KUPANG MASAK LEMAK PETAI

Sis Lin
10
KUPANG MASAK LEMAK PETAI | Lama tak up gambar masak- masak dari dapur merah Sis kan bersama kuali DIY hahaha. Bukannya tak masak, tapi kadang masaknya pun nasi goreng, mee goreng, maggilah, paling selalu, beli aje. Mana taknya, tinggal berdua dengan anak di rumah, kadang nak masak siapa yang nak perabiskan. Tu pun kadang time Suami ada, pun tak masak, Suami ajak merayap, seharian berjalan dari sarapan, makan tengah hari sampai ke malam kat luar, so memang tak berasap le dapur merah Sis heheheh.

Menu ni pun menu minggu lepas yang sudah hahaha. Duk belek gallery ada gambo ni, so kita up je la kat blog, kot ada yang nak menggooglenya kan hahaha. Resepi rasmi takde, ni resepi hentam kromo campak masuk je dalam kuali hehehe. 


Kesukaan Sis adalah kupang. Ramai dah tau kan. hehehehe. Pantang nampak, mesti nak beli. Resepi ni Sis main bedal je, ikut sukahati je nak letak apa. Tapi ikut resepi cara nak masak lemak cili api biasa tu, cumanya tambah petai dan daun limau purut, tu jer.
Rasa dia ada beza sikit sebab ada daun limau purut. Tapi sedap, sebab Sis yang masak hahahaha.


Korang kalau nak cuba, sila.
Masak je macam masak lemak cili api tu, kemudian tambahkan petai dan juga daun limau. Bawang besar Sis memang suka letak, memang suka makan bawang besar. Apa-apa masakan mesti nak letak bawang besar lebih. Shedap!

Korang cubalah ya. :)








P/S: Rindu pulak nak masak beriye, nantilah nak masak nak ajak geng makan datang rumah hahahaa..ada siapa nak join hahaha. 


Tags

إرسال تعليق

10تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Alaaaaa...fav SA jugak Kupang ni...selalu pergi rumah adik kat Muar memang akan beli kat area Sungai Mati kalau x salah...selain rebus suka gak buat sweet sour atau sambal..masak lemak tak pernah cuba lagi..nanti nak cuba la...

    ردحذف
    الردود
    1. FAV Sis juga @Amanda, pantang nampak kalau terjumpanya, mesti nak beli ..

      حذف
  2. samalah dengan sha, masak pun bukan ada nak makan baik beli hahaha. btw nampak sedap lah!

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn @Shafyqah, kadang memang beli, kalau anak-anak balik atau Suami ada, barulah masak ..

      حذف
  3. Assalamulaikum lin...kita yg masak dia kn lin..letak jer apa yg kita suka janji sedap..

    ردحذف
    الردود
    1. Waalaikumussalam Mama @Maszull ..kann Mama, kadang memang masak je cincai segala, janji masak hahahaha

      حذف
  4. Kemain lauk dia.tapi saya kupang goreng cili gitu je.masak lemak tak lalu nak makan.

    ردحذف
    الردود
    1. Kalau Sis memang pantang dan suka masak kupang @Mar.. anak-anak tak berapa suka tapi Sis tetap gak beli hehehehehe

      حذف
  5. adoiiii sedapnya sistur..masakan pelissss..

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!