SELAIN SDS CAFE DAN LEMON TREE, MOONLIGHT CAKE HOUSE JUGA ADA MENYEDIAKAN MENU LUNCH DAN DINNER | Yer kalau tak bagitau, korang pun ingat ketiga-tiga tempat ini hanya tempat minum kopi dan juga jual kek aje kan? Mesti korang tak tau, ketiga-tiga tempat ini ada menyediakan menu untuk makan tengah hari dan juga makan malam.
Kalau sebelum ni, Sis banyak cerita melepak dan makan di SDS Cake & Bakery dan Lemon Tree, hari ni Sis nak kongsi pulak makan-makan di Moonlight Cake House. Terdapat 7 buah cawangan yang ada di Johor (rasanya memang di Johor aje), dan yang paling dekat dengan Sis Moonlight Cake House Sri Alam. Memang jadi pelanggan tetap lah Sis ko kat situ, suka datang makan kek RV dia dan juga minum kopi di sana. Manager dia pun sudah cop 'wanted' muka Sis ko ni hahahaha
Dan untuk entri yang ini Sis nak cerita kisah Sis dan juga blogger Johor yang datang review di Moonlight Cake House Taman Pelangi, di mana kedainya baru operasi bulan Dec lalu, selepas siap sepenuhnya di ubah usai. Memang 'gah' gitu kedainya. Tapi kalau korang biasa pergi ke semua Moonlight Cake House, memang kesemua kedainya berkonsepkan sama dalam dan luar.
Tengok...'gah' kan. Memang kalau korang lalu je tepi jalan Sri Pelangi, Taman Pelangi Johor, dari jauh korang dah nampak bangunannya tersergam indah, kalau waktu malam memang cantiklah, berlampu dan terang lagi bersuluh hehehe.
Tak susah nak mencarinya, guna waze aje, pasti sampai punya. Cuma parking agak susah sedikit, korang masuk je depan kedai, jalan ke depan, boleh parking memana yang kosong.
Sis mewakili JDT Blogger bersama Sunah, Farahain dan juga FarahDidi, bersama Johor BLogger lain, yang turut serta dalam review kali ini. Dan sangat surprise buat kami dan juga bagi Sis, Sis berpeluang berjumpa pertama kalinya dengan Foodie Blogger Johor Kaki,Tony Boey . Memang tak sangka dapat berjumpa dengannya. Sebelum ni hanya komen dan baca blog dia aje.
Siapa Tony Johor kaki? Korang boleh baca di SINI
Okay. tanpa membuang masa jom Sis perkenalkan satu persatu menu yang korang boleh order di Moonlight Cake House ni. Boleh makan waktu lunch atau pun dinner. Banyak pilihan sebenarnya, tapi untuk yang ini Sis hanya up menu signature yang korang perlu cuba. Tapi ikut sukalah, Sis hanya rekemen aje.
Untuk dua menu di atas ni, memang Sis rekemen sangat kat korang makan.
Gambar atas: Salted Egg with Chicken Floss Fried Rice
Gambar bawah: Australian Lamb Shank.
Dua menu ni kalau korang makan time lunch atau dinner mesti kenyang. Rasanya pun sedap, dan juga daging lembu tu lembut sangat. Korang boleh cuba. Mahal sedikit harganya tapi berbaloi.
Kalau tak kenyang, memang korang tak baca Bismillah hahahaha
Dan dua menu di atas ni, kalau korang bawa family, anak-anak, atau datang melepak dengan kawan-kawan ke kan, boleh amik set macam ni, just sharing dan makan santai-santai je gitu.
Gambar atas: Moonlight Sharing Platter
Gambar bawah: Japanesee Pizza
Yang pizza tu sedap oii, kompom kalau korang makan tak cukup satu hehehe.
Dan kalau siapa suka makan pasta, di Moonlight juga ada bermacam jenis pasta. Dan salah satunya yang menjadi pilihan ramai, dua menu ni.
Gambar atas: Moonlight Signature Pasta
Gambar bawah: Seafood Gnocchi
Sis pun tak berapa merasa sangat dua menu ni, maklum banyak sangat menu malam tu, cuma memang dua menu ni menu pilihan pelanggan di sini. Korang boleh cuba, nanti Sis pun nak cuba juga. Tanya kawan-kawan, semua kata sedap. Sos boleh cuba ya.
Dua menu macam ni, kalau Sis, Sis panggil menu meratah hahaha. Sebab menu tidak banyak bahan. Kalau siapa yang tengah bediet IF ke atau memang tengah diet, haaaa bolehlah order menu ni.
Gambar atas: Piccato Chicken Breast with Mozarella & Cream Yellow Mustard
Gambar bawah: Morning Light
Datang sini nak diet? Lupakanlah hahahaha.
Ini menu memang menu gaya artis makan hahahaha. Sebabnya Sis panggil macamtu, korang tengok kalau artis makan, mana ada makan selambak macam kita, mereka makan menu sikit je bendanya tapi mahal harganya, betul tak? hahahaha. TAPI ...serius cakap, sangat sedap dua menu ini okay!!!
Nampak aje persembahannya sikit dan cenonet tapi, rasa dia, makan tutup mata okay!!
Gambar atas: Norwegium Salmon & Salted Egg Rocket
Gambar bawah: Risotto Seafood
Menu salmon tu memang paling sedap!!! Mewah rasa dia..
Menu ni tak boleh makan buka puasa, memang aje gile order berpinggan hahahah gelojoh!
Dan tidak lupa juga, beraneka kek ada di Moonlight Cake House, dah nama pun rumah kek kan, mestilah banyak kek hehehe. Sis paling suka RV dan kek mangga dia, sedap!!
Dan ada satu lagi daya tarikan Moonlight Cake House ni, iaitu Durian Kek, Sis dah 2x order kek duriannya, sebiji macam buah durian, nak tengok? jap ..
Terbaekkk kannn.. serius cakap, memang sedap. 100% rasa durian sesajaa.
Tapi kalau korang nak, kena booking awal yer, paling kurang 3 hari sebelum, sebab ikut stok durian. Buat masa ni Sis hanya order di Moonlight Cake House Bandar Sri Alam, cawangan lain rasanya ada juga. Kenalah bertanya ya.
Okaylah, untuk kali ni Sis kongsikan hanya itu saja, nanti ada menu baru, atau ada menu yang Sis makan sedap, Sis bagitau dan update ya.
Oh Ya nak bagitau juga, di Moonlight Cake House, bukan saja ada menu western, ada juga menu local, seperti Tomyam, nasi + lauk, dan juga menu salad dan berjenis minuman kopi. Cuma sayang malam tu mereka tak order salah satu menu tu.
Takpe, nanti Sis pergi, Sis share ya. :)
Berikut kesemua cawangan Moonlight Cake House Johor.
Moonlight Cake House (Bukit Indah)
1, Jalan Indah 16/12
07-232 9922
Open ⋅ Closes 1AM
Moonlight Cake House (KSL)
LG-43, Lower Ground Floor, KSL City Mall,, No 33 Jalan Seladang, Taman Abad
07-362 1122
Open ⋅ Closes 10PM
Moonlight Cake House
160, Jalan Sri Pelangi
07-336 1098
Open ⋅ Closes 1AM
Moonlight Cake House (Sutera Utama)
77, Jalan Sutera Tanjung 8/3
07-558 9292
Open ⋅ Closes 1AM
Moonlight Cake House
1, Jalan Permas 10/5
07-387 3322
Open ⋅ Closes 1AM
Moonlight Cake House (Gaya)
No. 1, Jalan Gaya 25, Taman Gaya, Johor
07-861 2171
Open ⋅ Closes 11PM
Moonlight Cake House Seri Alam
Jalan Suria
07-382 3434
Open ⋅ Closes 1AM
NO Pork No Lard NO Alchohol
P/S: Sebut tomyam, macam nak pergi pulak makan tomyam dia, sedap uii..nak cuba? Jomm follow Sis jomm..
wowwww gambar2 makanan semua menyelerakan.
ردحذفdurian tu paling win =D
Yaaa semua sedap-sedap @Siti..
حذفKek durian tu 100% rasa durian.. cubalah...
Aduiiiiii... Ko buat aku kelaparannnnn
ردحذفHehehe silalah singgah ke sini ya Kak @Seri ...
حذفnanti nak try kek durian tu lah
ردحذفYup, try @Rohaida, pasti puashati ..walau mahal tapi berbaloi sedap!
حذفgeramnyeee nengok durian tu!
ردحذفKannnn..jom kita share-share beli dan makan reramai @Sunah ...
حذف