PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI - CERMIN MATA BARU TAHUN BARU 2019

Sis Lin
10
PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI - CERMIN MATA BARU TAHUN BARU 2019 | Ermm begitulah di ibaratkan pepatah tu, patah tumbuh hilang berganti huhuhu. Macam tau-tau aje masuk tahun baru, dia pun nak tukar baru juga alahaii.. Tapi sebenarnya, cermin mata Sis yang sebelum ni, bukanlah patah, bukanlah hilang tetapi atas kecuaian sendiri, sewaktu mencuci kereta di kedai, cermin matanya di buka lalu tertinggal di kedai. Dah 2 hari berlalu, baru teringat cermin matanya. Sebab apa 2 hari? Sebab 2 hari sebelum tu Sis takde kemana-mana, bila nak keluar selepas 2 hari tu, baru sedar cermin matanya takde waktu nak memakainya.

Mula fikir oo terlupa letak mana, atau ada dalam kereta anak atau kereta Suami, tapi puas semua dah geledah dan periksa, akhirnya baru sel-sel otak ni berkembang, baru teringat, last pakai masa cuci kereta di kedai. Dan baru teringat Sis buka masa nak tengok handphone dan letak tepi kursi, so maybe masa kereta dah siap, dan Sis bangun membayar, masa tulah cermin matanya tertinggal huhuhu. so sad sangat! Sebab sangat suka akan cermin mata itu huwaaaa :(


Tak pergi balik ke kedai cuci kereta tu? Iyeee dah pergi dah, dan dah bertanya dah, tapi owner tu kata tak ada, kalau ada mesti budak pekerjanya dah simpan, katanya ermmm. Jadinya anggap aje lah dah di buang. Takkan ada pelanggan yang amik pulak, takkan sama meh power mata orang gan Sis ? Ermmm.. Tak apalah takde rezeki. Suami pun kata buat ajelah yang baru yang sama macamtu huhuhu *ayat sejukkan hati Isterinya. Dan akhirnya, taraaaaa pantang di pelawa buat baru, laju ajelah Isterinya pergi bikin hahahaha :p


Maaf takde gambo selpie nak di tunjuk gambo pakai spek mata baru tu, makanya up jelah gambar terbaru sewaktu selepas amik cermin matanya bersama salah seorang anak katak Mummy hahahaha. Waaa sekarang Mummy sudah ada 3 orang anak katak lor selain Sunah dan Farahain. Siapa? Jeng jeng jeng hahahahah. 

Berbalik pada cermin mata tu, Sis buat yang biasa-biasa aje lah, power cermin pun ikut yang lama je, malas nak check-check laa, kang makin naik lagi, makin pening kepala Sis. Janji boleh pakai dan okay je pemandangan, guna ajalah yang sama. Design pun lebih kurang yang lama. Suami yang suka Sis pakai design macamtu, ala-ala spek design rayban giteww. Isteri iyekan aje laa. Sesedap mata memandang je ler kan. Sis amik advance sikit cermin dia, kalau panas, cerminnya jadi gelap, alaa apa ek orang kedai panggil, Sis ko bukan reti sangat, bahasa sintefik dia tu, tapi macamtu laa, bila kena panas, automatik cerminnya jadi gelap. Tapi kena tambah sikit ler duitnya hehehe. 


Haaa tiberr masuk gambar ni hahahaha..Bukan apa nak tunjuk le design cermin mata lama tu dengan yang baru (gambar atas), lebih kurang sama, cuma yang lama ni lebih besar sikit cerminnya berbanding yang lama. Sebab tu Sis lebih suka yang lama ni huhuhu.
Kadang Suami pun saja je tegur 'Lawa lagi yang lama tu' huwaaaaaa :(
Jangan sampai Isteri pergi cari lagi dan buat yang lain okay hahahaha. Sis ko jenis memang tak puashati punya olang kalau di tegur hahahaha ...
Mu tunggulah :p

Tetiber terus teringat...bilalah nak update pasal travel di HongKong tu ek hahahaha.
Larikkkk sebelum Retna datang komen dan sergah hahahahah. :p
Tunggulah ye, one day mesti Sis ko share kat sini. wait!

Kedai apa cermin mata tu? Korang boleh tengok kat kotak cermin mata tu ada website dia. Sis buat di Jusco Bandar Dato Onn Johor. Nak update detail, macam tak perlu sebab bukan review berbayor pun hahahahaha :p 







P/S: Owang pompuan ni memacam ek adeii terasa benau keperempuanannya tau! Macam-macam je nak di beli dan di buatkan hahahahahah selama ni perempuan juga tapi more kepada wanita hahahaha eh wanita pun perempuan gak ek ngekkkk betul Sis ko ni ... :p


إرسال تعليق

10تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Wah, saya pun plan nak tukar cermin mata ni sis.. Huhu

    ردحذف
    الردود
    1. Kekekeke kannn, marilah kita tukar berjemaah ye @Julia hehehe

      حذف
  2. Haah lah..baru perasan memang macam rayban style dia kannn..

    ردحذف
  3. Assalamualaikum lin...terpaksa juga buat yg baru kn susah bila nak guna kalau x ada spec...mama pun mmg nak tukar spec lama ni tapi masih x juga berbuat sbb maaih mencari kedai spec yg ada buat promosi...nak cari yg murah jer lin...hahahaa

    ردحذف
    الردود
    1. Waalaikumusalam Mama @Maszull..
      Sekarang mana-mana ada banyak kedai cermin buat offer Maa, pilih aje, harga pun murah, tapi bergantung dengan apa yang kita nak laa..

      حذف
  4. Lahhh takpe sis.. Hilang yg lama.. Dapatlah ganti cermin mata baruu..

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn, kalau tak, tak berganti barukan @Farah ...

      حذف
  5. Nak tukar juga lah. Nak cari jenis yang plastik. Ringan sikit.

    ردحذف
    الردود
    1. JOm le kita berjemaah tukar cermin matanya @Aisya hehehehe

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!