RESTORAN LEMON TREE MENAMBAH CAWANGANNYA YANG KE-9 DI TAMAN SETIA ECO CASCADIA

Sis Lin
12
RESTORAN LEMON TREE MENAMBAH CAWANGANNYA YANG KE-9 DI TAMAN SETIA ECO CASCADIA | Wowww tahniah buat Jeffry Bong, yang telah menambah cawangan Restoran Lemon Tree nya yang ke 9, bravo!! Bukan biasa-biasa ni, sangat luar biasa. Tapi memang tidak Sis nafikan, restorannya memang menjadi pilihan ramai kerana di sebabkan kepelbagaian menu dan kesedapan juga harga yang tidak terlalu mahal. Boleh dikatakan menu dia ada pelbagai pilihan, portionnya pulak besar, boleh makan kongsi berdua kalau korang jenis tak pemakan.

Bagi Sis yang kali kedua datang review makan di restoran lemon tree dan ada dua kali datang walk in makan tengah hari (bukan review), memang kebanyakkannya penuh tempat duduknya ketika waktu kemuncak lunch. Di buka setiap hari dari jam 11am hingga ke 10.30pm, restorannya tidak pernah lenggang dari kunjungan orang ramai. Rata-ratanya mereka datang bersama family dan juga rakan-rakan. 

Kalau tanya Sis, apa menu paling sedap di sini, semestinya Sis rekemen spageti aglio olio dia, Sis memang pengemar spageti ini dan kebetulan di restoran lemon tree ada pulak menunya, jadi sewaktu kali pertama merasa ketika review di Restoran Lemon Tree Desa Jaya , sangat teruja, rasa dan portion semangkuk tu sangat banyak, kenyang makan. Dan juga menu-menu lain tidak kurang sedapnya, memang semua boleh order dan semua rasa sedap. 



Buat makluman semua, restoran di Taman Setia Eco ini adalah bagi mengantikan restoran lemon tree di Mount Austin yang telah ditutup operasinya, di sebabkan di sana terlalu sesak, dan pelanggan susah nak park, jadi mereka bertukar ke sini yang lebih selesa dan besar tempatnya. Kalau tidak sudah ada 10 cawangan dah . 

Konsep dalaman tetap sama dengan yang lain-lain, servis pun masih bagus, dan menu-menunya pun masih juga sama. Dan mengikut kata ownernya Jeffry Bong,  pada bulan Feb atau bulan Mac, mereka akan menambah menu terbaru dan pasti ianya akan lebih menarik pelanggan untuk datang makan di sini. Kalau ada menu set bestkan. Takpe kita tunggu. 

Okay jom kita tengok menu signature apa yang korang mesti makan jika datang ke sini..



Dua menu di atas adalah dua menu yang Sis paling suka makan.
Gambar atas: Mushroom Soup
Gambar kedua: Seafood Aglio Olio 

Tengok je dah kecur, sambil menaip ni pun duk jeling-jeling je hahahaha. Kalau korang pestime datang sini dan tak tau nak makan apa, haa cubalah menu dua ni, mesti membuka selera korang. 
Cuba dulu, kemudia baru komen.



Dan yang dua menu di atas ini, gaya menu western laa, kalau korang tak berapa lapar, bolehlah order, kalau lapar, takut tak cukup plak hahaha.

Rasanya sedap, kalau 5 bintang, Sis bagi 4 . Kenapa bukan 5 ? Sebab pilihan utama Sis Seafood Aglio Olio hahahaha. 



Untuk yang dua menu di atas ni pula, kalau korang datang lunch boleh cuba makan, sebabnya menu dia berat, ada nasi juga chicken chop, memang makan mesti kenyang.

Sedap ke ? Bagi Sis, yang ini pun sedap, tapi sedap lagi Spageti Aglio Olio hahahaha. Lagi mau tanyalah..



Tengok aje dah nampak kekenyangannya kan? Jadi jangan tanya. Kalau datang makan malam, bolehlah makan menu ni, makan lunch pun boleh, yelaaa kot ada yang tengah IF Diet kan, siang puasa, malam baru nak cekik, so sesuailah makan yang ni hahaha.

Rasanya biasa-biasa, tapi memang boleh mengah perut kalau makan. kalau korang bukan pemakan, silalah makan kongsi ya. 



Bagi yang diet IF ke diet apa ke, kalau rasa tak nak makan kesemua menu di atas sana tu, haa bolehlah makan dua menu ni. Satu salad dan satu lagi pizza. Kenyang ke? Kalau tak kenyang, tu bukan makan namanya, tu melahap yer hahahaha

Pizza dia the best! Walau sejuk, tapi tetap lembut kulit dan isinya. Pun sedap..


Dan akhir sekali, menu pujaan hati Sis hahahaha iaitu Prawns Aglio Olio. Besarkan udangnya, fresh gitu.  Sampai 2x Sis menambah ui hahaha. Malu aje bila owner Jeffry Bong 'tanya nak tambah tak'? Sis ko apalagi, minta le lagi hahaha. 

Bukan tak tau malulah, itu maknanya kita menikmati makanan tu, sedap kita kata sedap, tak sedap kita kata tak sedap. Itu baru jujur 'hak pengguna' ..betul tak? 
Korang ingat senang ke nak jadi testimoni review makanan ni? Huhuhu. Jangan main makan je walau free, tapi nak review tu kena jujur dan amanah juga fatonah. Baru berkat apa yang masuk dalam perut kita. Faham? .
Ehhh terlebih sudah..hahahaha

Apa-apa pun korang mesti cuba, tak kisahlah datang aje memana cawangan Restoran Lemon Tree sedia ada, pasti korang tau dah nak order apa kan. 
Untuk yang berada di kawasan area sini, boleh datang singgah makan di sini ya. 
Di bawah ni Sis senaraikan kesemua cawangan Lemon Tree sedia ada ya. 


Restoran Lemon Tree .

1. Melodies HQ
(operation hour:12pm-11pm)
No.18,Jalan Bedara, Taman Melodies, 80250 Johor Bahru, Johor.
☎️ :07-3355688

2. Kulai Branch 
(operation hour:12pm-11pm)
No.114GF, Jalan Kenanga 29/6, Bandar Indahpura, 81000 Kulaijaya, Johor.
☎️ :07-6608851

3. Permas Jaya Branch 
(operation hour:10.30pm-10pm)
No.3, Jalan Permas 10/8, Bandar Baru Permas Jaya, 81750 Masai, Johor.
☎️ :07-3823455

4. Molek Branch 
(operation hour : 11pm-10.30pm)
No.59, Jalan Molek 3/10, Taman Molek, 81100 Johor Bahru, Johor.
☎️ :07-3518482

5. Setia Eco Cascadia Branch
(Operation hour: 11:00am-10:30pm)
No.63, Jln eco Cascadia 6/1 tmn setia eco Cascadia 81100 Johor Bahru. Johor
☎️ : 07-3615965

6. Impian Emas Branch 
(operation hour:12pm-11pm)
45, Jln Impian Emas 22, 81300 Skudai Johor Bahru. Johor
☎️ :07-5506336

7. Desa Jaya Branch
(Operation hour: 11:30am - 10:30pm)
33, Jln Danau 3,Taman Desa Jaya,81100 Johor Bahru
☎️ :073643301

8. Mutiara Rini Branch
(operation hour:11.30 am - 10.30 pm)
109, Jalan Utama 34, Mutiara Rini, 81300 Skudai, Johor.
☎️ : 075506873

9. Megah Ria Branch
(Operation hour: 11:30am - 10:30pm)
39, Jalan Kota 2, Taman Cahaya Kota Puteri,81750
☎️ : 0187771557


Facebook:

Instagram:







P/S: Dah 4x dah makan di Lemon Tree, cuma tak up aje, kang jemu pulak korang nak membacanya hahahaha. Jom siapa nak belanja Sis plak ? :p 


Tags

إرسال تعليق

12تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Lapar perut tgk gambo2 makanan kat lemontree ni.

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha sila pergi Lemon Tree yang berdekatan ya @Farah hahahaa

      حذف
  2. haissyyy sedap tengok semua makanan..lapar terus ni...

    ردحذف
    الردود
    1. Iyer memang sedap, boleh cuba di MUtiara Rini tu @mama3D, dekat dah tu hehehe

      حذف
  3. assalamualaikum lin...lapo bila tengok gambo kat sini...hahahha

    ردحذف
    الردود
    1. Waalaikumussalam Mama @Maszull, kann Mama, Lin menaip pun jadi lapar juga hahaha

      حذف
  4. prawn olio oglio tu menawan tekak la pulak...

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn peberet aku @Rohaida, sampai 2x tambah hahahahaha

      حذف
  5. besar juga tu udang dengan aglio olio tu.. puas hati makan =D

    ردحذف
    الردود
    1. Sangat besar dan fresh @Siti, sedap dan banyak semangkuk...

      حذف
  6. الردود
    1. Iyer awak, kena fatonah kan @Sunah hahahahaha nasib bukan Fatimah hahahaha

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!