penjualan susu ibu, hukum mahram sebab penyusuan, bank susu dan lain-lain.


Kad daftar anak & ibu susuan adalah mengikut 7 hukum anak susuan dalam Islam

Berikut antara hukum anak susuan yang dikupas oleh Puan Masturah Abu Bakar, berdasarkan penjelasan dari Mufti Wilayah Persekutuan melalui Bayan Linnas Siri 70: Isu Berkenaan Ibu, Anak Susuan & Pelbagai Hukum.
Dalam Islam, pemberian susu kepada anak susuan akan memberi kesan kepada hubungan kekeluargaan.
Maksudnya di sini, ada hukum nasab dan golongan yang haram dikahwini selepas menjadi anak susuan wanita lain (selain ibu kandungnya). 

Antara golongan yang haram dikahwini anak susuan adalah:

- Ibu susuan ke atas (nenek)
- Anak perempuan ibu susuan dan ke bawah
- Saudara perempuan seibu sebapa, seibu atau sebapa
- Ibu saudara sebelah bapa dan ibu saudara sebelah ibu, sekalipun jauh hubungan persaudaraannya.
- Anak perempuan kepada saudara lelaki seibu sebapa, seibu atau sebapa.
- Anak perempuan kepada saudara perempuan seibu sebapa, seibu atau sebapa.

Sebab itu, ibu bapa anak susuan harus mengenali ibu susuan dengan rapat agar mereka mengenali antara satu sama lain. Semua perkara yang halal di kalangan keluarga kandung adalah halal kepada keluarga kerana susuan tersebut. 

Gambar dari Google 
Syarat-syarat menjadi anak susuan

Terdapat 2 syarat untuk membolehkan seseorang itu menjadi anak susuan yang sah mengikut syarak. Syarat-syarat tersebut adalah:

- Umur bayi belum mencapai usia 2 tahun. Sekiranya sudah 2 tahun, anak itu tidak dikira sebagai anak susuan
- Kanak-kanak itu disusu dengan kenyang sebanyak 5 kali secara berasangan. 


Di mana ingin mendapatkan ibu susuan di Malaysia

Bank susu adalah tempat pengumpulan dan penyaringan susu badan yang diderma oleh ibu-ibu lain untuk kegunaan bayi yang terdesak. Bayi pramatang, bayi kematian ibu, atau ibu dengan penyakit kronik/berjangkit adalah antara pengguna bank susu.

Walau bagaimanapun, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan telah memutuskan penubuhan bank susu tidak diharuskan. Maka, salah satu cara untuk anda mendapatkan ibu susuan adalah melalui Human Milk For Human Baby Malaysia.

Human Milk For Human Baby Malaysia merupakan komuniti di mana ibu-bapa boleh mencari ibu penyusuan untuk anak-anak, ibu-ibu Muslim yang berlebihan susu badan boleh cari anak susuan untuk diberi susu, dan untuk yang bukan Islam, mereka boleh mendermakan lebihan susu ibu kepada mana-mana bayi-bayi yang memerlukan.

Apa yang pasti, jangan lupa mendaftarkan kad daftar anak dan ibu susuan ini untuk mengelak kekeliruan nasab kelak. 

Sumber dari SINI .


Dari segi syara’, hukum bagi seseorang perempuan menyusukan bayi yang bukan anaknya adalah harus dan telah dimaklumi sebelum kedatangan Islam lagi. Islam memperakui dan tidak mengharamkannya. Hal ini adalah kerana dalam sesetengah keadaan, penyusuan mempunyai kepentingan dan memenuhi keperluan tertentu. Contohnya, ibu kepada bayi tersebut meninggal dunia atau menghidap penyakit yang menghalang penyusuan. Dalam keadaan ini, perempuan yang lain perlu menyusukannya demi kelangsungan hidup anak tersebut. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:

وَإِن تَعَاسَرْتُمْ فَسَتُرْضِعُ لَهُ أُخْرَىٰ

Maksudnya: Dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya.[1]
(Surah al-Talaq, 65:6)







P/S: Anak-anak Sis pun menyusu tak lama juga, walau tak sampai 2 tahun, tapi dapat jugalah menyusu badan hampir setahun. Alhamdulilah . Kemudiannya, tumpang susu 'lembu' (susu formula) hahahaha. 


Post a Comment

4Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Bukan mudah nak dapatkan ibu susuan. Moga dengan ada nya program sebegini ibu yang terlebih susu hingga dibuang-buang dapat memanfaatkan susu mereke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul @mar, dan juga bukan sesaja atau sesuka nak bagi susunya kan...

      Delete
  2. doakan usaha kelab susu ibu johor berkerjasama dengan MAIJ dipermudahkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaamiinn..mudah-mudah tercaai segala niat dan kebaikkan bersamanya @Hernee

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!