RESEPI NASI GORENG PETAI MUDAH DAN SEDAP! | Siapa sini suka makan petai? Dan memang pantang nampak petai? Okay boleh duk semeja dengan Sis hehehe. Sis orangnya sukakan makan ulam-ulaman, tak kisah ulam apa pun, janji sesedap rasa dan senang nak cari. Jangan kata orang makan ulam ni orang tua ya, korang kena tau juga kebaikkan dan khasiat memakan ulam ni. Cuma kita je yang terlalu mindset tu dah fikir, kalau ulam mesti pahit, kan? Hahahaha. Dulu Sis pun macam tu juga, tapi bila dah berkahwin dan Suami ko hantu ulam, makanya secara langsung dah terjebak le sama memakannya hehehe.
Contoh petai. Petai ni kalau tak ye ye memang orang dengar je, boleh tutup hidung tau, mana taknya, bau dia selepas makan aje boleh bikin pengsan wooo hahahaha. Lebih-lebih lagi bila keluar dari tandas, manyak 'pesing' bau dia hahahaha. Tapi keenakkannya sewaktu ko mengunyah tu, perghhh nikmat tak terkata, cecah pulak dengan sambal belacan, fuyooo mertua lalu pun ko buat-buat tak nampak hahahaha.
Berbalik pada tajuk, nak jadikan cerita, Suami Sis tak berapa sihat, dan kami sepakat duduk rumah sahaja dan berehat. Tiba-tiba Suami kata, tekak nak makan nasi goreng, Sis pun kata okaylah, malam kita masak nasi goreng aje dan secara tak langsung, Sis pergilah korek-korek peti aias apa yang ada, kebetulan ada pulak sebungkus petai dalam peti ais yang Sis beli sebelum ni, rezeki Suamilah tu. Maka terjadilah Nasi Goreng Petai .
Nak resepi mudah dan sedap? Meh try resepi versi Sis hehehe.
Bahan-bahannya mudah aja. Korang bukak peti ais korang dan tengok apa yang ada.
Bawang besar, bawang putih, lada merah, ikan bilis dan belacan tu, takkan le takde kan ? Kemudian korek lagi peti ais, tengok apa yang ada. Kalau ada petai haa guna petai, kalau takde, cari lagi. Macam Sis, ada petai dan juga cendawan, makanya Sis campakkan sekali dalam nasi goreng.
Kalau dah semua takde, masak aje nasi goreng 'bodoh' hahahaha, jan ji ada nasi oii..
Bila sesiap semua bahan, bahan yang utama korang kasi tumbuk.
Bawang besar, bawang putih, belacan dan lada, tumbuk hingga lumat. Jangan halus sangat, nanti tak sedap rasanya.
Sebelum nak menumis, korang gorengkan dulu ikan bilis tu, bila dah garing angkat dan ketepikan dulu ya. Dan kemudian baru tumis semua bahan yang telah di tumbuk tadi. Goreng hingga garing.
Dan kalau rumah korang ada telur, haa korang pecahkan sebiji masuk ke dalam bahan tumis yang dah garing tu. Gaul-gaulkan kasi sebati.
Dan setelah itu, masukkan nasi dan kacau rata hingga kesemua bahan tumisan rata bersama nasi. Masa ni, korang dah mula telan-telan ayaq liur, dengan baunya, perghhh. Sabo!.
Setelah itu, masukkan cendawan, gaul sedikit kasi rata, dan akhir sekali masukkan petai dan ikan bilis yang telah di goreng tadi. Gaul-gaul sampai rata betul-betul dan semua bahan dan nasi sebati.
Maaf cahaya lampu dapur tetiba jadi yellow pulak hahahaha.
Masa korang gaul tu, jangan lama-lama sangat biarkan, agak dah masak dan semua dah okay, tutup api dan sedia di makan panas-panas. Kalau lama sangat, nanti ikan bilis dah tak rangup, cendawan dah lembik, dan rasa petai tu dah kurang. Agak-agak je yer.
Senang tak? Memang senang. Masak aje guna bahan apa yang ada.
Sedap tak? Sila masak dan rasa sendiri laaaaa.. :p
Sedap tak sedap ke korang masak, yang penting, Sis masak ni, Suami makan 2 pinggan hahahaha. Itu sebab le Suami i bolat. Hahahaha cukup makan kan Sayang hahahaha
P/S: Alhamdulilah Suami beransur sihat, moga Allah sihatkan Suamiku dan berikanlah kesihatan berpanjangan buatnya. InsyaAllah Allah jaga dia untukku ..aamiinn..
tu bukn nasi goreng bodoh kak..klu bli RM brapa dah tu..hihi
ردحذفHehehehe yang Sis kata bodoh tu, yang biasa orang panggil tu, kalau masak kosong je, orang kata Nasi Goreng bodoh @Normi hehehehe...
حذفMacam ni nasi goreng bodoh? rasanya ni nasi goreng cerdik pandai ni..macam2 ada ha..kat luar or kat kedai maunya RM10 ni...nak- nak kedai tomyam...
ردحذفHahahaha kadang tu bila masak kosong, tu le yang biasa Sis panggil nasi goreng 'bodoh' @Suria ..
حذفmakin bolatlah Mr Sabarrrrr
ردحذفHahahaha begitulah kannn Kak @Seri ..
حذفwah nampak sodap yo...
ردحذفHahahaah memang sedap @Cuya, alhamdulilah ...
حذفOmg. Dish looks very tasty.
ردحذفYaaa @Claudia, taste very tasty and delicious .. thankx :)
حذفya Allah...sis...tetiba nak request nasi goreng....sedapnya rupa nasi goreng sisss T_T
ردحذفHahahaha nanti malam cari petai, kalau ada esok boleh masakkah @Sunah ..
حذفKenapa nampak macam ada mata kucing??? Ke aku dah lama tak makan mata kucing???!!
ردحذفTu cendawan leee @Izzati oii.. Engko tu dah rindu sangat kat anak-anak kucing ko ke hahahaha
حذفEna hantu petai.haha.n slalu buat sambal petai bersantan. Sedap resepi nenek.. nanti nak test la buat nasi goreng petai.
ردحذفKannn Cik Puan @Ena, menu senang dan mudah .. janji ada petai..
حذفFuh sangat menyelerakan walaupun hakikatnya tak makan petai
ردحذفSedaplah @Zumal , trylah, kan bagus makan petai hehehehe
حذفadudu..sedapnya tengok..nti nk kena cuba gk ni
ردحذفHeheheh silalah cuba @Jamaliah, versi air tangan Sis Lin hehehe
حذف