PERCUTIAN 4 HARI 3 MALAM KE PULAU BELITUNG - HARI KEEMPAT (LAST DAY) | Kalau masih lagi di sana, bangun aje pagi terus kata 'sekejapnya masa, taknak balik boleh tak?', 3 hari berlalu di Belitung, terasa dah macam balik kampung sendiri, orangnya ramah, tempat tinggal selesa, makan minum cukup, layanan semua tip top! Jadi rasa sayu nak tinggalkan Belitung.
Terima kasih kepada MTN Getaways yang membawa Sis dan semua media yang lain untuk join #FAMmediaTrips ke Belitung kali ini. Meninggalkan kenangan yang takkan pernah di lupakan.
Bersambung lagi dari hari pertama, kedua, dan ketiga, untuk hari keempat ni, pagi sarapan macam biasa, dan kami sesiap packing semua barang-barang untuk checkout. Dan sebelum berangkat balik ke Malaysia, hari terakhir ni kami di bawa lagi pusing bandar Belitung dan yang Sis tak sabar, nak minum kopi hahaha.
Ini adalah Tugu Batam Satam. Kalau korang pusing-pusing Belitung, kalau ternampak roundabout tugu ni, jadinya korang dah ada dan sampai di Tanjung Pandan Belitung.
Satam adalah nama asal dari bahasa cina iaitu Sa bermaksud pasir, dan Tam bermaksud batu atau empedu. Batu Satam di temukan di kawasan bijih timah oleh para pelombong timah darat di Belitung. Dan di jadikan monumen/tugu di Belitung. Batu ini seakan 'hidup dan bersinar' warna hijau gelap, sedangkan batu ini adalah hitam gelap.
Takpe nanti korang datang Belitung korang tengok sendiri ya.
Selepas tu kami di bawa singgah sekejap ke kedai kopi Kong Djie Coffee. Ni bukan dalam pakej, tapi kami minta pak supirnya singgah nak minum kopi, baikkan mereka tunaikan permintaan kami, takut kang kempunan kang tak dapat minum kopi hahaha. Kedainya sudah lama bertahun beroperasi dan di Belitung ni memang femes nama kopi Kong Djie ni.
Dan inilah tuan punya kedai kopi Kong Djie. Ramah dan sporting habis dia. Semua pertanyaan dia jawab, dari A sampai Z hehehe.
Istimewanya kopi Kong Djie ni, ianya di masak secara tradisional menggunakan dapur kayu arang. Cuma kipas tu untuk percepatkan pembakaran, kang nak tiup macam orang dulu-dulu, sampai ke esok kopi tak siap oiii hahahaha.
Memang kopinya sedap, pekat melekat, power habis rasa dia. Percayalah! Sis ni coffee lover, so bila Sis kata sedap, memang sedaplah. Korang test nanti kopi + coklat, kawan-kawan kata sedap nak mati, nasib minum tu hidup lagi hahahaha. Sis pulak tetap maintain kopiO pekat saja hehehehe.
Selepas minum-minum kopi, kami di bawa pula untuk makan Mie Belitung atau Mee Rebus Belitung. Adeii perut kekenyangan minum kopi, sampai-sampai terus makan, habis juga sepinggan, mana tak buncit perut hahaha. Memang duduk Belitung boleh gemuk oii hahahaha.
Meenya rasa sedap, manis ada, rasa rempahnya ada, semua kena, macam mee rojak pun ye, sebab ada timun, kentang, tempe dan juga ada keropok belinjau . Memang datang Belitung kena cuba mie ni ya.
Lepas makan, bergambar pulak bersama calon-calon menantu di luar kedai hahahaha. Sila isi borang ye anak-anak hahahaha..
Ni semua single and available. Haa korang cepat-cepat pi follow IG mereka hahahaha.
Jangan kata Hakak tak payung ea :p
Dan selepas makan, kami di bawa pula ke Rumah Adat Belitung. Di sini di pamerkan semua adat tradisi orang-orang Belitung, termasuk di pamerkan pakaian pengantin lelaki dan perempuan, hantaran perkahwinan mereka, hidangan makanannya, pelamin, tempat tidur dan juga ada di pamerkan barang-barang kegunaan petani dan nelayan orang Belitung. Juga ada persembahan muzik tradisional Belitung yang menggunakan alatan muzik yang di buat sendiri.
Lebih kurang macam muzium laa, tapi yang ni yang sebenarnya sebab dalam rumah adat Belitung sendiri.
Suasana dalam rumah adat Belitung. Semua ada di pamerkan. Korang rajin-rajinlah explore semuanya. Ada yang sama juga macam adat kita, tapi ada juga yang lain dari yang lain. Jadi korang pusinglah semua ya.
Sepanjang korang dalam rumah adat ni, korang akan dengar alunan muzik yang sangat mendayu-dayu, haaa inilah dia orang yang mainkan muziknya. Alat muzik dia tu unik, di perbuat dari botol. Sangat kreatif. Macam tak percaya boleh keluarkan bunyi muzik yang sangat merdu gitu.
Fokus pada pokok sebelah Sis tu, korang makan Mie Belitung tu kan? Haa tulah dia alas daunnya. Namanya dah lupa hahahaha. Tapi masa amik gambo ni, bukanlah nak bergambar dengan pokok tu, tu kebetulan jer, lepas bergambar baru tau itu daun alas mie tadi hahahaha. Kalau kita guna daun pisang, mereka guna daun tu, lupalah namanya.
Cantik manis adik manis tu kann..instafamous ko ..
Dari rumah adat kami terus ke Danau Kaolin. Kalau mula-mula sampai, Sis perasan macam kawah putih di Bandung dan juga di Tangkuban Perahu tu, tapi bila tengok betul-betul, oo lain tak sama. Tapi seriuslah memang tersangat cantik sangat!. Masa kami sampai, cuaca dah mendung, macam nak hujan, so cecepat semua amik gambar.
Haa nampak tak awan tu, sudah gelap. Tapi kami tetap gigih amik gambar hahaha. ada aku kesah, walaupun hujan dah mula rintik-rintk turun hahahaha.
Sebelum hujan lebat, sempat juga berfoto group. Hahaha yang kelakarnya, Sis ko pun tak tau, apa yang Sis dan Izzati cuba buat tu hahahaha. Adoiii hahahaha. Rosak gambar ! hahahahaha.
Lepas tu hujan pun turun. Dan kami teruslah bersiap menuju ke lapangan terbang Tanjung Pandan Belitung untuk pulang ke Malaysia. huhuhu :(
Dah jom pulang ke pangkal jalan hahaha. rindu sama asam pedas.
Terima kasih orang-orang Belitung ya. Lebih-lebih lagi semua guide tours kami yang baik dan ramah-ramah semuanya. Ada rejeki kita jumpa lagi.
Macam biasalah, tak bergambar memang tak sah hahaha. Sempat juga amik gambar sebelum naik pesawat Garuda, Bila lagi kan hahaha. Comel je kan pesawatnya tu hehehe. Dah dah jommm..
Lepas ni Sis pasti rindu teman sebilik ni haa. Sebilik, sebelah katil, semandi, seurut, semakan, seminum dan sekipas semua hahahahaa Thanks Izzati :)
Dan sesampai aje di Changi, Sis terus amik bas express menuju ke CIQ JB. Naik Transtar jam 6.15pm, bayar 10sgd . Cuma waktu tu agak sesak bila sampai di kastam Singapura, sebabnya bersaing dengan orang-orang balik kerja nak naik bas kilang mereka. Di sini sangat menguji mental dan fiizkal.
Dan sampai CIQ Jb Sis amik lagi satu bas terus ke Larkin Sentral. Nak suruh anak amik kat CIQ, tapi dia tak tau nak tunggu mana eeerrrrr. dah Sis ko naik lagi bas ke Larkin, sabar aje laa..
Apa-apa pun Allah permudahkan semuanya dan selamat pulang ke rumah. Alhamdulilah.
Jutaan terima kasih buat MTN Getaways yang menaja kami semuanya ke Pulau Belitung selama 4 hari 3 malam. Dengan pakej yang sangat berbaloi dan servis yang tip top!
Korang memang takkan rugi kalau ikut dan amik pakej bersama MTN Getaways ni, pasti enjoy, puashati dan berbaloi.
Jom jelajah Pulau Belitung bersama pakej MTN Getaways !
Jumpa lagi..bye.
Yang belum baca kesemuanya boleh klik link di bawah ya.
Hari Keempat: *yang korang tengah baca ni apa..:p
P/S: Lepas ni nak bercuti jelajah pulau-pulau pulak, hitam pun hitamlah, dan kalau ada yang ada buat sponsor servis bercuti pulau ke pulau ni, boleh email Sis ya. Sapa nak ikut jomm!
Ahad ni bolehlah sis melepaskan rindu ngan Tatie
ReplyDeleteYaa laaa golek-golek katanya Kak @Seri hahaha
DeleteNak ikottttt...tasabarrr dah niii oi
ReplyDeleteHahahaa ajommlaaaa @Sunah..
DeleteKopi tuuu hoiiiii kene ajak pak supir singgah nihhhhh
ReplyDeleteThe best Belitung coffee..must try @Uyul ..
DeleteWahhh bestnyeee... nak ikutttt
ReplyDeleteSangat best Cik Puan @Ena..alhamdulilah ..
Delete