BUKAN KANAK-KANAK AJE SUKA KE LEGOLAND® MALAYSIA, MAK BUDAK PUN SUKA!

Sis Lin
12
BUKAN KANAK-KANAK AJE SUKA KE LEGOLAND® MALAYSIA, MAK BUDAK PUN SUKA! | Seronok sangat-sangat dan riang ria kami seharian di Legoland®. Kami amik kesempatan sewaktu hadiri events pelancaan 4D Movie baru-baru ini. Dan kalau yang ada pas tahunan akan lebih seronok lagi kalau dapat datang berkali-kali masuk kat dalam ni kan. Oh ya, korang dah upgrade pas tahunan yang baru? 

Ya , sila upgrade pas tahunan korang, sebabnya sekarang Legoland® sedang menawarkan harga pakej baru termasuk taman tema air dan juga yang bakal di buka pada April nanti SEA LIFE Malaysia (ala-ala macam Aquaria gitu). Bestkan, rugi bagi sesiapa yang ada pas tu tapi tak upgrade. Ye, boleh je upgrade bebila masa, cumanya sekarang Legoland® menawarkan harga yang lebih murah, tu jer nak bagitau. 

Promosi tempahan awal pas tahunan baru ini, korang boleh dapatkan dengan harga hanya RM239 (MyKad) untuk dewasa dan RM190 (MyKid) untuk kanak-kanak berusia antara 3 - 11 tahun. Dengan pembelian pas tahunan yang baru, pemegang pas akan mempunyai akses tanpa had sepanjang tahun ke Taman Tema dan Taman Air LEGOLAND® serta kemasukkan percuma ke SEA LIFE Malaysia
yang bakal dibuka pada April 2019. 

Pas tahunan yang baru boleh dibeli di laman web rasmi Legoland® Malaysia Resort https://www.legoland.com.my/ *untuk masa terhad . Minta maaf kalaulah korang nak beli, tawaran harga sudah tiada ya. Jangan kata Hakak tak payung okay. 

Okay, nak cerita sikit apa yang bestnya kat dalam Legoland® ni yang orang suka sangat pergi ni walaupun tiket kuss semangat mahainya hehehee. Bagi yang tak ada anak kecik macam Sis ko ni, memang agak kuranglah seronoknya nak masuk, sebabnya dalam tu kebanyakkannya tumpuan lebih kepada kanak-kanak..akan TETAPI korang jangan salah pulak, bukan kata kanak-kanak je oi, mak budak pun sakan juga bermain dalam ni hahahaha, Tak caya, marilah kita lihat ya. 


Tumpuan utama dan terbaru sekarang dalam Legoland® ni, yang terkini 4D Movie. Sis berpelunglah dapat merasainya sewaktu majlis perlancarannya Lego® City 4D Movie - Officer in Pursuit , best giler ko menonton sambil dapat side effect seperti dalam movie dia, habis kebasahan korang nanti, atas bawah juga depan semua dapat hahahaha. Opss tercerita pulak, hahahaha. 
Terima kasih Legoland beri kami peluang merasainya. 

Juga terima kasih daun keladi kepada Ben Ashaari :)


Selepas aje selesai majlis perlancarannya, kami semua makan di restoran Pizza dalam Legoland® tu, sedap-sedap semua makanannya, pestime makan dalam ni. Selepas makan apalagi, kami emak-emak, adik-adik dari JDT Blogger dan juga geng Johor Bloggers, terus bertukar karektor, memasing dah jadi macam kekanak ribena hahahaha. Dah tak boleh kontrol memasing, Sis ko dah macam Cikgu besar Tadika menjaga bag memasing, kerana anak-anak sibuk nak naik roller coaster hahahaha.

Sis ko naik roller coaster? Kita lihat..scroll lagi ..


Keluar aje dari pintu Pizza, terus nampak binatang leher panjang ni, dak Iman tu dah macam nak panjat aje atas badan zirafah tu, Sis ko perhati je air muka dia hahaha. Sis ko pun pelik, apa yang dia suka benau dengan Zirafah ni, sampaikan kata Bondanya pantang nampak, terus jadi macam Fatimah Pujaan Hati Kanda hahahaha meroyan! hahahaha. 

Kami amik gambar ni sebelum Mem besar JDT Blogger, Hernee balik sambung kerja, keje halfday mak buyung tu, masih larat lagi berjalan walaupun kelihatannya simpang siur je jalannya hahaha. Kadang-kadang macam korner baring sudah .. banyakkan berehat ye Her, moga semuanya dipermudahkan hendaknya. 


Mem besar dah balik je, teruslah memasing macam cacing kepanasan, tapi memang panas pun waduh rentung lagi muka Sis huhuhu. Benda pertama kali kita orang nampak haaa keretapi pusing ni ha hahaha, ada yang taknak naik, tapi kalau dah kena paksa dengan Sis, muka terpaksa juga semua naik, termasuk dak Iman tu, kesahnya dia takut nak naik hahahahah. 

Best juga oi, jerit-jerit juga naik, alaa saje release stress kan..so jerit laaa, jangan malu..hahaha


Lepas dah naik keretapi, kami jalan ke depan sikit, ternampak pulak ala-ala taming sari tu, ada namanya, tapi ikut suka ayat Sis aje la ye, supaya mudah korang nak faham dan hadam hahaha. Yang ini dak Ain gan Sunah yang beriye nak naik sangat. Sis ko dah 3x naik hahaha. Layankan aje, kan dah kata Cikgu Besar sekolah tadika bawa anak murid, so cikgu follow jerr hahaha.

Masa ni Kim dengan Mak Lin tak sempat nak naik (mereka pergi toilet berjemaah), kami nampak mereka, berlari-lari itik serati mereka mengejar nak naik sekali tapi pintu sudah tutup, duduklah mereka menunggu kami selesai di bawah hehehehe. Korang boleh lihat pemandangan dari atas keseluruhan dalam Legoland. Fikir-fikir jauh juga kami berjalan ye dari Hotel tu hahahaha.


Selepas dari tu, kami naik ke atas, memasing nak naik roller coaster, Sis? Harap maaf bebanyak, janganlah memaksa Sis ko, takut nanti ada terkencing atas tu kang hahahaha. tobatt!!!. Derang ni beriye sungguh, lagi-lagi si dak Ain dan juga Mak Lin, tak padan kecik, Sis ko takut je terbolos dari tempat duduk si Mak Lin tu, tapi alhamdulilah selamat dan berjaya juga mereka naik dan turun hahaha. 

Korang tengoklah tu, nak naik pun nak one two som, hahahaha. Aunty's bawang memang tau hahaha, masing-masing pakat sapa nak naik sapa nak jaga bag. Ermm last-last Hakak juga jaga bag hahahaha. 


Akhirnya...berjaya juga Sis ko tengok mereka ni turun dengan selamat, yelah mana tau ada yang koma kat atas tu kang hahahaha. Chaiyok!!! berani sungguhkan ..kalau di bagi rm1000 mungkin Sis ko naik hahahahahahaha..

Tak sangka si Mak Lin tu kecik tapi melompat kemain tinggi. Makanya, yang lompat rendah tu perlulah beringat ye, lemak anda sedang mendap di bawah hahahaha. Sunah tu Sis tak tau dia buat apa...


Bagi untuk melegakan penafasan mereka yang naik roller coaster tu, Sis bawalah meronda-ronda di sekitar Miniland. Sebenarnya banyak replika lego yang di pamerkan dan bakal akan dipamerkan (sempena tahun baru cina), tapi Sis paling suka yang satu ini, tentunya rumah Limas Johor. 

Cantikkan, kreatif dan sangat tradisional, Sis suka sangat!. Ini memang Johor :)


Penat dah jalan-jalan, bagi rehat sekejap, kita naik keretapi tott tottt...Meriah ko, bayangkanlah kemeriahannya kami naik keretapi dan riuhnya kami. Tu baru dalam Legoland®, belum lagi keretapi Jb - Kluang, macam mana lah gamaknya ek, silap-silap kena halau turun hahaha.

Budak yang menjaga kat belakang tu pun kemain peramah, asyik ajak borak, sampai Sis ko nak rakam video pun payah jadinya, aje dengar suara dia aje, makanya takde le video hahahaha. aishhh


Dah turun dari keretapi, kami ke surau dulu, solat Zuhur. Ye korang jangan risau, surau ada di sediakan di dalam Legoland ni, tak payah susah-susah korang nak keluar masuk cari surau ya. 
Selesai aje solat, budak-budak ni tak puas lagi, maka sekali lagi, naik lagi roller coasternya, yang ni lain pulak, siap ada pakai VR mata. Derang kata best tak rasa takut sebab tak nampak depan.

Ceh! Nak sedapkan hati Sis konon, nak pujuk suruh naik, memang tak laaa Sis ko nak naik. Bila dah naik, haaa korang tengok, jadi gaya camtu bila dah turun hahaha. Yang sorang kemain suka macam melayang (Ain), yang sorang macam sengget dah tu berdiri (Farah), yang ni plak, dah macam zombie cina hantu loncat (Ajan), dan yang tu, tak tau nak cakap apa ek, dia ingat dia kat atas bulan agaknya (Sunah) hahahaha..adeiii


Dan selepas tu, kami masuk ke dalam Star Wars, yang ni si Kim yang nak sangat masuk, tak tau apa dia cari, tapi bila tanya 'You tengok tak filem Star Wars ni Kim" , dia cuit-cuit badan Sis 'Tak adalah" hahahahaha aiyoooo..Sis ko dulu, cite Star Wars ni kan kena paksa dek arwah Abah, dari episod 1 sampai last yang guna tape video, Sis ko tengok, tapi tak masuk otak sebab kena paksa, so deria otak ko kelain le bila menonton hahahaha. 

Sila abaikan gambar itu, itu secara tak sengaja terletak tangan di situ, harap maaf. Alaaaaa bukan ada apa pun oii, pegang Lego jee tu, bukan pegang manusia..janji bukannya haram...ko fikir kelain tu yang jadi haremmm jadah! 👽

Sebenarnya selepas aje Star Wars ni, mereka naik satu lagi roller coaster, tapi tak nyempat nak maik gambo mereka, sebab sedang bergossip dan meluahkan rasa ketidakpuasan terhadap surat layang LHDN kepada blogger-blogger, hampeh sungguh! Surirumah yang tak berapa nak ribu je dapat job sebulan, sibuk nak di kejarnya cukai..adoiii..

Kawan kita ramai instafamous, bila tanya, ada dapat surat, kata dia tak..ini tidak adil!!!..
Eh dah laa, blog i bukan blog gossip, lari tajuk dah..okBai!

Jumpa lagi di lain episod, haa jangan lupa upgrade pas tahunan tu ya!!






P/S: Apa-apa pun memang seharianlah keletihan tapi berbaloi keseronokkannya. Terima kasih semua kawan-kawanku. Anda telah menceriakan hari-hariku :) ..


Post a Comment

12Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. assalamualaikum lin...meriahnya melayan anak2 kat legoland yer lin...mmg seronok la kalau ada ramai2 mcm ni...happening betul semuanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mama @Maszull..Yerr Mama, meriah gitulah, sekali amik peluang kan, nanti dah balik rumah, sunyi sepi ...

      Delete
  2. Replies
    1. Hahahahaha Kak @Seri, Iman dah baca belum? hahahahaha

      Delete
  3. aaadoiii.. dengar sis membebel bawak kanak2 ribena ni pun dah rasa penat sis.. itu lom join lagi. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha @Dilah, tu belum semua ada, kalau semua ada Sis ko kena pakai pembesar suara hahahahaha

      Delete
  4. hihi x penah sampai lagi tapi rasanya kalo pegi memang CT pun sama excited dengan budak2 hhe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn sampai sana, memang Mak budak Pak budak pun rasa seronok @Siti ..jom kita!

      Delete
  5. Hahahahhahahahahha!!! Terletak tanpa sengaja keeeee #maluapabossku 😂😂😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha diamlah @Sunah, kita kan tutup aurat dia hahahahah

      Delete
  6. Sunah kata dia kamehameha yang first tu. Hahaha. Hantu pocong pun bolehlah. Kahkah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha adeii memacam aksi gelagat @Afzani, lawak betul...

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!