SEJAUH MANA KITA IKHLAS BERSAHABAT DENGAN ORANG LAIN

Sis Lin
14
SEJAUH MANA KITA IKHLAS BERSAHABAT DENGAN ORANG LAIN | Mengukur nilai persahabatan nampak mudah tetapi hakikatnya ia bukanlah boleh dilakukan sehari dua. Maklumlah hati manusia berubah-ubah. Hari ini dia memang kawan kita kerana mungkin sependapat, banyak persamaan , minat pun sama tetapi bila sudah lama kenal baru tersua cacat cela.

Ditakdirkan kawan yang selama ini kita anggap sangat memahami tetapi tiba-tiba berubah sikap kerana sikap kita yang kurang menyenangkan hatinya, sanggupkah melerai ikatan persahabatan dek kesilapan yang kadangkala cuma remeh-temeh?

Adakah kerana menyedari bahawa kawan kita pula punya kekurangan yang kadangkala sukar diterima akal, haruskah kita menjauhkan diri darinya ?. Adakah persahabatan itu hanya boleh dibina semata mata kerana kita sekepala ?.

Sebelum menilai sejauh mana kawan yang selama ini di anggap kawan kita itu benar-benar jujur dalam persahabatan, tanyalah diri sejauh mana kita ikhlas bersahabat dengan orang lain. Jika kita memang benar-benar ikhlas berkawan tetapi kawan kita pula tak tahu menghargai keikhlasan kita, memanglah hati pedih terasa.

Tetapi sekurang-kurangnya kita taklah mencemarkan nilai persahabatan dengan menguburkan persahabatan yang dibina sekian lama semata-mata silap teman yang mungkin tak sebesar mana.

Ikhlasnya persahabatan tak ternilai dengan benda termahal sekali pun di dunia ini dan percayalah erti persahatan yang paling bermakna akan hanya terbina atas keikhlasan yang tak berbelah bagi..

Jangan hanya setakat tahu berkata-kata bila berkawan kerana kata-kata takkan bermakna jika dibiarkan kata-kata itu begitu sahaja..tanya hati dan diri masing-masing..adakah kita ikhlas bila berkawan atau kawan hanyalah dipanggil kawan sahaja.

Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia, dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa, dia juga ada kelemahan dan juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Kita selalu lihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.

Artikel di copy dari Facebook Pages AKU Sis Lin







P/S: Tak pernah SERIK dalam membina persahabatan, walau terkadang hati sering di lukakan .. Allah sentiasa ADA bersama untuk menemani di setiap kelukaan itu .. Terima kasih sahabat yang DAHULU yang pernah datang dan lalu pergi.. :)


إرسال تعليق

14تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. bersahabat biar ramai, bermusuh jangan sekali.. ewahhh.. haha

    ردحذف
  2. Semoga kita dikelilingi kawan-kawan yang layak digelar sahabat.

    ردحذف
    الردود
    1. Aaamiinn, insyaAllah, keep in touch ya @Aisya ..

      حذف
  3. hmmm... tak perlu kesah orang yang tak nak kawan dgn kita... itu prinsip ain sekarang.. kita hanya fokus pada yang memang ikhlas nak berkawan dengan kita. 😍😍

    ردحذف
    الردود
    1. @Farahain, be good to who being good hahaha..pepatah baru ke hahahaha

      حذف
  4. ku harap ku tidak pernah melukakan hatimu

    ردحذف
    الردود
    1. Tidak pernah sama sekali wahai Bunda ku Kak @Seri :)

      حذف
  5. moga-moga sahabat sampai syurga..jika ada silap antara kita, sama2 saling tegur menegur dan mengingatkan..walau teguran sahabat tu adalah yang paling pahit untuk kita telan..

    ردحذف
    الردود
    1. Iyer @Sunah, tegurilah daku walaupun daku lebih tua darimu, setiap manusia tidak ada yang sempurna ..

      حذف
  6. ALLAH nice entry ..
    sahabat dunia akhirat ..

    ردحذف
    الردود
    1. Terima kasih @Zackry..sharing sesama, alhamdulilah ..

      حذف
  7. saya punya circle kecik je. alhamdulillah semua kawan yang berkualiti. byk kawan tapi tak sama kepala pun tak best jugak.

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulilah...Jaga persahabatn tu elok-elok @Eeca..
      Bukans enang nak cari sahabat yang betul-betul memahami kita ...

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!