PERCUTIAN 4 HARI 3 MALAM KE PULAU BELITUNG - HARI KEDUA

Sis Lin
26
PERCUTIAN 4 HARI 3 MALAM KE PULAU BELITUNG - HARI KEDUA | Bersambung dari kisah Hari Pertama yang lepas Sis update, ramai yang tanya, tak susah ke heret bag naik bas tu? Macam mana nak budget time untuk elak jem (kesesakan lalu lintas). 

Okay jawabannya mudah aja, susah tak susah nak heret bag tu, terpulang pada mana yang korang rasa senang, bag tarik boleh, bag backpack pun boleh, macam Sis, berdasarkan pengalaman bercuti ke Korea secara backpackers, jadi masaalah heret bag dah biasa, nak taknak kalau dah barang banyak, maka besarlah bagnya, terpulang pada korang. 
Untuk soalan jem ke tak tu, yee jem memang tak dapat nak dijangkakan, jalan selamat, keluarlah awal, walaupun flight korang petang sekalipun, janji dah selamat sampai, lega rasa. 
Changi airport tu besar, korang boleh jalan-jalan dalam tu. Sis lebih suka prinsip, biar Sis tunggu orang, jangan orang tunggu Sis, memang akan rasa serba salah kalau lambat. 
Jelas? jom sambung cerita. 

Hari keduanya, adalah hari berjalan-jalan sekitar Belitung. (Entri kali ni panjang sikit dari yang pertama, korang gigih lah membacanya ye). Sis ada bagitau kan sebelum ni, yang Belitung terkenal dengan tempat pengambaraan Filem Laskar Pelangi, jadi hari kedua tu kami akan pergi ke sana dan juga tempat-tempat lain berdasarkan yang ada dalam pakej MTN Getaways. 

Seawal pagi Subuh Sis dan Izzati dah sedar, memasing dah ready dan bersiap untuk keluar bersarapan dan nikmati pagi di Green Tropical Village, sebab masa sampai resort suasana dah gelap, so pagi tu laa baru nak OOTD hehehe. Cuaca pun baik, cerah. Kami sarapan dulu sementara guide tours kami semua sampai. 


Menu sarapan yang di sediakan semua sedap-sedap. Masih lagi tekak Malaysia ni boleh terima. Pemandangannya pun cantik, makan tepi kolam renang, ko ado? hahahaha. Selesai makan semua, group memasing semua pun dah ssiap sedia, maka kami terus gerak ke SD Muhammadiyah (Laskar Pelangi Replika School) namanya. Di situ tempat di mana pengambaran filem Laskar Pelangi di buat pada tahun 2009. 
Tak tau filem apa? Sila google ajelah. :p


Group 3, geng paling happy Sis ko rasa bila dalam van tu, semua sporting habis sepanjang kami bersama. Walaupun baru jumpa dan mengenali, tapi kami dah macam lama kenal, bergurau senda dan ketawa jadi riuh satu van. Di tambah pulak dengan guide tour kami yang suka buat lawak hahaha adoii aje biol kami melayan juga hahaha. 
Perjalanan ke sana memakan masa selama dalam 1 jam begitu. Dalam pada nak sampai ke destinasi, korang lihatlah sekeliling kiri kanan di luar, pemandangan suasana rumah perkampungan mereka sangat cantik. Rugi kalau korang tido dalam van okay!


Sampai aje ke destinasi SD Muhammadiyah , inilah dia pintu masuknya. Korang OOTD le, jangan tidak hehehe rugi datang jejauh tak amik gambar kan . Di tepi kiri, akan ada kaunter untuk beli tiket, ye nak masuk kena beli tiket, tapi kalau korang ikut pakej MTN Getaways ni, dah siap semua dah tiketnya. Berbaloikan. 

Melangkah masuk dalam, di kiri kanan korang akan ada orang buat jualan makanan dan minuman, juga barang perhiasan dan cenderamata. Kalau nak beli pun boleh. Ikutlah suka korang. 


Kawasan tempatnya berpasir, Sis pun tak dapat agak tempatnya macam ni, dah le pakai kasut renda lobang-lobang ko, sekali masuk pasir dalam kasut, habis kena bukak stokin segala hahahaha. So better korang pakailah kasut yang sesuai ye, sangat halus dan lembut pasirnya. Nak rare ko kaki ayam aje la hahaha. 

Korang klik tajuk di bawah ini untuk mengetaui sejarah sekolah laskar Pelangi ini .


Korang nak tau tak, Sis ko punya takut nak masuk dalam sekolah ni, Sis siap pegang pintunya dan goyang sikit, nak tengok kuat ke tak kuat hahahah nasib baik takde yang perasan hahaha. Bila tengok je kursi meja dan susun atur dalam kelas ni, terus terbayang 10 orang yang dalam filem Laskar Pelangi tu. Masa ni kan happening betul, kami semua menyanyi reramai lagu Laskar Pelangi dan seolah kami sedang berlakon macam dalam filem tu. Meriah riuh! 


Abadikan kenangan bersama Geng group 3. Memasing buat muka berlakon gitu, cuma si Datin Izzati ntah apa dia buat entah hahaha. tengah order arwana asin agaknya tu hahahaha. 


Dan jangan lupa amik gambar di sini ya. Sis ko pun tak taulah kenapa mesti nak amik gambar kat sini, sampai redah pasir tu segala hahahaha tengok semua orang amik, Sis amik laaa hahahaha. 


Okay selesai aje melawat SD Muhammadiyah Gantong tu, naik balik van korang, dan kami terus gerak ke Dermaga Kirana. Tempatnya tak jauh je dari situ, rasa macam sebelah-sebelah aja. Haaa kat sinilah pengambaraan drama Kekasih paksa Rela tu lakonan Remy Isahak dan errrr Sis lupa nama pompuan tu hahaha. Memang cantik, pemandangannya. Ada apa situ? Ada rotan dan juga tasek. 

Nak tau apa menariknya di sini, korang klik tajuk di bawah.


Di sini korang kena pandailah kreatif dalam bergambar, macam-macam gaya dan style lah kalau ko nak bergambar, ikut kreativiti korang, jangan korang panjat atas bumbung ye udah, ada kau menetap terus kat Belitung ya hahahaha. 
Gambar Sis ni, Athirah dari inTrend amikkan, jadilah buat kenangan, Sis suka hehehe. 


Yang ini pula bahagian ke bawah, ada tasek, cantik gile pemandangannya, sungguh!. Korang gunalah kreativiti korang bergambar, ko akan nampak hasilnya sangat cantik macam lukisan nanti. Gambar ni Sis guna iPhone 8+ Sis je, guide tour kami tolong amikkan. no edit! 
Jadi kalau korang pandai edit, lagi le lawo kann. 
Sebenarnya banyak lagi gambar yang Sis ada, tapi takut kang terpeleot pulak jari korang nak scroll ya, maka Sis up je mana yang perlu. hahaha. Nak lagi jom ke Belitung, ikut pakej MTN Getaways, semua tempat juga pergi. 


Tiba masa untuk mengisi perut. Tengah hari tu kami semua di bawa ke Fega Restoran. Kedai makannya atas air, sangat tenang nyaman sekali ko. Cuma keadaan cuaca je panas merentung. Angin sepoi-sepoi aje la yang meniup.


Cop! Jangan korang tanya apa nama satu-satu menu tu, tengok gambar aje, sebab Sis ko dah tak ingat apa menu Sis makan tu hahahahaha. Korang tanya je dalam komen apa korang tak tau, nanti Sis jawab hahahahaha. :p
Tapi semua sedap ko, lagi-lagi ikan bakar tu haa, Sis suka sup fishball tu, 4hari duduk sana, 4hari juga Sis makan sup tu, sedap!. Di ingatkan ya, di Belitung ni takde mereka sediakan air jus-jus sejuk gitu, mereka lebih kepada minum air mineral dan juga teh padang tanpa gula tu haa, so kalau korang nak jus ke air sejuk ke, kenalah order lain ya. 


Nak pergi makan turun tangga, selepas makan naik tangga, banyak kalori terbakar kan. hehehehe. 
Anda sakit lutut? Gunalah yoko-yoko hahahaha. teberrrrr


Dan bila, kau seorang coffee lover, tiba-tiba di bawa pulak ke tempat minum kopi, perghh rasa nak peluk cium tokei kopi Warkop Millenium hahahaha. Nikmat tak terkata dapat minum kopiO panas oi. Sebabnya Sis kalau tak dapat sehari, rasa macam mata rabun sebelah, hahaha, meraba dunia Sis ko rasa. Tapi memang rabun pun, buta je tak lagi hahaha. 
Kopi kat sini memang sedap! Tapi ada lagi sedap, kat mana? nantilah cite oiii...sabo..


Walaupun tak nampak hitam pekat, tapi rasa kopi tu dah ada, boleh layan, rasa macam nak minta secawan lagi, lupa kena bayo, ingatkan macam kat rumah Mat Gebu, seteko pun boleh tuang minum free hahahaha adoiii..
Korang dah penat scroll ke? Cite panjang lagi ni, jap pi bancuh kopiO dulu ya. Yang nak buang air ke, silakan dulu. 


Selepas dah minum kopiO, kami terus bergerak ke Dispudbar Beltim Belitung. Dah datang sini, korang jangan nak membawang tepi-tepi sudut, acah-acah bizi bebeno tengok hp, meh datang ke depan, dengar pencerahan dari mereka, asal usul Belitung, adat tradisi mereka, semuanya korang boleh tau di sini. 

Nak tau apa yang ada serba ringkas di sini, korang Klik tajuk di bawah ni.


Di Dispudbar ni, dia macam museum Sejarah Belitung, ada satu daya tarikan dia iaitu binatang ni ha, namanya Tarsius Belitung. Muka dia ada seram, tapi lagi menyeramkan, kepala dia boleh pusing dari depan ke belakang, macam hantu sundelbolong hahahaha. Tapi comel sangat. 


Barang-barang lama pun ada di pamerkan, juga barang hasil tangan orang kampung Belitung, pun ada juga. Korang nanti ada satu cerita seram tapi benar yang akan di ceritakan oleh mereka. Tu sejarah memang berlaku dari dulu hingga kini. Sebab tu dengar dan fokus !.


Abadikan kenangan juga di sini. Yang baju merah tu lah yang bawa kami keliling dalam Dispudbar dan menceritakan semua sejarah Belitung. Dah lupa pulak namanya. 
Terima kasih ya Bang.


Sebelum balik ke resort, kami minta pak supir singgah sekejap ke pasaraya, ada yang nak beli barang. Haa lagi satu, pssttttt ....kotlah kalau spender korang tak cukup, kat sini ada jual spender pakai buang, oii lawa gileee, siap renda-renda, rasa kat Malaysia takde yang pakai buang punya ada renda, kalau datang lagi Sis nak belilah hahahahaa. Buat koleksi :p
Apa yang ko gelak sangat tu Farahain oii ..hahahaha
Selesai semua, kami balik resort dulu, mandi bersihkan diri, solat dan malam baru keluar pergi dinner. 


Makan malamnya kami di bawa ke sini. Rumah Makan Nelayan Seafood. Dan tak sangka ada suprise yang memang tak di sangka yang membuatkan Sis ko terharu sangat-sangat!. Nak nangis dah tapi Sis ko kontrol oii, maluu ramai orang hahahaha. 
Sampaikan gambar menu makan pun tak nyempat nak amik cecantik, makanya takdelah menu makanan pada malam tu. hahahaha :(


Surprise!!! 
Kebetulan pada hari kedua Sis di sana, 19hb November adalah hari lahir Sis yang ke 42tahun. Memang tak jangka dan sangka, mereka semua akan buat suprise macam ni. Sangat terharu!
Terima kasih MTN Getaways dan juga Faizun, dan semua sahabat yang ada pada malam tu, korang memang terbaek dan sangat sporting!!. Terima kasih sekali lagi.  
Siap satu restoran nyanyi, siap tiup lilin siap potong kek, adoii malu Mak nak oii. hahahaha. 
Sekali lagi terima kasih buat SEMUA !! .

Haa lepas tu kami makanlah beramai-ramai nikmati makan malam kami dan selesai semuanya kami pulanglah ke resort. Dia punya kekenyangan tu adoi macam nak pecah perut! hahaha. 
Apalagi balik terus tidur, esoknya nak island hoping! Yehaaaaa..

Okay tunggu sambung yang seterusnya ye. Dan tahniah korang berjaya scroll dan habis membaca hahahaha. :p







P/S: Pertama kali sambut hari lahir di perantaua. Syukur alhamdulilah. Terima kasih MTN Getaways . 


إرسال تعليق

26تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Aduhhh... Hari lahir yg sunggub membahagiakan ni Lin

    ردحذف
  2. Wah....siap ada birthday surprise lagi tuh

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn terharu macam nak nangis @Julia, tapi duk menahan, ramai orang hahaha

      حذف
  3. wah..bestnya siap ada suprise bestday..:)

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulilah, di kelilingi insan-insan tersayang @Normi ..

      حذف
  4. uih...kemahin sambut bday di perantauan gitu.....tapi bila tengok percutian sis ni memang best kan

    ردحذف
    الردود
    1. Sangat best @Rohaida, ada rezeki jom laaa, pakej MTN Getaways memang puashati..

      حذف
  5. Assalamualaikum lin..wah ! Bestnya.sambut hari lahir kat oversea la...seronok tengok lin n the geng...

    ردحذف
    الردود
    1. Waalaikumussalam Mama @Maszull..alhamdulilah rezeki Maa..

      حذف
  6. Best nya celebrate besday kat pulau cntik mcm nie..😍😍

    ردحذف
  7. Wahh bestyaaa birthday surprise kat pulauu. Trip dia pun sangat menarik.. Nak pergi jugaklah Belitung.😊

    ردحذف
    الردود
    1. Jomm @Farah..pakej harga MTN Getaways sangat berbaloi..puashati..

      حذف
  8. seronoknya sis. gambar pun cantik-cantik.memukau.

    ردحذف
    الردود
    1. Yee @mar, rugi datang jejauh kalau tak bergambar kan hehehe

      حذف
  9. Wow! Bestnya tempat ni, yg paling win dpt smbut birthday ngan kwn2 kat sana..

    ردحذف
  10. Mampussss siap boleh imagine nama Farahain tengah gelak2 baca entri ni... Tau lerr pasal spender..hahahahaahhahaa.. 😜😜😜😜😂😂😂😂😂😂

    ردحذف
    الردود
    1. hahahahah bengong sis ko farahain 😂😂

      حذف
    2. Memang aku tau kau mesti tergelak tergoleh baca kan @Farahain hahahaha

      حذف
    3. Ko pun kompom gelak juga kan @Sunah hahahaha

      حذف
  11. hadiah hari lahur plg best sis lin dpt..comelnya binatang kecik tu..geram tgk mata bulat dia..hehe

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulilah Cik @Tom..tau takpe, kepalanya boleh pusing dr depan ke belakang hahahaha

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!