19/2 HAPPY BIRTHDAY EMAK - 62 TAHUN

Sis Lin
6
19/2 HAPPY BIRTHDAY EMAK - 62 TAHUN | Harini birthday Emak Sis yang ke-62 tahun. Mudakan, hehehe Sis ko 42 tahun, so dah tentunya laa Emak Sis pun kahwin muda macam Sis. Pasal kahwin muda tu nantilah Sis story, sebab ada yang minta kongsikan pengalaman dan kisah kahwin muda ni, tunggu Sis free dan otak lapang hehehe.

Untuk harini memang takde yang special sangat untuk Emak. Kami memang datang dari keluarga yang sangat sederhana, kalau ada besday sesiapa ke, just belikan kek, waaa cukup happy sangat rasanya. Dan kebetulan tengah hari tadi Sis ada jemputan media di Swiss Inn Johor, so agak lambat jugalah pergi ke rumah Emak. Tapi awal-awal dah bagitau Emak. Emak is okay jer. 

Lepas habis event, Sis ingat nak terus ke rumah Emak, sebab dah dekat, tup-tup anak call pulak suruh balik dulu, katanya dia dah habis kerja dan suruh Sis balik sebab dia nak ikut sama ke rumah atuknya. So baliklah Sis kerumah dulu. 

Selepas dah amik anak, singgah sekejap di kedai kedai Moonlight Permas, nak belikan Emak kek lain dari yang lain. Asyik-asyik secret recipes dan seasons aje kan, so kali ni Sis belanja dia kek Chocolate Mud dari Moonlight Cake House. 


Chocolate Mud by Moonlight Cake House. 

Tengok pun dah sedapkan..hehehehe. Kaki-kaki depan tu korang tengok je le, memasing tak sabar tunggu atuk potong kek hahaha. Happy semacam Emak bila dapat kek, dia ingat takde anak-anak nak belikan kek hahahaha. 

Sebiji ni rm58 jer, berat tak tau pulak berapa kilo ke setengah kilo ke. Tapi rasa dia, perghh 100% rasa coklat! Serius sedap, yang pernah makan tentu tau kesedapannya. Tunggu geng review Sis datang komen kang hahahaha sebab mereka dah review dan rasa kek ni hehehe. 

Walaupun hanya kek sahaja, tengok Emak tersenyum, dah cukup bahagia. Maaflah Emak kalau tak dapat nak sediakan apa-apa, next time kita keluar makan ya. 
Hadiah? Opsss tunggu gaji hahahahaha..


Bila dah rumah Emak, ginilah riuh dan kelakarnya aksi anak-anak saudara Sis. Ini Danny, adik kepada Mia. Masa ni memang Mama dia bagi dia main handphone sebab Mama dia nak ajar Kakaknya buat kerja sekolah, kalau tak buat macam ni, mengacau aje dia. 

Dah kata fokus dengan video youtube bagai tu, kita pakaikan serkup atuknya pun dia buat bodo jer hahahaha. adeii laaa Danny Danny. 

Budak-budak sekarangkan, memang tak lekang tangan dengan handphone dan gadjet..dah tak tau nak buat apa dah kan. Kadang keadaan memaksa ibubapa terpaksa bagi juga gadjet kepada anak, kalau tak, kuss semangat dia punya ngamukkk..adoiii haii anakk..

Untuk harini 19/2, selamat hari lahir Emak. Moga Allah panjangkan usia Emak, sihat berpanjangan, kuat, tabah, dan sentiasa positif dalam jalani kehidupan harian. Ujian dan dugaan Allah tu hanya Allah berikan kepada orang yang kuat untuk hadapinya [ My Mom Fight Breast Cancer ] .
Aamiinn..






P/S: Tiba-tiba rindu arwah Abah ..14 tahun sudah pergi meninggalkan kami semua. Al-Fatehah..


إرسال تعليق

6تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. selamat hari lahir atuk mia!
    1
    iyeee, memang sedap gila kek chocolate mud tu..fevret jugak kalo ke moonlight!

    ردحذف
    الردود
    1. Makaseh @Sunah...
      Kannn, semalam Mia aje makan berpotong-potong hehehehe

      حذف
  2. Kahkahkahh...dah ler geram nengok kek,, nengok kaki si mia pon kite dah geram. Hahahahahahahhahahhaha.. 😆😆😆😆

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha kalau gitu, ko makan kaki Mia je @Farahain hahahaha

      حذف
  3. selamat panjang umur cik rosnah.....
    Semoga bertambah sihat dan murah rezeki selalu....

    p/s: windu mak...18/2...

    ردحذف
    الردود
    1. Aamiinn, makaseh @Retna..
      Selang sehari kan dengan arwah Emak ko...huhuhu
      Al-Fatehah ..

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!