SUNWAY PUTRA MALL BAKAL JADI MALL MESRA AUTISME PERTAMA DI MALAYSIA

Sis Lin
14
SUNWAY PUTRA MALL BAKAL JADI MALL MESRA AUTISME PERTAMA DI MALAYSIA | Sunway Putra Mall telah membuat keputusan untuk menjadikan pusat membeli belah mereka sebagai tempat mesra autisme. Ramai orang masih belum faham dengan cabaran yang dialami oleh penghidap autisme dan keluarga mereka. Jadi, Sunway Putra Mall telah mengambil keputusan untuk membuat pusat membeli-belah mereka mesra autisme! 


Sunway Putra Mall akan jadi mall mesra autisme pertama di Malaysia

Autisme adalah gangguan yang sering disalah anggap oleh orang ramai kerana kurang kesedaran tentang gangguan ini. Orang dengan autisme biasanya menghadapi cabaran dengan kemahiran sosial, percakapan dan komunikasi tanpa lisan. Kebanyakan orang autistik juga mengalami masalah deria penglihatan, bunyi dan sensasi lain yang akan buat mereka rasa tak selesa. 

Jadi, Sunway Putra Mall telah mengambil inisiatif untuk meningkatkan kesedaran orang awam tentang gangguan autisme dengan menjadikan pusat membeli belah mereka mesra autisme.
Pihak pengurusan pusat membeli belah ini telah mengumumkan yang bermula Januari 2019, mereka akan menangani masalah yang dialami oleh penghidap autisme yang sering kita ambil mudah.

src=https://images.ctfassets.net/zvaujq68yh0h/TwP4vKouMEs2Yg0EmUMES/cb7ede654549f265fbb70f595ee0003c/legal.jpeg?w=680&q=80&fm=webp Sunway Putra Mall Bakal Jadi Mall Mesra Autisme Pertama Di Malaysia Dengan 3 Kelebihan Ini!


Bagaimana Sunway Putra Mall jadi pusat membeli belah mereka mesra autisme?

Wakil pengurusan Sunway Putra Mall (SPM) Phang Sau Lian mengumumkan yang setiap hari Selasa bermula Januari 2019, SPM akan menjadi pusat membeli belah mesra autisme. Bagaimana?


1. Mendapat layanan utama

Setiap hari Selasa, penyewa kedai akan memberikan laluan utama untuk keluarga yang mempunyai ahli keluarga autistik di kaunter pembayaran untuk memudahkan urusan pembelian mereka.

2. Lampu dan muzik dikurangkan

Pusat membeli belah ini juga akan mengurangkan pencahayaan lampu dan muzik di antara pukul 10 pagi hingga 5 petang pada setiap hari Selasa.

3. Manfaat maksimum

Orang dengan autistik juga akan mendapat manfaat maksimum apabila mereka mendaftarkan diri di kaunter concierge. 
Selepas pendaftaran, mereka akan mendapat gelang getah istimewa bagi menikmati manfaat seperti keistimewaan tempat letak kereta.


Phang juga menambah yang ini hanyalah fasa pertama usaha mereka untuk menjadikan pusat membeli belah ini mesra autisme. Mereka juga mengalu-alukan cadangan orang ramai untuk membantu mereka menambah baik perkhidmatan mereka ini.

Selain dari ini, pusat membeli belah ini juga telah menjadikan Autism Behavioral Center sebagai rakan kongsi mereka untuk inisiatif ini.
Autism Behavioral Center adalah pusat terapi terbesar di Malaysia yang membantu keluarga yang mempunyai ahli keluarga autistik.

Pengarah pusat ini Charlene Marine Samuel berharap, usaha sama mereka ini dapat memberi banyak peluang kepada penghidap autisme untuk menikmati kehidupan di luar rumah.

Ini adalah permulaan yang baik untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang autisme. Harapnya, pusat membeli belah yang lain akan mengikuti jejak langkah Sunway Putra Mall ini.



Sumber: World Of Buzz
Kredit gambar: Cyber-tech & Asia Pacific Curriculum







P/S: Bagus Sis setuju apa yang akan di laksanakan. Moga dipermudahkan dan jadi keselesaan buat ibubapa dan juga anak-anak autisme. 


Tags

إرسال تعليق

14تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Nasib dia buat hari Selasa... Hari bekerja tengah minggu.. klu jumaar, konpom berebut parking..pape pun usaha yg murni!!

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn..Terfikir juga kalau kena hari bercuti, mau jem juga kannn @Retna dan sesak dek orang ..

      حذف
  2. semoga lebih banyak mall akan ambil inisiatif ini =)

    ردحذف
  3. Wahhh bagusnyaaa ambil insiatif mcm ni..

    ردحذف
    الردود
    1. Yee @Farah, kesenangan dan kemudahan bagi yang mempunyai anak autisme ni..

      حذف
  4. Wahhh. . Tahniah Sunway Putra Mall. Semoga dpt jadi pencetus idea kpd mall2 yg ada di Malaysia ini juga terutama kpd masyarakat yg masih belum faham tentang kehadiran anak2 autism ini

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn Kak @Seri, moga usaha murni sebegini berjaya dan terus mendapat sokongan dari rakyat Malaysia ..

      حذف
  5. Nice..first in Malaysia..jom sama2 kita tengok hasilnya..

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulilah @Sunah..impresif kan , satu inisiatif yang memberi kesan baik kepada ibu bapa anak-anak autisme ..aamiinn

      حذف
  6. wahhhh.. bagusnya buat macam ni.... terbaikkk..

    ردحذف
    الردود
    1. Betul, kan @Mia..Mengurangkan juga tekanan kepada ibubapa yang bawa anak autisme keluar bersiar-siar ..

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!