APA ITU INTERMITTENT FASTING (IF DIET)? TAU BUAT TAPI TAU KE APA MAKSUDNYA?

Sis Lin
6

APA ITU INTERMITTENT FASTING (IF DIET)? TAHU BUAT TAPI TAU KE APA MAKSUDNYA? | Mesti korang pernah dengar, puasa juga adalah sebahagian daripada diet yang baik. Ini telah dibuktikan oleh statement Dr. Siti Aniza Basir di laman Facebooknya dengan mengatakan Intermittent Fasting (IF) adalah diet terbaik!

Meh kita baca sesama ya ..

IF telah terbukti dalam kajian bahawa PUASA adalah diet terbaik. Bukan nak sangkal pasal Paleo Diet, Atkins , Mediterranean etc.. tapi doktor ini berpendapat bahawa kita ada sunnah.

Ikut la sunnah. Rasulullah banyak berpuasa , dengan pelbagai sebab. So IF adalah cara terbaik nak bagi tubuh kita rehat.

Nak buat puasa Nabi Daud , macam tak mampu. Sebab iman nipis.

Setiap hari ada pasar malam , pasar rabu. Macam macam rasa tekak ni nak makan. Macam 20 tahun tak makan. Padahal baru minggu lepas pergi beli, kan kan?

IF ni ialah kita bagi perut, usus kita rehat dalam 12-14 jam. So, terpulang korang nak mula jam berapa. Kalau start 6.30 petang, esok pagi jam 9.30 baru breakfast. Kalau 8.30 malam-11.30 pagi baru start makan/breakfast.



Kebaikan IF

Banyak!! Its also known as “CLOSING YOUR KITCHEN EARLY”

Biar betul Doktor?

Betul. Doktor ini sendiri berpengalaman menjalani IF selama lebih kurang 10 bulan dan waktu terakhir makan malam ialah jam 6.30 petang.

‘Berpuasa’ dalam erti kata berpuasa malam ini, walaupun anda ‘LOAD’ disiang hari, ia tetap akan membantu korang HILANG LEBIH BANYAK Kilo!

Di dalam Journal Cell Metabolisme , kajian telah dilakukan ke atas dua kumpulan tikus yang diberi Diet ‘High Fats, High Calories’ untuk 100 hari.

Kumpulan pertama dibenarkan makan dan makan malam serta siang (Healthy, controlled diet) dan kumpulan kedua hanya mempunyai akses selama 8 jam pada waktu siang tetapi boleh makan apa sahaja jenis diet, dan hasilnya menunjukkan:

“Kumpulan BERPUASA 14 JAM iaitu Kumpulan Kedua kekal berat badan dan dengan otot (Lean Muscle) dan kumpulan pertama yang makan dan makan selama mahu, menjadi OBES walaupun keduanya makan sama nilai kalori yang dibekalkan”.

Jadi, cara terbaik untuk BERPUASA 14 /16 jam ialah memulakan SARAPAN anda SEAWAL jam 9.30/10.30pagi!





Caranya ada banyak :

As newbie – Doktor ini menasihatkan buat 12 jam dulu. Kita start last dinner kul 6.30 petang, esok breakfast 6.30 pagi.

Bila dah ok, buat 14 jam. 6.30 petang dinner dan 8.30 am baru breakfast.

Lepas tu , teruskan perjuangan 16 jam. Dinner pada jam 6.30 petang, breakfastmerangkap lunch pukul 10.30 pagi. Sebaiknya 14-16 jam berpuasa .

Its fleksibel . Buat ikut keperluan. Contoh, semalam ada kenduri makan kul 8.30 malam, esok tu tak perlu makan breakfast, terus lunch.

Lapar ?

In between tu , korang boleh untuk

1. Minum air masak

2. Minum air garam-garam bukit 1/2 teaspoon with air mineral

3. Teh hijau

4. Kopi

5. Teh

No 3, 4, 5 semua without sugar or susu okay?

Lepas tu , IF ni boleh la buat EOD dulu ie Alternate Day . Satu hari IF satu hari FeedDay! Tapi No Refined Sugar and Processed Food! Lepas dah ok buat daily.

IF adalah cara terbaik untuk mengurangkan Insulin Malas/Craving /Ketagihan /Sifat nak mengunyah yang tak habis-habis tu. 

So, cubalah. Mana tahu berkesan kan?






P/S: Sis ko kalau nak cuba kena istoqomah tang kopi tu haaa hahahaha. Ada yang dah mencubanya ? 




إرسال تعليق

6تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Kekekkee.. Malas nak komen la. . Nanti ku jawab kat blog ku laaa

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahahaha Mak Inche @Seri, #anytimeismakanmakan kann hahahahha

      حذف
  2. minum kopi tanpa gula...hahaha....

    ردحذف
  3. insyallah dalam process nak buat tapi study x abes fi IF ni.
    kena cari waktu dan period yang sesuai dengan badan. da mokmok sangat ni nanti baju raya ketat =P

    ردحذف
    الردود
    1. Waaa tahniah @Siti, teruskan usaha mencubanya..
      Sis ni nak cuba tapi ada certain jadikan terbantut hahahahaha

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!