SELAMAT HARI LAHIR MAT GEBU @ ADNAN IBRAHIM | 2019 genaplah usia perkenalan Sis dengan Mat Gebu founder blog Dapur Tanpa Sempoadan tiffinbiru.com ini sejak dari tahun 2008 hingga kini, genaplah 10 tahun Sis mengenalinya. Syukur kepada Allah, perkenalan kami masih lagi utuh, walau jarang sekali jumpa, cuma wahtsapp aje yang menghubungkan kami.
Selama kami berkawan, bermacam-macam idea, pendapat juga kata-kata semangat yang Mat Gebu berikan, hinggalah sehingga sekarang Sis masih lagi menulis blog.
Terima kasih Mat!.
Dan sempena hari lahir ko Mat, aku hidangkan kau dengan puisi je, nak masakkan ko, nanti ya, tunggu aku datang Sedenak, tapi macam biasa, mesti ko yang masakkan untuk aku hahahaha.
Selamat hari lahir Mat yang ke 43tahun. Usia kami sebaya,tahun 1976 cuma bulan aje yang membezakan kami. Ada lagi sorang tu ha, pun sebaya kami berdua, tapi dia tu, manjang nak muda sokmo. tak moh kalah ! hahahahaha :p
Psttt korang nak tengok wajah Mat Gebu? Ekslusif untuk harini je tau jeng jeng jeng ..
Yang penting nak bagitau, Mat Gebu tu Lelaki oii..*banyak benau soalan yang tanya Sis, Mat tu lelaki ke perempuan..adoiii *pap dahi!
Mat, jangan marah aku, aku amik dari blog si BeBen ni kat sini haaaa hahahahaha..
SELAMAT ULANG TAHUN SAHABATKU
Selamat hari lahir sahabatku..
Hari ini merupakan hari ulang tahunmu..
Di tarikh ini lah ibumu melahirkan kamu..
Dan di tarikh inilah kamu pertama kalinya dapat melihat indahnya dunia..
Selamat ulang tahun sahabatku..
Semoga umurmu panjang serta berkah..
Semoga kamu selalu senantiasa dalam lindungan-nya..
Karena aku selalu mendoakanmu..
Sekali lagi aku ucapkan selamat ulang tahun..
Tidak terasa kalau kita ini sudah tua..
Semakin hari kita semakin dekat dengan yang namanya kematian..
Kita hanya sedang menunggu waktu itu datang..
Aku cuma ingin kamu tahu sahabat..
Doaku sentiasa ada buatmu sahabat..
Jangan pernah lupakan ku..
Karena kita akan selalu saling membantu.
Di dunia mahupun di syurga.
InsyaAllah ..
Dengan ikhlas hati ku ucapkan selamat ulang tahun untukmu..
Semoga dihari ulang tahunmu ini, Allah lanjutkan usiamu, dimurahkan rezekinya, di berikan kesihatan berpanjangan dan hidupmu sentiasa dalam rahmat Allah swt dunia dan akhirat.
Aaamiinn..
Terima kasih menjadi sahabatku Mat ..:)
P/S: Kami berdua ni kalau jumpa kepala gila-gila. Kaki kopi, kaki merepek, kaki merapu, segalanya kakilah hahahaha..
Mat Gebu dah lebih terbuka mendedahkan dirinya
ردحذفKannnn, rendah diri orangnya kan Kak @Seri ..
حذفHappy birthday Che Mat
ردحذفMewakili Mat Gebu, terima kasih @Rohaida ..
حذفpibedayyyyy pcm!
ردحذفMakaseh @Sunah..wakil Mat Gebu..
حذفRasanya Zumal je belum kenali insan popular ni. Happy birthday...
ردحذفOne day @Zumal..makaseh @Zumal..
حذف