ADAKAH KITA TALAM DUA MUKA ?

Sis Lin
8
ADAKAH KITA TALAM DUA MUKA ? | Kemungkinan besar, kita pernah dengar tentang peribahasa ini, tetapi tidak banyak orang yang mahukan gelaran ini ada pada dirinya. Kemungkinan kita juga talam dua muka, kerana ada satu ketika kita alpa dengan kesilapan diri kita sampaikan kita lupa dimana bumi di pijak di situ langit dijunjung. 

Dalam dunia sekarang ini bermacam-macam ragam manusia ada. Ada yang boleh dipercayai dan ada yang tidak boleh dipercayai. Ada yang hitam ada yang putih. Ada yang wangi dan ada yang busuk. Ada yang boleh diharap dan ada yang tidak boleh diharap. Ada yang tidak suka tikam belakang, ada yang suka tikam belakang. Ada yang boleh dipercayai dan ada yang tidak boleh dipercayai. 

Apakah makna peribahasa ini sebenarnya ? 

Manusia talam dua muka ini memang manusia yang amat-amat merbahaya. 

Kenapa dikata merbahaya? 


Satu yang paling ketara tentang talam dua muka ini ialah, mereka pandai bermuka-muka. 

Manusia yang mempunyai banyak muka. Bukan satu bukan dua malah beribu. Di depan kita dia baik, tetapi dalam masa yang sama di depan kita juga, dia boleh bertukar menjadi seperti manusia yang tidak pernah kita kenali sebelum ini, ini banyak berlaku dalam pelbagi onak dan duri hidup ini. 

Ada juga yang apabila di depan kita dia baik tetapi di belakang kita, dia akan memfitnah kita seburuk mungkin. Dalam dunia akhir zaman semakin banyak manusia seperti ini. Jenis yang bermuka-muka dan tidak ikhlas apabila berkawan. Bila di depan kita mereka menceritakan keburukan orang lain, sudah pastinya apabila bersama orang lain mereka akan menceritakan keburukan kita. 

Pernahkah kita menghadapi atau berjumpa dengan manusia yang sebegini?

Atau adakah kita sendiri berperangai sebegini tanpa kita sedari. Manusia talam dua muka ini sebenarnya bukan boleh dipercayai kerana di depan kita bukan main baik lagi tetapi di belakang kita, habis satu dunia dia fitnahkan kita. Talam dua muka ini seperti juga manusia hipokrit, suka berbohong untuk menutup pekung di dada. Pandai membuat janji tetapi tidak pandai menetapi janji.

Kesimpulanya, kita harus ingat, kita juga perlu bersangka baik dengan sesama manusia, rakan atau keluarga, kerana sekiranya kita berbuat baik sesame insan, InsyaAllah ada ganjarannya dan mudah-mudahan Allah lindungi kita dari mereka yang bertalam dua muka atau beribu-ribu muka. 

Allah waalam'

Menulislah untuk menyebarkan cinta sesama manusia. Menulislah untuk memberi ketenangan diri.  Menulislah untuk menyebarkan ilmu. Menulislah untuk mencari redha Ilahi. Menulislah dalam mengejar Jannah.

Sumber Hisham Mohd 






P/S: Ya Allah sedapnyaaa kuih talam durian... terbayang-bayang kesedapannya ..yumssss..

إرسال تعليق

8تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Assalamualaikum.lin...bila lin dah sebut kuih talam ni teringin pulak tekak mama nak memakannya..sedapnya dah terasa kat tekak ni...

    ردحذف
    الردود
    1. Waalaikumussalam Mama @Maszull..
      Hehehehe makan talam durian sedap mama..yummssss

      حذف
  2. kadang kita pun taknak mengaku kita talam dua muka kan.walau hakikatnya macam tu..tepuk dada tanya selera sendiri..Muhasabah diri kita jugak sendiri.Eh...aku kalau nampak angsa ni boleh lari pecut weh...dulu pernah kena kejo..Cehhh...hidup lagi tak ek angsa tu..kah²

    ردحذف
    الردود
    1. Yeee @Rohaida, kita semua bukan malaikat, ada kala terlupa terleka, dalam pada masa sama bercerita hal orang, sedangkan apa yang nak di ceritakan adalah kebenaran..
      MOga kita sesama beringat dan ingat mengingati ..

      حذف
  3. Satu perasaan yang tak best bila kita bercakap pasal orang lain kat belakang orang tu..mungkin sebab tu lah Allah dah sebut, sape yg mengumpat, dia ibarat memakan daging kawan dia sendiri..naudzubillah..jom sama2 perbaiki diri dan saling ingat mengingati..kalau saya buka mulut cakap pasal orang, terus tampar mulut saya ok!

    ردحذف
    الردود
    1. Betul @Sunah..
      Terkadang punca bercerita hal orang ni, berpunca dr kita yang menerangkan sesuatu kebenaran, nak minta pendapat..tapi kadang kita lupa, benda begitu pun boleh jadi bahan umpatan dan fitnah kan...

      MOga kita sama-sama ingat mengingati ..

      حذف
  4. pernah kot jadi cemni dalam process nak menjadi dewasa.
    tapi for what ever reason.. adala untuk yang terbaik ketika itu.. atau terpaksa. demi tak mengeruhkan lagi keadaan walaupun hati geram =P

    ردحذف
    الردود
    1. Semua orang akan jadi sedemikian @Siti, sehari tidak sah kalau tidak bercakap hal lain selain hal diri sendiri..
      Kita kena sentiasa beringat utk diri sendiri kita huhuhu :(

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!