RAWATAN FREEZE LIPO (Cryogenic Lipolysis) , MEMATIKAN LEMAK TANPA PERLU SUNTIKAN ATAU BEDAH | Inginkan badan yang langsing dan cantik memang menjadi idaman semua wanita. Betul tak? Ya faham, kaekadang walaupun kurus ataupun gemuk, lemak-lemak pada bahagian badan tertentu, adakalanya mengganggu penampilan sesaorang itu. BUkan kata orang gemuk aja ada lemak, orang kurus pun ada juga okay!. Lagi-lagi kalau kita nak pakai baju warna yang agak terang sikit, mulalah nampak bahagian-bahagian yang berlipat dan menonjol tu kan. Langkah selamat pakailah baju warna hitam. berHuhuhulah kita.
Dan kerana itulah ramai wanita sekarang bertindak jalan mudah semata ingin cantik dengan melakukan pembedahan sedut lemak atau apa juga rawatan untuk mecantikkan badan mereka. Ada duit ye takpe, silakan. Tapi tidak semua yang berani juga dan tidak semua yang 'berlebih duit' untuk membuat rawatan sebegitu. Ye lah, mestilah mahal dan tidak di jamin risikonya selepas membuat rawatan tersebut.
Jadi bagaimana kalau nak cantik tapi tanpa pembedahan dan suntikan?
Beberapa bulan yang lepas, Sis berpeluang untuk mencuba rawatan 'Freeze Lipo' di Ido's Cosmetic di Taman Johor Jaya, Johor Bahru, yang di jamin dapat membakar lemak tanpa proses pembedahan dan juga suntikan dengan hanya 40 minit sehari dengan 3 kali rawatan sahaja. Freeze Lipo adalah teknologi pembekuan lemak yang tujuannya membekukan lemak untuk menghilangkan sel lemak yang tidak diingini dengan mudah, cepat dan efektif.
Kelebihan Freeze Lipo ini, pelanggan hanya perlu pilih tempat lemak yang ingin dibekukan tanpa membahayakan anggota tubuh badan yang lain.
Sewaktu Sebelum memulakan rawatan, Sis di temuramah dahulu dan di tanya dan di soal dahulu, kemudian diambil semua ukuran badan dan juga detail pesakit, ini bagi tujuan keselamatan pesakit itu sendiri, samaada sesuai atau tidak sebelum memulakan rawatan Freeze Lipo ini.
Di Ido's rawatan Freeze Lipo ini di buat di dalam bilik rawatan khas. Di sini pesakit akan baring di atas katil tu dan beautician yang jalankan tugas akan mula setting mesin tu dan mulakan rawatan selama 40minit sehingga selesai. Keadaan bilik sangat selesa.
Alat dan mesin yang digunakan untuk membekukan lemak adalah 360 surround cooling technology yang mampu membekukan lemak sampai level tertinggi selama 40 menit. Dengan kekuatan yang mencengkam di area tempat yang lemaknya akan di bekukan.
Mesin tu agak berat sikit, so masa rawatan tu korang akan rasalah macam ada bebenan batu atas perut kita hehehe. Tapi jangan risau, dah prosesnya macamtu.
Bila mula aja seisi rawatannya, Sis dapat rasakan sedutan yang kuat dan rasa sejuk sedikit pada permulaan proses rawatan tu. Lama kelamaan, rasa sejuk tu hilang, tapi sedutan pada tempat lemak tu tetap kuat di bahagian lemak yang dibekukan. Rasanya agak sakit sedikit sebab terasa lemaknya ditarik, namun lama-lama kita jadi terbiasa.
Setelah selesai 40 minit rawatan, bila di angkat aje alat tu dari perut atau area yang di buat rawatan tu, jangan korang panik pulak bila tengok ianya jadi merah. Beautician yang bekerja itu nanti akan buat urutan massage ringan di bahagian area tu, dan di sapu sejenis minyak untuk meredakan kemerahan itu.
Hasil Freeze Lipo ini memang tidak akan nampak kesannya serta merta, dan selama 3 hari sampai lebih kurang 2 minggu, perut kita rasa seperti kebas-kebas, tapi bergantung kepada keadaan lemak dan keadaan kulit masing-masing. Hasil rawatan ini boleh terlihat setelah 2 bulan jalani rawatan dan akan bertahan 2 sampai 5 tahun lamanya.
Area yg sudah di Freeze Lipo akan tetap seperti biasa aje, tiada kesan selepas melakukan rawatan tu.
Seeloknya rawatan ini dilakukan 3 kali dengan beza satu atau dua bulan. Tapi untuk hasil yang lebih efektif dan lebih natural, lakukan senaman dan jaga pemakanan, itu seeloknya.
Bagi yang ingin mencubanya, boleh terus datang ke Idos's Cosmeceutical di Taman Johor Jaya.
Tel: 07-354 7511, 012-728 5992
No. 105, Jalan Rosmerah 2/3, Taman Johor Jaya, 81100 Johor Bahru, Johor.
Atau boleh ke Facebook : Ido's Cosmeceutical
Benefits of Freeze Lipo:
Freeze Lipo (Cryogenic Lipolysis) is a non-invasive treatment that uses cooling technology to gently and effectively target and reduce fat in specific areas of patient’s body.
Cooling cause the fat cells to begin a process of natural removal, which gradually reduces the thickness of the fat layer.
The fat cells in the treated areas are gently eliminated through the body’s normal metabolism. Fat reduction is expected over the course of two to four months after the procedure.
Procedure:
Treatments take approximately 1 hour and 20 minutes per session including preparation and post treatment cleaning.
Protective membranes are applied at the treated areas prior to the placement of applicators.
Freeze Lipo uses vacuum pressure to draw tissue into the applicators cup between cooling plates. The suction pressure may cause sensations of deep pulling, tugging and pinching.
Some people may experience stinging, tingling and aching as the treatment begins.
The sensations will subside as the areas become numb. It is normal for the areas to be swollen and tender immediately after the procedure.
The treated areas will be reddened for approximately 30 minutes.
P/S: Sis ada lagi 2 kali rawatan, korang tunggulah hasilnya nanti yer hehehe. *Maaflah, takkanlah Sis nak tunjuk pulak gambar perut Sis sewaktu jalani rawatan tu sebelum dan selepas, ermmm harap faham hukum halal dan haramnya aurat tu ya.
wahhhh makin langsing lah sis lepas ni..😍
ReplyDeleteLangsing tu idok lerr, tapi lemak degil babat ke kasi hapus jee @Farah hahahaha
Deletesoh depa bukak satu cawangan kat Penang pleaseee hehe..
ReplyDeleteHahahaha baik! Nanti Sis sampaikan @Siti, ke dah ada ek kat Penang hahahah
Deleterasa nak buang lemak tang perut dengan paha ni je hah....banyak sangat..hahaha
ReplyDeleteHohohoho marilah survey ke sana ye @Rohaida..hahahahah
Delete