TERINGIN SANGAT NAK NAIK KERETAPI DI SHOPPING MALL TU, AKHIRNYA DAPAT JUGA!

Sis Lin
10
TERINGIN SANGAT NAK NAIK KERETAPI DI SHOPPING MALL TU, AKHIRNYA DAPAT JUGA! | Korang janganlah gelakkan sangat yer, jangan-jangan korang pun teringin juga kan hahaha. Kesah bermula sewaktu kami semua JDT Blogger ke event pelancaran minuman terbaru CoolBlog baru-baru ni di Paradigm Mall. Selepas aje acara selesai. Terus pakat ajak bebudak ni, lepak makan kek di SDS di situ. Spontan terus jawab, okay kita sambut besday Iman sekali la hahahah. 

Dah sampai di SDS memasing semua nampak muka kekenyangan, sebabnya di event tadi ada di sediakan makan dan di beri minuman coolblog, sampaikan bawa masuk ke dalam SDS pun kena sound hahahaha, air tu kena letak bawah, makanya bebudak ni kalau nak minum kenalah tunduk ke bawah meja ye hahahaha .

Sis pilih kek, tanya semua, memasing muka poyo, so Sis order je kek sesukahati ku hahaha. Janji sedap. Tapi kalau kek SDS ni memang sedaplah. Ikut tekak Sis, nak je aku amik kek red velvet tu, tapi sebab mereka bebudak, so kita amiklah kek ala-ala ada macaroon atasnya hahahaha. 


Kitaorang ada juga order air debunga, lupalah pulak namanya, macam chinese tea gitula, tapi ada banyak pilihan. Kalau yang lihat IG Story Sis, dia tau lah, sebab semua Sis ada upload masuk sana hehehehe. 

Haa itulah keknya. Comelkan..Waktu kita sembang-sembang, tup-tup terus dengar lagu 'happy birthday to you', memasing macam kekanak ribena ko, meriah sungguh rasa, rasa nak nangis pun ada, sebab gelagat mereka semua mengembirakan hati Sis saat itu. 

Kebetulan besday Iman jatuh pada hari Ahad (20hb Jan), besday Uyul pulak dah lepas (7hb Jan) dan besday Huda tu pulak akan datang (26hb Jan tak silap). Kiranya semua ni besday girl Januarilah. 
Makanya jadi kelakarlah kejadiannya, lagu besday dan kek tu dah jadi macam larian baten 4x100, lepas sorang, sorang pulak, lepas tu sorang pulak sampailah lagu besday habis hahahaha mau tak kelakar, kalau tengok videonya memang kelakar gile hahahaha.. 

*nak upload videonya sereemmm, sebab dengar gelak ketawa kami semua macam Kak ponti jerit atas pokok nak makan kek rasanya hahahaha..


Dan setelah selesai aja semua acara makan dan minum tadi, kami semua jalan-jalanlah juga sekitar situ dengan membawa perut yang maju ke depan sudah hahaha. Huda dan Farah aje dah balik awal, masing-masing ada urusan. 

Waktu pun dah petang, belum Zuhur lagi tu, so kami pakat balik laa semua. Dalam pada nak ke tingkat parking, eh sekali lagi nampak lagi, lalu lagi si keretapi shopping mall tu, alaa Sis tak tau nama dia, panggilnya aje macamtu. Geram ko rasa, memang nak naik sangat!

Terus ajak bebudak ni naik, si dak Uyul ada juga excited nak naik, si seketul Sunah, muka dah berkerut, dak Iman gelak tak sudah dengan si Ain hahahaha..adeii jangan ingat aunty main-main tau, teringin sangat aunty nak naik tau Iman..dalam hati habislah dia ngadu kat Bonda Seri dia gelagat kami semua macam bebudak hahaha..

Akhirnya dapatlah naik, bayar rm5 seorang, jauh juga weii dia pusing, satu tingkat dari hujung ke hujuang dia pusing. Yang gelihatinya, orang yang nampak kitaorang gelakkan kita. Agaknya mereka kata, dah tua baru nak naik hahahaha.. :p
Sebab dulu masa kecik-kecik tak ada hahaha.

Apa-apa pun mereka memeriahkan hari-hari Sis. Masa bersama mereka, Sis gelak, Sis makan dan minum, nanti dah balik rumah, sepi.....

Nanti kita dating lagi ya..btw makaseh Binda choki-chokinya dan juga cadburry kopi!!!
Kita saje tak keluarkan tak bagi mereka makan hahahaha.. :p







P/S: Dalam hidup ini, nikmati bahagia gembira selagi boleh, nanti tiba masa di tarik nikmat itu, kau akan merindui segala gelak dan suasana gembira itu..percayalah!!


إرسال تعليق

10تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. الردود
    1. Kannn Kak @Seri, tunggu nanti Iman sambung belajar, akan rasa emosi tu huhuhu

      حذف
  2. Terima kasih Aunty Lin💓 merasa juga Iman naik kereta api tu😂

    ردحذف
    الردود
    1. Sesama anakku @Iman..next time kita naik lagi tau, dan makan kek lagi hehehehe

      حذف
  3. awwww.. comel2 muka semua naik kereta api..

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha nasib baik ko dah balik @Farah, kalau tak memang tak muat hahahahaha

      حذف
  4. hahahahahhahahhahahahahhahahhahahahahahahahahahah

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha gelak kemain panjang lagi ko ea @Sunah oii...

      حذف
  5. nasib lerrrrrr kak sunahhhh terpaksa merelakan diri..hahaahhahaha 😂😂😂

    ردحذف
    الردود
    1. Muka toye poyo dan skema gile kannn @Farahain hahahahah

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!