BILA BLOGGER BERTEMU BLOGGER | Teruja, gembira, syukur dan meriah, itulah yang boleh di gambarkan bila seorang blogger dapat bertemu blogger. Ramai sini yang bergelar 'blogger', tapi secara benarnya, sejauh mana persahabatan korang dalam dunia blogger tu sendiri.
Dunia alam maya orang kata, ada yang menulis tanpa menampilkan wajah dan identiti sebenar, macam sahabat Sis tu 'Mat Gebu', ada yang menulis pulak, tapi kenalah menonjolkan diri. Yelah kalau dah blog travel, blog parenting, blog lifestyle, mestilah korang nak tonjol diri dan muka, kalau tak, jadi blog memasak aje macam Mat Gebu, hanya tunjuk periuk, sudip dan jejari hehehehe.
Bagi Sis, seawal menulis, memang semua Sis pamer, tunjuk segala, OOTD dan selpie bagai hahahaha. Tapi tu dulu masa muda, sekarang dah berusia ni, dah semakin kurang, lebih kepada bergambar bersama anak, gambar berdua dan ramai-ramai, amat jarang sekali nak masuk gambar seorang dan selpie, tu kira bonus le kalau ada hahahaha.
Masing-masing dengan cara masing-masing. Dont judge the people by the cover (eh betul ka tu), haaa gitu hehehehe. Kau, kau punya blog, aku, aku punya blog, so fair ya. :p
Blogger Otai .
Dan baru-baru ni Sis memenuhi jemputan perkahwinan seorang blogger seangkatan mula Sis menulis blog lagi, iaitu Kak Yatie Ramlan dari Blog Sinar Kehidupanku (baju maroon, berdiri tengah). Atau lebih di kenali dulu, Kak Yati Kuih Talam, sebab Kak Yatie sangat pandai buat kuih talam. Di majlis tu Sis terjumpalah geng-geng otai lama hehehe. Bila dah jumpa haaa apalagi, dengan tuan rumah sekali laa kita ajak bergambar hehehe.
Blogger otai? Yerr Masuk tahun ke-11 tahun mengenali Kak Yatie, lama tak lama haa? Dah beberapa kali dah jumpa orangnya, orangnya sopan santun, lemah lembut juga rendah diri. Dari anak-anaknya kecil sama-sama membesar dengan anak Sis, kini anaknya dah berumahtangga dah, kami masih lagi bersahabat. Jarang bertemu tapi sering komen di Facebook masing-masing.
Makaseh Kak Tie :)
Dan seorang lagi, juga blogger dan seorang adik, blogger Ayu (baju biru tudung merah), yang dulu dikenali orangnya dengan blog Citarasa Rinduan . Ayu ni macam Sis, peramah dan sangat friendly. Kami kalau mula bercerita, memang susah non stop, macam-macam cite kami akan bercakap hahaha.
Siapa yang nak rasa nak jumpa dia, boleh ke Felda Sayong, dia ada mengusahakan kedai makan. Korang makan mee bandung dan juga soto dia, perghhh nikmat kesedapannya! Juga beraneka lauk pauk pun ada di jual.
Makaseh Ayu :)
Dan yang seorang lagi, pun sama, kenali beliau sama-sama mula kenali Mat Gebu, Kak Yatie, dan juga Ayu iaitu Mak Et (berdiri hujung kanan sekali), dari blog mak-et.blogspotspot.com (tak boleh letak link sebab ad malware virus di blognya). Pertama kali jumpanya pun di rumah Mat Gebu, masa tu anak-anaknya kecil lagi, sekarang dah besar dah semua.
Mak Et ni duduk area dekat-dekat dengan rumah Sis. Ada pernah terjumpa dia juga masa kenduri rumah kawan di area rumahnya, terkejut kita. Masa tu Mak-Et baru balik dari mengerjakan Haji. Sis suka tengok Mak Et ni, muka dia putih berseri-seri dan manis orangnya.
Makaseh Mak Et :)
Yang hujung kanan sekali tu tak payah le nak kenalkan hahaha. Korang dah kenal dah kan kekekeke blogger Sunah Sakura. Dan sekarang sama-sama dengan Sis dalam satu team blogger #JDTblogger , juga dialah yang selalu Sis heret ke hulu ke hilir menemani Sis pergi event, sebab dia free time macam Sis hehehehe. Dah macam anak katak dah .
Haaa Sunah ni pandai buat brownies, korang kalau nak order brownies ke, boleh order dengan dia. Sedap brownies dia. Korang boleh ke SINI kalau nak order ye.
Suami si Sunah ni blogger Ady Budika tu ha atau sekarang lebih di kenali dengan Soleh Ahmad. Haa kalau korang nak buat investment kwsp ke hibah ke, bolehlah cari Soleh tu yer. Servis terbaek satu Malaysia dia pergi. hehehehe (Ady, aku dah promot ni, sila belanja aku!) :p
Sahabat selamanya ..
Sayang juga tak dapat jumpa lagi blogger lain yang datang ke majlis Kak Yatie. Kak Sariyusa, datang lewat sikit, Mat Gebu pun tak dapat datang atas sebab kesihatan Mak Yah tak berapa mengizinkan. Mungkin ada lagi blogger lain yang kak Yatie jemput tapi sebab Sis datang awal so balik pun awal hehehe.
Dulu kalau kami blogger berjumpa, di rumah Mat Gebulah pertemuannya, ketuanya Ben Ashaari bersama bebudak dia #KBBA hahaha. Seronok kalau fikir-fikir waktu blogging dulu, jauh beza dengan sekarang, sangat beza!
Masing-masing sekarang dah bizi dengan komitmen masing-masing. Tapi kami tetap sahabat selamanya.
11 tahun menulis blog, dah macam-macam Sis rasa dan lalui, baik dari segi kecaman menulis, jatuh bangun bersahabat, dan sekarang ni, yang paling mengejutkan selama 11 tahun menulis, dapat surat LHDN kakakakakah!
Dia tak tau ke, dulu-dulu menulis, semua FREE, takde berbayar dik non. Dalam 2 tahun ni pun walau ada job berbayar, amaun tu buat pi makan anak tekak sekali perabis aje oii, nak declare pebendenyaa!! Kalau kata mewah tu, tu duit nafkah yang Suami bagi. Lebih dari cukup.. kalau nak banding hadap duit blog ni haaa..Bukan berlagak riak, tapi lepas geram!!
Blog ni sebagai HOBI sahaja. Ada job berbayar, tu rezeki namanya tapi bukanlah kata beratus-ratus ringgit, ribu riban oiiii huhuhu ..
Ok dah ..stop! negetip! syuhhh syuhhhh
Apa-apa pun terima kasih buat Kak Yatie yang menjemput kami semua ke majlis perkahwinan anaknya. Moga perkahwinan Talhah berbahagia hingga ke Jannah ya. Aaamiinn..
Tiba-tiba tak sabar pulak nak buat majlis anak sendiri, tapi bila? Hahahaha semua orang menunggu...urusan Allah, kita hanya merancang, hanya Dia yang menentukan.. Sabarlah yer, ada jodoh dan rezeki, Sis akan jemput semua kengkawan .
Doakan Sis sihat dan dipanjangkan umur.
P/S: Ikut hati biar anak tak kawin, dapatlah Sis bersama anak selalu huhuhu. Belum bersedia nak melepas anak ke tangan pihak lain huwaaaa :( ..
Aku baru nak komen mesti sis tak sabar nak buat majlis kawen anak..tiberr baca P/S:, terus meleset...hahhahahaha
ReplyDeleteIya, beza besar blogging zaman dulu dengan zaman sekarang..zaman berubah, manusia juga berubah..semoga persahabatan yg terjalin kekal hingga ke jannah..ameen
Hahahaha jangan di tanyanya @Sunah,
DeleteBior le lambat hahahaha
Rindu zaman blogging dahulu...
Kita tak pernah lagi beli beras dari duit blog, huhu. .
ReplyDeleteAiseh.. Ketapi kit lewat gi kenduri tu
Sama kita Kak @Seri, duit buat belanja makan dan makan juga makan...hahahaha
DeleteKalau awal sikit dapat jumpa semua :)
bestnya dapat jumpa blogger lain 😍
ReplyDeleteYeee @Shafyqah, blogger otai..hehehehe
Deletewahhh bestnyaaa
ReplyDelete@Farah mesti tak kenal kan hehehehe
DeleteAssalamualaikum lin...bestnya jumpa blogger2 otai semua...semoga ikatan ukhwah tetap terjalin selamanya...
ReplyDeletep/s x leh nak tahan lin kalau dah sampai jodoh anak2 kita...walaupun dah kawin tapi anak2 tetap milik kita selamanya cuma dah ada org,
yg boleh menjaganya...
Waalaikumussalam Mama @Maszull...sangat best Maaa, rindu zaman berblog dulu...
DeleteBetul Maaa, jodoh kuasa Allah, tapi buat masa ni, taknak memaksa dan biarlah mereka yang buat keputusan :) ...
waaah sronok kan persahabatan maya jadi reality.
ReplyDeletesmoga persahabatan yang terbina kekal selamanya =)
Alhamdulilah @Siti, sudah 11 tahun menulis blog, ramai blogger yang dah Sis jumpa ...
Deleteblm pernah lagi jumpa geng blogger dari tempat lain hihi
ReplyDeleteInsyaAllah satu hari nanti kita jumpa @Eeca :)
Delete