MENU TERBARU THE MANHATTAN FISH MARKET 'INDAH RUPA DARI RASA' | Sebelum panjang lagi Sis nak menaip, terlebih dahulu Sis ingin mohon maaf jika entri ini membuat mana-mana pihak berkenaan jadi tersinggung. Tapi entri ini sekadar ingin untuk memberi pandangan peribadi sebagai hak pengguna yang telah merasainya. Jadi tidak ada niat untuk membuat sesiapa rasa tersinggung ya. Takut gak, tak memasal kang kena saman oii.
Sekali lagi, entri khas sebagai HAK PENGGUNA .
Baru-baru ini Sis dan teman sekolah keluar dan makan lunch di The ManHattan Fish Market di Jusco Tebrau. Dah banyak kali pergi, jadi sampai masa nak order, tak tau nak makan apa. Dan kebetulan pula masa kami makan, ada menu terbaru yang di keluarkan. Berkonsepkan apa Sis pun tak tau. Yang tau ada menu terbaru 3 buah negara, Malaysia, Thailand dan Korea . Tengok menu, pada gambar-gambar memang sedap semua. Rasa kita tak tau. So kita cuba.
Korean Canadian
Yang ini kawan Sis yang order. Dia pengemar peminat segala Korea, makanya dia orderlah menu Korea ni. Nampak macam sedap. Set ni di hidangkan bersama sup cendawan dan juga air minuman. So kalau korang oder set macam ni, dah complete one set.
Akan tetapi, rasanya sangat mengecewakan! Tersangat! Katanya nasi tu nasi goreng kimchi, tapi rasa hangus adalah. Lobster tu plak, makk ai liat macam getah, isi penuh tapi liat. Mungkin lobster tu frozen dan mungkin juga tak di defrost betul, terus masak, sebab tu jadi liat, tak fresh! Pulak tu sejuk kedaung lauk dan nasinya. Serius cakap, memang takde langsung rasa korean menu ni. Sos tu pun tak tau nak explain macam mana rasa dia. Rasa pelik adalah :(
Yang seketul macam kena bakar tu, entahlah apa, bila kawan bagi kat pinggan Sis, Sis cuba makan, seriuslah memang rasa nak terkeluar balik, makan dengan sos dia pun tak boleh masuk.
Bukannya apa, dah berapa kali Sis ke Korea tapi rasanya takde lagi makan benda bakar macam tu. Tak perasan pulak dalam menu apa dia tulis, ayam atau daging tah, tapi serius memang tekak Sis dengan kawan tak boleh nak telan. Terkilan sangat, nampak menarik, tapi rasa tu takde langsung. Tak tau mana ntah style Korean dia. ermmm ..memang betul tak boleh sama dengan yang menu Korea asli, tapi kot ye pun, elok le sikit masaknya. Lauk sejuk, rasa tu langsung takde sikit pun. harap maaf.
Jom Makan Tila
Ya itulah namanya 'Jom Makan Tila'. Apa maksudnya pun tak taulah hahaha. Kalau kawan amik menu Korean, Sis order menu dari Malaysia.. katanya. Sekali pandang, rupa macam nasi kerabu tapi rasa bukan nasi kerabu. Sama juga macam menu tadi, set ni di datangkan bersama sup cendawan dan juga air minuman. Rasa dia? Kalau 10 markah Sis bagi 3 je. Tak tau ek kenapa, kenapa menu dia semuanya sejuk? Dah masak awal-awal ke macam mana? Tapi masa Sis sampai, masih awal, belum masuk waktu lunch pun, rasanya dalam jam 11am lebih je sikit. Pelanggan pun tak ramai. Yang panas cuma sup cendawan aje, yang lain semua sejuk, termasuk ikan talapia goreng tu ha.
Set ni yang boleh di puji tang nasi dan sambal dia tu, ikan pun rasa okay, takde rasa sungai ke hanyir ke, cuma sejuk! Kering je nak makan. Ko kenalah curah sos sambal tu kalau nak makan. Nasinya pula sejuk, tapi nasib lembut. Aishh kecewa betul, sebab datang makan tengah lapar, dapat menu tak kena dek rasa tekak, jadi kecewalah. Sampaikan kawan Sis pun, makan tak berapa suap, tinggal aje situ. Sis pula, ratah aje la ikan tu, sejuk pun sejuklah, jenis Sis ko sayang plak tak habis, dah bayar kan hahahaha. aishhhh..
Ikan kata : Ko ngata aku eh? hahahaha :p
Sejujurnya....
Maaflah ini adalah pandangan ikhlas dan jujur. Sedap kita kata sedap, tak sedap kita kata tak sedap. Sis jenis tak suka membodek tang makan. Jangan kata pulak blogger buat onar nak publisiti murahan yer. Nak jatuhkan pihak ke, oh takde niat sama sekali. Kena review jujur. Lagi pulak bayar sendiri dik nun. Bukan review free. Cuma makan je kawan bayarkan hehehe.
Tapi...
Itu tekak Sis ko la, atau mungkin nasib Sis dan kawan datang pada haritu dapat rasa macamtu, maybe next time agaknya kalau datang, order yang sama, menunya sedap, kita tak taulah. Sebab tu kata, entri ni Sis tulis sebagai hak pengguna aja, lain-lain maksud tidak ada kaitan. Kalau ada sesiapa nak cuba, silakanlah, nak tengok juga apa respon korang. Kalau ada, nanti komen kat entri ni ya.
Harap di maafkan.
Sekian...
P/S: Dah berapa kali makan kat sini, memang dah banyak kali kena menunya semua sejuk. Kenapa ek? Kecualilah kalau yang udang bakor tu, tu ye panas membako hahahaha.
betul la sis.. nampak mcm sedap tp kalau dah sejuk dan x sedap camne nak telan kan.. atleast kalau diorg dah masak awal pun, time customer order tu kasi panaskan ke sedap la sikit nak makan kan..
ردحذفTu laaa, Sis dengan kawan datang time lapar, sekali dapat menu sejuk @Dilah, rasa terdiam kejap huhuhu
حذفJom makan tila - jom makan tilapia la..hahhahaha..sebab talapia dengan tilapia dua2 ejaannya orang selalu guna..
ردحذفTapi serius arrr sejuk kedaung lauk pauk dia? Spoil gila mood makan tu..huhuhu
Okay dah faham @Sunah hahahaha..Kann, kalau sejuk sedap juga okay lagi, ni sejuk terus takde rasa huhuhu *tu tekak Sis ko laaaa
حذفSo far bbrapa kali ke sini belum pnh kecewa tapi dari apa yg sis cerita ni maybe diorg tak expert lagi dgn menu baru. So tukang masaknya kena masak byk2 terus & simpan dalam chiller ke.. Sbb tukang masaknya nak pegi masak kat branch lain plak, hahha. . Ntahlah.. Jadi bila cust nak ia tak dipanaskan dgn betul.. Agknya laaaa
ردحذفMungkinlah Kak @Seri, tapi kenalah bersedia dalam segala hal, jangan amik remeh je, tang makan kena jaga, panas sejuk semuanya. Kita bayar nak makan apa yang kita nak, walau kadang tak sama dalam menu gambarnya janji rasa tu sedap dan menu panas, jadilah..
حذفTape sis kalau kita yang keluarkan duit. Kita ada hak nak comment makanan tu sedap ke tak.😂
ردحذفKannn @Farah, Sis kalau yang review free pun sama juga Farah, kalau tak sedap kata tak sedap, tapi bukan tak sedap, kadang kurang sedap pada kita..poada orang lain mungkin sedap..kita ada hak nak bersuara kann..
حذفhadoiii tak bestlah kalau dapat makanan sejuk ni, macam tak de nikmatnya nak menikmati makanan tu.
ردحذفKannn @Cheta, Sis memang frust betul haritu, sebab datang makan time lapar gile...kawan tu terus tak makan..
حذفkena jugak complain kan pasal makanan tak sedap.Kat Manhattan fish market tu bukan murah.Jadi macam tak berbaloi labur duit tapi makanan tak sedap.sebelum tu diorang patut praktis banyak kali kot demi menghasilkan makanan yang sedap dan berbaloi...
ردحذفYee harga memang mahal juga. Tapi tak kisahlah bab harga tu @Rohaida, janji kualiti makanan tu di hidangkang panas dan juga rasa tu ada , jangan terus takde rasa makanannya..
حذفSA jarang makan kat sini tahun lepas makan elok plak panas menunya...lain-lain tempat kot...
ردحذفKalau makan yang platter tu, selalu juga dapat panas @Suria, ni haritu makan yang menu terbaru tu, terus sejuk kedaung..
حذفIkan kata "ko ngata aku ehkk" hahahahhaa.. 😂😂😂
ردحذفHahahaha aku perhati je ko @Farahain hahahaha
حذفUyul pun pernah terbaca kat Twitter. MFM dapat complaint ada lipas dalam kupang dia. Euwww!
ردحذفErkkk kalau lipas lagi ngeri, bior sejuk janji bersih adoiilaa @Uyul , terus loya tekak Sis ko..
حذف