KENAPA LAUK SINGGANG DIKATAKAN LAUK ORANG SAKIT? | Kenapa ye? Sis yang sihat ni makan elok je, licin habis sepinggan 2 ketul ikan tongkol hahahah. Ke sakit Sis ko ni? Yang sakit tu kalau bagi, belum tentu dia nak makan kan kan..
Memang dari dulu sampai sekarang, asal sakit, Emak Sis, atuk-atuk Sis mesti kata, 'Haa masak lauk singgang ya, nanti boleh makan, jangan tak makan, nanti perut masuk angin'..emak dan atuk korang sama tak macamtu? Padahal mereka tak tau, kalau boleh tengah sakit tu lah nak makan asam pedas hahahaha.
Mungkin juga dikatakan lauk orang sakit sebab dia di rebus, tak payah tumis, tapi ada juga yang masaknya tumis, Sis sendiri pun masak tumis, tapi letak sikit je minyak, sekadar buat syarat aje nak mewangikan rempah tumis, bawang dan juga halia tu. Kalau orang bersalin pun digalakkan juga makan menu singgang macam ni, sebab ada halia, kunyit, bawang dan juga rempah tumis 5 sekawan.
Buat buang angin katanya..prott prottt
Singgang Ikan Tongkol
Iyerrr kalau bersalin dulu, menu ni je la yang Emak, atuk dan juga Suami Sis masakkan, takde lain, selang hari boleh kira menu yang sama aje, cuma ikan aje yang lain hahaha. Suami? yer Suami masakkan. Dulu kalau Sis bersalin, dia memang akan cuti 10 hari menjaga Sis waktu berpantang hehehe, dari anak no 1 hingga no 2, cuma yang no 3 je dia tak cuti lama sebabnya masa tu dah mula kerja semula di Singapura, susah nak cuti.
Okay dah tu cite 25tahun dulu..
Korang masak apa harini? Sis tadi masak menu tu je, Singgang Ikan Tongkol. Perabiskan lauk dalam esbox, minggu depan dah keluar bercuti, so nak cuci peti ais bagi kosong.
Alhamdulilah, kenyang sudah, makan sudah, Zuhur pun sudah. Sekejap lagi nak punggah kain baju, nak melipat dan ketepikan nak packing. Senang siap awal-awal, supaya tak kelam kabut.
Makan nasi sepinggan, bersama 2 ketul ikan, juga Sambal Hijau Bilis Che Dee. Sedap sambalnya, kawan anak bagi, omaknya tukang bedal aje, kalau korang nak, bolehlah wahtsapp no tu ya.
Diet? Tak pernah diet, cuma makan kena beringat, tu jer. hehehe
Tau badan semakin menggemuk tapi kenapa? Menyusahkan awak ke? Tak kan...so diamlah!!
Sambung nanti malam yer, kalau rajin menaip..
Dah jom melipat baju..okBai.
P/S: Ingat malam nak pi pekena kek kat Moonlight Cake House, sapa nak ikut? Jom, sapa nak skodeng, pun jom hahahaha. :p
Kak lin, sebenarnya lauk singgang ni antara paling sihat, tak guna minyak. Air semata dan sedikit rencahnya...maka jadilah singgang paling sedap dimuka bumi...juju ni hantu masakan singgang, boleh kata hari2 makan pun tak ada istilah jemu.
ردحذفKak lin, terima kasih sisip komen semangat ye, love u sis!
Tu laaa @Julia, mungkin juga, sebab dia tak perlu tumis kan, hanya rebus sahaja.
حذفSama-sama Juju, moga Ju terus sihat dan kuatkan semangat tu ya..
Amboiii..kemainnn..sampai malam da ade plan makan 😂
ردحذفHahahaha mestilah, kang kebulur oii @Sunah hahahaha
حذفlauk diet ni kak..lauk paling sedap di waktu berpantang...
ردحذفIyerr, ramai kalau diet makan lauk singgang kan @Mama3D hehehe
حذفkitakan paling tak pandai masak lauk singgang, haha
ردحذفLaaa biar benar Kak @Seri? Takkanlah tak pandai...
حذف