DALAM PANTANG TAK BOLEH MAKAN LAKSA, BETUL KE?

Sis Lin
16
DALAM PANTANG TAK BOLEH MAKAN LAKSA, BETUL KE? | Betul ea, kalau dalam pantang tak boleh makan laksa? Tak kisahlah laksa apa, tapi bacanya laksa asam atau laksa penang paling tak boleh makan ketika berpatang, bersalin ataupun selepas jalani operation. Sebab apa, bacanya kata laksa itu akan mendatangkan angin dan akan sakit urat. ermm betui ka? 

Cubalah korang google.

Kalau tanya dan ikut pengalaman Sis, sepanjang bersalin dan berpantang ketiga-tiga anak, belum pernah lagi dalam hari Sis ko makan laksa hahahaha. Bertuah benau ek Emak dan Atuk Sis nak bagi makan benda macamtu, kan dah kata post sebelum ni, asyiklah makan menu singgang, ikan bakar, ikan asin, sayur rebus, bawang putih, lada hitam, kalau bernasib baik, ko dapatlah makan ayam masak kicap hahaha. 

Apalah salah dan dosa laksa tu yer..


Punyalah sedap macam ni, kalau dapat time berpantang, mau macam rasa macam dapat brim kan hahahaa. Tapi tak semua dapat makan time berpantang yang sedap-sedap. Dan kalau korang tak pernah cuba, jangan sesekali mencubanya ketika berpantang, silap-silap boleh bentan.

Ini bukan cakap auta, sebab pesan Emak dan Atuk Sis (berapa banyak pesanan daa), kalau dari mula berpantang anak no1 kita tak pernah makan benda pelik-pelik, makanya ko jangan sesekali mencubanya, silap langgar pantang, bentan nanti..katanyaaa. Jangan pulak ada yang membangkang ayat Sis ko ni, ni dari nasihat-nasihat Emak dan Atuk Sis, kalau untuk korang, kalau rasa nak makan, ko makan je laaa..

Pernah jadi cerita dulu tau, akibat Sis ko curi-curi makan ketika berpantang, waktu tu bersalin kan anak no1, masa tu pulak Atuk Sis yang menjaga, diam-diam pergi makan anggur atas meja, konon curi makan 2 / 3 biji, sekali ko mendapat! Curi makan pagi lepas mandi, kena bentan pagi tu juga, nasib baik mak bidan masih lagi datang berurut hari yang ke-10, mak bidan yang buatkan air penawar, kalau tidak, mati menahan menggigil sejuk dari ubun sampai ke hujung ibu jari menggigil.

Terus tobat takut ko nak makan sembarangan. Makanya sampailah berpantang anak ke-3, ikut dan makan ajelah apa yang orang hidang huhuhu.


Korang kalau nak cuba, buatlah macam Sis tu, curi-curi dan test hahahaha. sakit lu tanggunglah sendiri hahahaha.

Okay dah, Sis nak makan laksa jap, tadi pagi order dengan kawan, beli 2 bungkus, satu makan pagi, satu buat makan malam hehehe. Sedap laksa dia. Sebungkus rm4.50.

Kalau duduk area Pasir Gudang, Masai dan sewaktu dengannya, bolehlah kalau nak order dengannya.
Whatsapp/call: Ina 019 784 2183
*Dia amik juga order untuk jamuan ke majlis ke. 

Okay dah. Jemput makan.






P/S: Makanan kegemaran, Laksa Penang dan Laksa Johor..pantang....pantang jumpa! 


Post a Comment

16Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Kita tal ingatlah ada mkn laksa ke tidak sbb laksa antara makanan yg ku tak suka kcuali laksa Johor, hehe. Tapi dlm pantang ku mkn sume lauk, singgang, asam oedas, kari, kurma, sume ku bedal, hahaha. Alhamdulillah, takde bentan ke apa sume

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huntunglah Mak Inche Kak @Seri dapat makan semua dalam pantang yer, kita jangan kata nk makan sedap, nak minum air sejuk pun curi-curi, nasib baik tak bentan juga hahahaha

      Delete
  2. Ooooo..tak pernah ada pengalaman..hahahha..ada kata 100 hari pantang laksa..ada kata setahun tak makan lepas bersalin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha ada rezeki merasalah ko nanti @Sunah hehehe..kan Sunn ada baca gak kann...

      Delete
  3. Assalamualaikum lin...yer la kn kita ni suka sgt x dengo ckp org tua bila terkena baru terasa sedo diri jap...mama pun ada juga dulu curi2 mkn sarapan pg termakan nasi lemak...last2 badan rasa semacam jee...bila ckp kat mak n hubby kena la sound x dengo ckp...bila dah okay barulah nak ikut jer apa yg org suruh mkn...tu la die padahnya kalau curi2 mkn dlm pantang...darah muda masa tu ikut rasa hati jer...skg ni mama pulak dok bising kat anak suruh mkn tu berpantang sikit....hahahha dah faham skg bagaimana mak jaga kita masa berpantang dulu...ingat tu anak2 benda yg dilarang makan dlm pantang tu jauhkan la sementara waktu kalau dah elok boleh mkn juga nanti....pesanan org tua2 tu jgn la diabaikan yer,kekadang tu ada betul juga...pd yg okay makan apa pun dlm pantang mmg bagus kira bonus tu sbb bdn boleh terima....

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaalaikumussalam mama @Maszull..
      Yee Maaa, Lin tobat serik betul sebab curi makan tu haaa, terus kena bentan esok harinya..nasib juga bidan masih datang berurut, kalau tak, tak tau mana nak cari penawarnya...

      Bagi siapa yang dapat makan tu, memang huntunglah badan hehehehe

      Delete
  4. wahhh.. sedap... kesian org tengah berpantang tgk ni. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe alahaii siannlahhh @Ejulz hahahaha

      Delete
  5. Mak saya taklah ada pantang yang ketat-ketat. Yang penting lepas bersalin, cukup rehat, makan jaga waktunya, minum air banyak. Dan of course mental support kena ada juga. Alhamdulillah dua kali bersalin, semua okay je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, bagus badan terima semua, Sis aje yang tak boleh nak makan sembarangan. Pantang keluarga kuar sangat @SlumberLady ...

      Delete
  6. CT tak suka laksa.. semoga time ngandung tak ngidam laksa kekeke..
    or lepas bersalin tingin makan laksa pulak =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha kannn kadang tak suka, tapi bila mengandung, terus semua nak makan, kann @Siti ..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!